***Amman Tours with Syh Mazlan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageImageImageImageImage.Salam ceria. Aktubu bibarakah RSA. Melihat gambar ketam-ketam yang di hantar oleh Syh Nik Hazani hasil tangkapan di Australia teringat ketika anjang remaja, tangkap ketam di Maripor, Pakistan dengan kawan-kawan. Pernah satu masa tu Wan Ibrahim yang ketika tu ketua Paramugara MAS datang dengan paramugari-paramugari join kami makan ketam tepi pantai. Tapi bila Syh Nik kata, nak masak lemak cili api, tuppp terus teringat Malaysia. 

Syh Mazlan pula nak balik ziarah Malaysia. Ni yang bawa dia ziarah-ziarah. Mula-mula selesaikan urusan di Wizarah Dakhiliah. Pastu bawa ke Wast Balad, tengok kesan kerajaan Rom di Jordan. Ada Mudarraj Romawi yang didirikan semasa Empayar Antonius Pius yang kembali sejarahnya ke tahun 138-161 Masihi. Tuhan perintahkan kita bermusafir untuk melihat akibat mereka yang mendustakan Allah. Rom dan Farsi pernah berada di kemuncak kekuasaan dengan kekuatan fizikal, tetapi mereka ditewaskan oleh tentera Islam yang kekuatannya bersumberkan roh. Itulah yang Syh Lan saksikan dengan Kak Siti. Kesan-kesan kerajaan Rom yang gagah, akhirnya Tuhan kalahkan.

Di Balad, tak dan ke Mat’am Qaherah, cuma bawa ke celah bangunan, pekena ‘Kinafah Habibah’, ‘Nus wagiya’ baru 550fills. Fuuh, panas-panas. ‘Jubnah’nya panas giler. Pastu bawa Syh Lan ziarah Syh Mustafa, yang sejak tahun 90’an lagi bersama-sama jamaah ini. Pernah berkali-kali ke Malaysia. Berkenalan mesra dengan Abu Aus, Ishak dan Abu Bakr. Bila ceritakan pada Abu Bakar, dengan isteri pertama sahaja Syh Lan ada 15 orang anak, dia terus spontan gembira kerana padanya itulah yang sepatutnya. Dia tambah lagi, kerajaan ajar kita merancang keluarga supaya bila kurang anak, kurang belanja. Kurang penggunaan eletrik, air, gas, makan dan minum. Walhal setiap yang hidup telah Allah tentukan rezkinya. Kami mengiakan sahaja kerana kaum ini lebih mahir mendatangkan nas-nas dalam kata-kata. Walaupun di umurnya yang ke 65, Pak Cik Abu Bakr sendiri hanya mempunyai seorang isteri dan 4 orang anak sahaja. Di rumah ini, walaupun tak merasa ketam masak lemak cili api Aussie, dapat nasi ‘mandy’ Syh Mus pun ok pe.

Pastu, acara kemuncak ‘tour’ dengan Syh Lan ialah ziarah Syh Abu Khalid As Syummari. Syh Lan tak pernah berjumpa dengannya. Datang Jordan terus duduk Irbid. Hari ni baru nak jumpa. Amik berkat orang Tuhan. Berkat Syh Lan banyak hantar power walaupun tersandar pening penangan nasi Mandy, setelah sesat 30minit akhirnya Allah temukan jua dengan rumah Sidi. Malunya, Sidi menunggu di ‘gate’ rumah agamnya yang sentiasa dikunjungi tetamu. Alhamdulillah, walaupun tak lama, dapat juga merasa kemesraan, wazir IM, kawan Abuya, bila Sidi berkata, : “Datanglah selalu, tak mengapa…” Ketika itu juga terasa nak gilir-gilirkan kawan-kawan datang ziarah. Tetapi kenderaan sangat terhad. Esok ramai yang akan ke Syria ‘tajdid visa’. Lusa pula ada katering 20 VIP dan 90 siswa/i. Tentu sangat sibuk. Ya, makin diuji semakin sibuk dengan pelanggan. Dalam ujian ada rahmat. Mereka menyokong bukan dengan kata-kata. Dengan tindakan. Amik katering dengan NM. Tapi, jangan lupakan pula, ada yang sokong dengan kata-kata, seperti yang

Zeid Akhta komen di post yang lalu, November 17, 2012 at 8:04 am, kata Zeid, “Satu lagi kemenangan Hijrah. Uncle Seekers membela jemaah di blognya. Lihat komen2nya yang begitu bernas”:

Satu lagi isu yang muncul baru-baru ni ialah isu Al-Arqam. Tak habis-habis dari dulu sampailah sekarang. Inilah masalahnya bila benda-benda macam ini kita cuba selesaikan dengan kuasa yang ada. Bukan semua masalah kita boleh selesaikan dengan kuasa atau dengan undang-undang. Inikan Negara Islam. Bila ada isu-isu macam ini selesaikanlah secara musyawarah. Bukan terus gunakan kuasa gunakan undang-undang. Masalah tak selesai juga.

Masalah ini bukan masalah kecik. Ini soal aqidah sebuah jemaah. Jemaah yang menjadi panutan puluhan dan mungkin ratusan ribu orang. Jemaah yang ramai peminat. Jemaah yang dah terkenal di peringkat antarabangsa. Jemaah yang dah terbukti di depan mata masyarakat berjaya mengamalkan Islam sebagai satu cara hidup hampir dalam setiap lapangan.

Dan yang paling hebat tentang Al-Arqam ni… Inilah satu-satunya Jemaah Islam di seluruh dunia yang mampu mengamalkan poligami. Mana ada Jemaah Islam lain yang mampu mengamalkan poligami macam Al-Arqam? Bab poligami ni jangan main-main. Ini pun ajaran pokok dalam Islam. Menolak poligami ni kufur. Lain kali kita bahas soal poligami ni ok…

Masalah besarnya dalam isu Al-Arqam niialah bila kita persoalkan aqidah orang, orang akan persoalkanlah aqidah kita. Aqidah kita ni dah betul sangat ke? Kalau Majlis Fatwa Kebangsaan berani mengeluarkan fatwa yang mengatakan bahawa Al-Arqam sesat bagaimana pulak dengan aqidah organisasi-organisasi yang lain? Contohnya macam UMNO dan PAS. Ini pun organisasi umat Islam juga. Dah betul ke aqidah kedua-dua organisasi ni? Sedangkan kedua-duanya masih mendukung demokrasi. Masih mendaulatkan kuasa rakyat. Masih menjunjung idealogi manusia. Bukankah sebagai umat Islam kita sepatutnya menjunjung wahyu Illahi? Kenapa nak junjung idealogi manusia?

Mungkin ada macam-macam isu yang akan dikaitkan dengan Uncle Seekers, tapi Malaysiakan memberi kebebasan seseorang memberi pendapat. Rasanya kalau diberi ruang dan peluang, ramai je orang nak beri pendapat yang positif tentang pengikut-pengikut setia Abuya dan aktiviti-aktiviti mereka.

Ampun maaf segala salah silap.

Dalam VW Golf, Jerash-Irbid.

7.35pm, Nov 20, 2012. 

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Amman Tours with Syh Mazlan***

  • November 21, 2012 at 2:34 pm
    Permalink

    Alhamdulillah..tm ksh dgn pengisian..semoga شيخ sentiasa dlm panduan RSA.رسول الله, سيدي, ابوي تولوڠ كامي

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *