***Ambil yang Jernih***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageSalam ceria. Bi barakah RSA aktubu.

Tiada yang mustahil. Allah boleh lakukan apa sahaja. Menghidupkan, mematikan, mengkayakan, memiskinkan, memberi hidayah, menariknya, memberi kuasa, mencabutnya. Membahagiakan, mencelakakan. Apa sahaja yang tidak boleh kita fikirkan, Allah sangat mampu membuatnya. Mungkin inilah kata-kata yang tepat untuk kita gambarkan suasana yang berlaku sekarang. Firman Allah di bawah pula seperti diterjemahkan oleh apa yang berlaku di Johor baru-baru ini. Firman-Nya :

ادفع بالتي هي أحسن فإذا الذي بينك وبينه عداوة كأنه ولي حميم

Ertinya : “Tolaklah (kejahatan) itu dengan cara yang sebaik-baiknya, sehingga orang yang bermusuhan antara engkau dengan dia, akan menjadi teman yang setia. (As-Sajadah : 34).

Syh Salleh Saliyan Ar adalah antara orang yang sangat rapat dengan JAIJ kerana ramai kawan-kawan dan Ustaz-ustaz beliau berkhidmat di JAIJ. Anjang tak kenal ramai sebab anjang sekolah Arqam. Syh Salleh pernah belajar di Maahad Tahfiz di Johor kalau tak silap. Sekolah agama Johor anjang sempat belajar sampai darjah khas. Sempatlah belajar Matla’al Badrain (bukan ‘Bad Rain’ ye, baca betul2!!), Risalah Tauhid, Faraidh dll. Sekolah darjah 1-6 di Sekolah Agama Simpang Jeram. Darjah Khas, sambung di Pesta atau Tmn. Tun Dr Ismail. Pegi kayuh basikal setiap pagi Sabtu. Jauh gak dari Kg Tengah. Dulu rasa dekat je, sekarang macam jauh. Saudara anjang yang dalam JAIJ tak ramai, adalah Ustaz Azman Mokhsin. Semasa di Mesir anjang rapat gak dengan anak-anak Johor. Selalu pegi rumah Johor di Haiyu Sabi’ kalau tak silap dan rumah Johor di Muhandisin. Biasanya pegi rumah Johor sebab amik order sup kawari’ dengan Ust Hairumi (Syh Jo tukar namanya kepada Taufiq kerana kalau jerit dari jauh nama asalnya, seakan berbunyi harami!!.. Harami!!.. Ertinya pencuri!!..pencuri!!..) Masa tu kami niaga sup kaki kambing. Sedap gila. Syeikh Inaam Ar yang masak. Memang dia pakar masak. Anjang tak pandai, jadi bahagian rewang-rewang potong bawang dan kemas-kemas je. Anjang tengok dia masak macam main campak-campak je. Tapi sedap. Berkat kot. Untuk bajet modal, kami amik order dulu. Jadi masak tak berlebihan. Siapa ketua Arqam masa tu? Syh Johari Morad la. Sangat berjasa. Jadi, tak le rapat sangat dengan JAIJ dan pelapis-pelapis JAIJ. Tapi, so far mereka ok dengan kita kecuali yang agak ‘pekat’ PAS, susah buat bincang. Kalau yang tabligh dan ABIM senang. UMNO pun ok. Geng-geng Us Jazlan pun ok. Cuma bila balik Malaysia, mereka kerja Kerajaan. Terikat dengan boss. Terpaksa jalankan tugas. Agak berbeza jalan hidup. Tapi dengan kasih sayang Tuhan di bulan kemenangan ni, di era berbaik-baik dengan semua golongan tanpa korbankan prinsip ini, terjadilah bermacam-macam peristiwa. Mari kita kongsikan sebahagiannya. Bagi kawan-kawan yang belum membacanya, mari kita lihat kebesaran RSA dalam Laporan Lawatan 8 orang Pegawai JAIJ ke GISB Zon Selatan. Pada 21/11/2012 jam 10.30pagi, bertempat di Cafe Nur Muhammad

Bandar RSA, Mutiara Square, Skudai, Johor Bahru telah datang 8 orang Pegawai JAIJ daripada Bahagian Penguatkuasa Ajaran Sesat. Tapi kali ni tak ada serbu-serbu, datang perkenalkan diri dan berbual mesra. Syh Azman yang menjawab soalan-soalan mereka.

Di antara isi perbualannya. Pegawai JAIJ (PJ): Minta senarai nama wakil-wakil GISB di sini mengikut kawasan serta nama pengurus projek di MS.

Syh Azman(SA): Kami baru sahaja buat laporan ke BA dan Jakim, tak ada copy, saya bagi setakat yang saya ingatlah.

PJ: Oh gitu.. kami terlambatlah ye? Kami pun dapat arahan dari Jakim untuk ambik maklumat ni (sambil mencatat maklumat yang disebut oleh SA)

Apa hubungan Rumah Amal Baitul Maghfirah (BM) dengan GISB?

SA: BM adalah rumah kebajikan, yang sentiasa membuka peluang kepada orang awam untuk menyumbang/beramal membantu golongan asnaf. GISB adalah penyumbang utama sebab mereka (BM) memerlukan sumbangan

PJ: Adakah BM merupakan sabahagian daripada GISB?

SA: BM adalah Badan Kebajikan tersendiri, mereka ada organisasi sendiri yang didaftarkan dalam ROS. 

Baru-baru ini GISB dan Kris Mas Trading bekerjasama membantu BM membuat expo di Dewan Persada dengan tujuan untuk memperkenalkan BM kepada masyarakat supaya masyarakat juga membantu.

PJ: Adakah pelajar-pelajar membuat jualan amal di stesen minyak, bank-bank dsb seperti Al-Mansor?

SA: Mereka tak pernah buat cara tu sebab rumah amal yang kami bantu cukup makan/minum, kami sentiasa bantu untuk memastikan penghuninya terbela, kami ajak masyarakat bekerjasama. 

PJ: Kami sangat-sangat mohon agar GISB jangan buat macam Al-Mansor, sebab takut budak-budak diajar jadi peminta sedekah, nanti akan menjatuhkan imej GISB yang dah terkenal, tolong jaga nama baik GISB supaya tak tercalar 

-Kami nampak van Tahfiz Al Manar selalu ada di sini, mereka buat apa?

SA: Mereka menghantar pelajar untuk berlatih nasyid dan alat muzik, mereka ada kumpulan nasyid.

PJ: Apa jadual program-program tahunan GISB?

SA: Kami buat program hari-hari kebesaran Islam seperti Hari Raya, Maulid Nabi, Maal Hijrah, Isra’ Mikraj dll, ada prsmbahan-persembahan nasyid

PJ: Ada apa-apa ucapan/tazkirah dalam program tu?

SA: Biasanya kami makan-makan dan persembahan nasyid. Macam syarikat-syarikat lain bila dah berkumpul-kumpul satu syarikat, adalah ucapan alu-aluan daripada pengarah-pengarah dan pengurus kepada semua kakitangan.

Kami selalu meeting untuk berbincang bagaimana untuk kembangkan syarikat. Oleh kerana kami Syarikat Islam, brekonomi cara Islam, pengurus akan memberi nasihat kepada kakitangan untuk takutkan Tuhan, buat kerja kerana Tuhan, jangan tiggalkan solat, hormati tetamu, jadikan pelanggan sbg tetamu dsb.

PJ: Apa progrm mingguan di sini

SA: Kami selalu dapat jemputan membuat ‘Show’ di kenduri kahwin, tahlil hujung minggu oleh masyarakat. Jadi kami sekarang ni sibuk latih remaja-remaja untuk pandai bermain muzik. Sebab itu remaja-remaja tu walau pun dia tebar roti canai, main drum pun tak kalah.

PJ: Macamana dengan AM, minta maaflah,..kami sebenarnya tak nak tanya, nak tutup-tutup sahaja pasal AM (sebenarnya di Johor ramai pengamal AM yang bukan GISB)

SA: Kami sangat akur arahan, dah britahu dengan kawan-kawan semua supaya berkerjasama dengan arahan dan jangan susah-susahkan orang lain.

PJ: Kita tutuplah dulu perkara kecik ni, kita tak nak besar-besarkan isu AM. Sebenarnya itu yang kacau GISB. Supaya GISB dapat bergerak lebih luas lagi. Ni sebab ada segelintir masyarakat yang tak open minded. Takkan kerana AM nak tutup semua bisnes, takkan nak tebang semua pokok, betulkan yang rosak sikit tu. Selawat yang korang buat tu elok..teruskan je…semua masjid dan surau kat johor pun selawat tu juga.

PJ: Lain kali kalau ada program-program kat sini. Terutama dengan remaja, jemputlah kami bersama. Untuk menangani remaja yang liar dengan dadah/rempit, kami dah pergi Tanjung Gemar…mengapa kat sana GISB lebih besar dari di Johor?

SA:Kami sedia bekerjasama dengan JAIJ untuk menangani remaja-remaja yang bermasalah. Tg Gemar lebih awal dibangunkan dan masyarakat sekitar sana seperti Ketua Kampung dsb di sana sangat membantu GISB kerana berjaya ‘memutihkan’ kawasan ‘hitam’ disana

PJ:Kami pun prnah dtawarkan “RM30” di sana waktu kami membuat tinjauan 😀

Kami sangat tertarik dengan pendedahan remaja-remaja di Tg Belungkur tentag ilmu-ilmu pertukangan/pertanian, kecik-kecik dah pandai buat rumah, dalam sibuk-sibuk buat kerja pun sangat mesra dan beradab. Kami sangat gembira tengak Tok 4 bekerjasama kat sana, bagi rumah rakit, bagi bot. Kat sini teruskan selawat ye.

– Bila meraka tengok remaja-remaja kita buat roti canai,” Bagus roti canai yang budak sini buat (MS), frozen ke?”

SA: Kami sedang melatih budak-budak ni sebab mereka sangat diperlukan di seluruh dunia sebab rangkaian GISB ada di seluruh dunia. Dengan tiket kebolehan tebar roti canai ni mereka akan dihantar ke London, German, Australia, Jordan, Mesir, Mekah, Madinah, Uzbekistan dan lain-lain. Sambil tebar roti canai mereka akan buat ekonomi Islam di sana. Soal kerja untuk masa depan remaja-remaja memang tak ada masalah, kerja sangat memerlukan mereka walaupun masih remaja. Mereka semua tu bukan setakat boleh tebar roti tetapi sedang dilatih untuk menjadi tauke-tauke besar di luar negara nanti. Mereka juga mahir main drum dan alat-alat muzik untuk buat show. 

PJ: Kami sedih dengan pihak pembangkang kerana mereka melebelkan GISB ni Arqam. Dalam Dewan mereka tuduh, kami tak buat kerja untuk membenteras Arqam, sedangkan di sini kami tengok dah jauh berubah, tak macam Arqam. Terima kasihlah sangat-sangat kerana memberi kerjasama.

-Betulke kat sini nak buat sambutan Milad Abuya? Kami nampak khemah dah pasang hari tu, tapi tak buat-buat juga, 2 hari kami tunggu, lepas tu bukak khemah pulak, kenapa?

SA: Memang kami nak buat hari tu, kami dah pergi Balai Polis (BP) untuk mohon permit. Tetapi bila berlaku serbuan JAIS di BCH, kami ambik keputusan batalkan dulu sebab kami diarahkan supaya jangan susah-susahkan JAIJ dan pihak berwajib, lebih-lebih lagi sekarang tengah musim hujan ni.

PJ: Terima kasihlah sangat-sangat kerana bekerjasama dengan kami, sanggup buka khemah walaupun dah pasang

– Ada lagi ke yg masih pakai purdah kat sini?

SA: Tuan-tuan boleh tengok staf-staf kami di cafe, ada yang pakai purdah tak? Nmpaknya orang-orang yang mengata-ngata kami dulu, sekarang dah pakai purdah/serban. Kami akur dengan arahan JAKIM.

PJ: Ada ke gangguan daripada mana-mana pihak?

SA: Setakat ni tak ada masalah.

PJ: Oo.. Lain kali kalau ada masalah bagitau kami cepat. Kalau nampak ada orang-orang kami duduk-duduk dalam kereta sekitar sini janganlah anggap kami mengendap ya, tolong bagitau kawan-kawan. Balai Polis pun ada kat sebelah sini, jangan risaulah ye. Sepatutnya pejabat kami pun diletakkan di sebelah Balai Polis tu supaya mudah buat kerja, taklah duduk dalam kereta. Kisah yang lama-lama dulu tu tolong lupa-lupakanlah ye. Tolong bagitahu kawan-kawan kat sini. Sekarang kita nak bantu untuk pastikan kita selamat.

-Adakah GISB sini dapat bantuan kewangan daripada pusat?

SA: Setakat ni kami masih boleh maintain perniagaan di sini… macamlah orang Cina berniaga, mana-mana yang dah maju akan membantu yang baru berniaga, sebab itu kami mampu untuk berniaga tanpa sedikit pun pinjam bank. Biasanya orang anggap bila orang Melayu meniaga, tak lama bertahan. Jadi kita nak bela maruah org Melayu spy hilangkan tanggapan tu. 

PJ: Oh ..Ini mcm nak lawan balik perniagaan orang kafir la ni,

Macamana hubungan GISB dengan Jemaah-jemaah lain seperti tabligh dan lain-lain?

SA: Setakat ni tak de apa-apa masalah, sebab ramai pelanggan kami kat sini terdiri daripada orang-orang Tabligh, Abim, Pas yang datang dari UTM samada pelajar atau staf. Selalu mereka memberi sokongan bahkan membawa kawan-kawan dan keluarga datang ke sini lebih-lebih lagi musim Konvokesyen. Dah ramai kenal kami, artis-artis terkenal, ahli korporat, malah menteri pun dah sampai ke tempat kami di Mekah, Madinah, London, Perth dll

PJ: Badrul Aminn tu mcmana? Bukankah dia di jemput untuk berceramah di BCH?

Lalu djawab sendiri oleh kawannya: “Badrul Amin bukan datang untuk ceramah la, dia datang sebab nak makan kenduri je, betul ke ustaz?

SA: Kami jemput semua pelanggan yang ada di BCH dan sekitar Selangor, Wilayah Persekutuan, jadi Bdrul Amin salah seorang penduduk sekitar yang datang, mereka pelanggan tetap kami seperti pasaraya, klinik, bengkel di sana. Sebenarnya orang-orang Cina dan India pun datang makan juga.

-Mereka (JAIJ) melawat Baqalah kita dan sangat gembira kerana kita ada produk sendiri, “Kicap dan cili sos ada buat lagi ke? Kami sedia membantu untuk dapatkan harga termurah produk projek IKS di bawah pantauan Baitulmal JAIJ. Kalau kami bungkus dan guna lebel GISB, boleh ke?”

SA: Memang sekarang kami sedang mncari-cari pembekal-pembekal produk orang Islam.

Sebelum berpisah GISB sempat memberi hadiah produk-produk GISB kepada mereka.

Peristiwa ini sangat-sangat membenarkan arahan terkini RSA supaya berbaik-baik dengan orang yang pernah menjadi musuh kita.

Begitulah laporan panjang lebar dari kawan-kawan di Johor. Rasa terhibur mendengarnya. Ia benar-benar hadiah di Bulan Muharram ini.

Ok, jumpa lagi.

Duwar Qubbah, Irbid.

10.28pm, Nov 24, 2012..

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Ambil yang Jernih***

  • November 25, 2012 at 1:23 am
    Permalink

    Tm ksh RSA.. رسول الله, سيدي, ابوي تولوڠ كامي

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *