Bahasa Arab Asas 16

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImagePembahagian Isim Dilihat Dari Sudut Binaan Akhirnya

تَقْسِيْمُ الاِسْمِ بِالنَّظَرِ إِلَى بُنْيَتِهِ

(Pembagian Isim Dilihat Dari Sudut Binaan Akhirnya)

 

A. Isim Ghairu Sohih Akhir

1. Isim Maqsur

Isim Maqsur adalah isim yang diakhiri dengan huruf alif lazimah.

Alif lazimah adalah huruf alif yang sentiasa melekat di akhir dari suatu perkataan. Alif lazimah kadang-kadang ditulis dengan huruf ya’, tetapi dalam sebutannya tetap dibaca sebagai huruf alif.

Contoh:

اَلْهُدَى (Petunjuk)

اَلْفَتَى (Remaja/Pemuda)

اَلْعَصَا (Tongkat)

2. Isim Manqus

Isim Manqus adalah isim yang diakhiri dengan huruf ya’ lazimah dan huruf sebelumnya berbaris bawah.

Contoh:

اَلْهَادِي (Pemberi petunjuk)

اَلْقَاضِي (Hakim)

اَلدَّاعِي (Penyeru)

3. Isim Mamdud

Isim Mamdud adalah isim yang diakhiri dengan huruf hamzah dan sebelumnya berupa alif za’idah (tambahan).

Contoh:

صَحْرَاءُ (Padang pasir)

سَمَاءٌ (Langit)

اِبْتِدَاءٌ (Permulaan)

B. Isim Sohih Akhir

Semua isim yang tidak masuk dalam kategori Isim Maqsur, Manqus ataupun Mamdud.

Contoh:

خَيْلٌ (Kuda)

حِمَارٌ (Keldai)

ثَوُبٌ (Baju)

Nota:

1. Jika isim mamdud berupa isim jamak, maka ia tidak boleh ditanwin.

2. Jika isim mamdud merupakan isim muannas, maka ia tidak boleh ditanwin.

3. Semua isim yang diakhiri dengan huruf-huruf sohih (kecuali hamzah) maka dia adalah isim sohih akhir..

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *