Pesanan Bonda Ummu sempena 10 Muharram- dari Blog Syh Jo.

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. Bila anjang sebar link blog Syh Jo, ramai yang mengadu tak boleh buka, tak boleh baca, keluar putih saja. Anjang tak tau sebabnya. Untuk semua dpt faedah, anjang copy dari blognya dan bagi semula guna wordpress, mudah-mudahn semua boleh baca. Mzb.

Luahan hati Bonda Ummu Jah AR selepas menyaksikan persembahan menarik oleh para Ibu dan remaja banat:

Kita di letakkan di Muharram seumpama apa yang terjadi pada Baginda Rasul saw. dan Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq iaitu bersembunyi di dalam gua Tsur…. Itulah keadaan kita sekarang sedangkan kita diperlihatkan kemenangan demi kemenangan dari dalam ‘gua’ buruan kita. Ertinya kita dibuatkan oleh Tuhan, tidak boleh rasa tenang walaupun kemenangan sudah di depan mata. Kalau ada yang rasa tenang dengan kemenangan, nanti Allah akan buatkan rasa takut semula. Sebab Abuya sedang membawa kita ke satu keadaan hati yang resah gelisah kerana cinta dan takutkan Tuhan. Abuya adalah seorang yang dilihat senyum gembiranya dalam keadaan resah gelisah serta menangis di dalam hati sebab hatinya sedang berdepan dengan Tuhan. Seseorang yang tahu dan  ‘nampak’ Tuhan dengan hatinya, hatinya tidak akan mampu tenang di hadapan Tuhan. Walaupun orang tengok dia gembira, senyum tapi hatinya tidak begitu. Hatinya sedih, cemas dan takut sangat dengan Tuhannya.

Kita sedang melalui dua perjalanan. Yang pertama perjalanan lahiriah untuk tadbir dunia. Sudah sampai masanya, umat Islam yang akan menjadi penguasa dunia. Tuhan tidak akan benarkan orang kafir sewenang-wenangnya mencatur dunia. Allah Maha Berkuasa mengembalikannya kepada tangan para kekasihnya. Manakala satu lagi perjalanan ialah perjalanan atau musafir ruh. Perjalanan kita menuju Tuhan ertinya untuk mendapatkan rasa cinta dan takut Tuhan. Mendapatkan Tuhan ertinya mendapat kuasa yang maha besar. Tuhan itulah yang kita rasakan terlalu baik kepada kita tapi Dia juga mampu buat apa saja pada kita. Kita sayang Tuhan tapi masa sama kita takut sangat sebab Dia maha berkuasa. Dialah yang memegang nafas kita. Inilah yang selalu dirasakan oleh Syeikh Fakhrurazi ar yang selalu susah bernafas sehingga setiap nafas turun-naiknya itu dirasakan sangat berharga. Setiap helaan nafas, di laluinya dengan cemas takut-takut itulah yang penghabisan. Nikmat nafas itupun kita tidak mampu menghitungnya sedangkn orang Tuhan mampu mengira dan mensyukuri serta menambah kesungguhan mereka mentaati Tuhan bahkan sangat takut menderhakiNya.

Untuk bersama Abuya janganlah gerakkan yang lahir saja. Perjalanan untuk dapatkan syurga Allah, apa sangatlah kekaguman kepada dunia. Kita sedang menuju Allah. Perjalanan mendapatkan Allah walaupun terpaksa menempuh penderitaan, kesusahan dan kesengsaraan adalah kerana kita sedar, kita hambaNya. Malah kita rasa bahagia dalam derita. Ini sedang kita alami dan lalui.

Melihat persembahan kebudayaan kita ini, saya baru sedar bahawa selama ini saya salah tafsir. Saya menyangka, hasil persembahan, mereka yang terlibat akan lebih menangis kerana insaf dan cemas kerana bukankah show itu semuanya membawa kita kepada rasa-rasa itu. Tetapi saya silap rupanya! Tengoklah apa yang berlaku pada penasyid-penasyid kita yang sudah terkeluar dari jemaah. Sungguh menyedihkan sebab lagu-lagu mereka mampu buatkan kita menangis tapi rupanya hati mereka kosong. Saya salah tafsir sebab saya ingat budayawan kita dapat Tuhan melalui persembahan mereka tapi rupanya tidak!. Antara dosa yang beratnya, kerana mereka menganggap kebolehan luar biasa itu dari diri mereka. Rasa hairan dan bangga dengan kebolehan diri.  Memanglah luar biasa kerana penonton boleh menangis dan insaf. Rupanya diri mereka tidak menangis. Hati mereka tidak dapat Tuhan. Sebab itu mereka tidak bertasbih dan beristighfar. Sepatutnya hasil melagukan lirik dan sajak Abuya tentang Tuhan, timbul rasa takut dan cemas. Sepatutnya perasaan takut itu sangat menguasai diri mereka kalau-kalau Tuhan tidak gerakkan untuk dapat berbuat sebaik mungkin sehingga memberi kesan di hati penonton dan diri sendiri. 

Tuhan marah kalau dalam hati tidak rasa malu dan takut bahkan rasa luar biasa. Siapa saja yang tampil ke depan membuat sebarang persembahan, kalau tidak ada rasa takutkan Tuhan  dalam hatinya maka sebenarnya dia akan jadi macam mereka yang sudah terkeluar itu.. Hanya lihat kemampuan diri yang lahir sedangkan ruh mereka kosong dari digerakkan menuju Allah. Melihat kebesaran diri, dan rasa diri istimewa. Jadi kalau semasa dan sesudah ‘show’ pun; hati terbuai-buai seronok, ertinya sedang berdosa dengan Tuhan. Sedangkan Abuya ajar, setiap keterampilan kita mesti dengan membawa rasa takutkan Allah. Minta Abuya pandu dan pimpin hati. Kemudian selepas ‘show’ tak boleh rasa seronok bahkan tak boleh senyum pun. Selepas show mesti beristighfar, mesti minta ampun kerana Allah yang buatkan kesempurnaan persembahan kita. Mana boleh lupakan kehebatan Allah. Ingatlah para kekasih Allah yang hadir dalam majlis ini, mereka tidak tengok persembahan kita itu tapi apa yang mereka perhatikan ialah perjalanan hati kita!

Sesiapa yang berseronok di hatinya kerana kejayaan persembahannya ertinya dia lupakan ‘kuasa’ yang telah membantunya. kuasa yang terlebih dahulu dipanggil bertalu-talu untuk membantunya. Sepatutnya dia ucapkan syukur  dengan penuh perasaan malu dan takut. Takut dapat nikmat tanpa taufik. Saya ingat lagi, Abuya selalu pesan pada anak-anak yang buat ‘show’, Abuya ingatkan selalu, supaya hendak pastikan hatinya tidak rosak. Sekarang baru saya sedar, rupa-rupanya benar! Semakin aktif buat ‘show’, semakin jauh dan rosak. Bencana besar menunggu hasil kejayaan lahiriah, membuat persembahan atau sesuatu kerja yang hebat, dalam masa sama ianya memusnahkan ruh, merosakkan hati hingga terkeluar dari jemaah. Dahulu setiap kali tengok mereka buat show, saya senang hati dan sentiasa doakan, mudah-mudahan mereka insaf sepertimana penonton yang insaf. Tuhan boleh buat orang lain rasa insaf menyaksikannya tapi diri sendiri boleh gagal.Takutlah dengan dosa-dosa yang tak ditaubatkan kerana ia boleh mengundang kemurkaan Allah sehingga terkeluar dari jemaah. 

Sebab itulah saya tak mahu biarkan hal ini berlalu begitu saja. Saya kena ingatkan pesanan Abuya; siapa yang selepas show hatinya tak huruhara, tak gundah gulana, tak resah gelisah, ertinya dia sedang dalam kemurkaan Allah. Tuhan marah kerana hati sudah dikuasai nafsu. Janganlah mengambil sebarang kejayaan atau kemenangan dalam keadaan lupakan Allah!! ‘Kebesaran’  itu di’pakai’kan sekejap pada diri kita tapi janganlah lupakan tuan yang meminjamkannya kepada kita. Sepatutnya selepas dapat nikmat hasil sungguh-sungguh tawassul dengan Abuya, maka makin hebat lagi kita merintih dan bertaubat minta ampun, rasa malu dengan abuya. Rasakan tidak patutnya kita rasakan diri berbuat. Rasakan perasaan sebegitu sangat rosak dan sangat merbahaya kalau tak dipandu sehalus2nya. 

Inilah Muharram, inilah hijrah! Tuhan memulakan kemenangan Rasulullah saw. dari dalam gua Tsur. Jadi mata lahirnya melihat kemenangan tapi hati sebenarnya takut. Kemenangan ialah orang mendapat dunia yang direbutkan itu tapi masa sama dia dapat Tuhan. Dia mendapat sebesar-besar keagungan.  Kalau zahir dapat dunia tapi ruhnya gagal mendapat Tuhan maka tunggulah harinya akan berlaku seperti apa yang terjadi pada mereka yang sudah terkeluar.

Apakah syarat untuk kita mendapat kemenangan?  Syaratnya ialah mendapatkan hati yang kuat dan tidak putus hubungannya dengan Allah, Rasulullah saw, Saiyidi dan Abuya. Itulah syaratnya. Hati yang sebegini, kalau dunia datang, kita tidak akan berebutkan dunia kerana hati sudah jadi milik Allah dan orang-orangNya. Tanpa syarat ini siapa sahaja akan gagal berdepan dengan dunia, rosak binasa sehingga akhirnya masuk ke neraka. Sebab itulah sekarang ini masuk sahaja Milad Abuya, Allah keluarkan musuh-musuh. Mereka sudah tidak boleh berpura-pura. Kejadian ini menjadikan hati para pejuang itu terkejut dengan kemenangan. Mereka menempuh kemenangan dalam ketakutan. Kemenangan didapatkan dalam keadaan cemas dan takut. Mudahkah mereka melepasi proses seterusnya kerana melihat dunia yang datang sangat membimbangkan dan mencemaskan. Sedangkan selama ini ruh mereka ditapis dan disaring atas satu perjalanan sukar dalam usaha mereka mencari Tuhan. Maka kemarahan dan peringatan Abuya sangat perlu disampaikan kerana penyelamat itu lebih sukakan kesusahan menimpa orang-orangnya. Biarlah mereka kekal susah, menderita dan teruji demi menyelamatkan hati mereka.

Sememangnya sempena 10 muharram tanda-tanda kemenangan semakin hampir tapi saya sangat takut dunia yang sedang diusahakan lenyap dari hati kita ini, bila ia muncul dan dapat pada kita, kita jadi lalai pula. Bila Abuya sudah muncul, dunia akan datang pada kita, kita takut, kita akan rosak binasa. Inilah yang berlaku dalam dunia hari ini. Lihat berapa ramai pemimpin yang naik ke puncak kuasa. Mereka kata hendak bela rakyat tapi bila kuasa di tangan, lihatlah bagaimana mereka menipu rakyat!  Jadi sangat-sangatlah menjadi harapan bahawa cukuplah Muharram ini adalah kemenangan itu; Jadikan proses menang, kalah diambil sebagai satu cara untuk kekalkan rasa takutkan Allah disetiap waktu. Ingatlah ketika dunia sudah dalam tangan; itu bukan kemenangan hakiki.  Kemenangan sebenarnya bagi kita ialah syurga; Kemenangan bermakna hati dapat Allah ertinya hati sentiasa takut kepada Allah.

Apa yang kita doakan hancurkan musuh, Allah sudah jayakan tapi doa supaya hati takut setakut-takutnya belum lagi. Rasa takutkan Allah belum lagi. Kita belum menyerah diri, belum redha sepenuhnya dengan Allah. Kita masih melihat dan utamakan kepentingan diri; Tak kan kita nak tunggu setahun lagi sehingga ruh kita mantap. Jadi kena menangis selalu. Kalau setiap kali dapat nikmat, lalu terlintas satu saat di hati, “aku yang buat ini semua” ertinya perlu setahun lagi kita menunggu!!; Apa yang kita hendakkan, setiap kemenangan itu ditangisi dengan rasa takut. Janganlah hendaknya kita merayu-rayu sebelum berjaya, tapi bila selesai dengan mendapat apa yang kita hajatkan, kita bagaikan tak pernah berdoa seumur hidup padaNya. Memang ini semua bukan mudah hendak dibuat tetapi ingatlah sudah banyak perkara yang susah, Allah izinkan kita dapat buat, kenapa mendapatkan hati yang sebegini, kita tidak usahakan dengan lebih bersungguh-sungguh!. Jika sebelum ini jiwa kita kuat melepasi proses demi proses, kenapa kita tidak bersungguh-sungguh kali ini demi mendapatkan hati yang sejahtera sedangkan ganjarannya adalah syurga. Terhindar dari neraka adalah sebesar-besar kemenangan sebenarnya. Ummu ambil inisiatif membuat peringatan ini supaya ada yang insaf; lalu dia pun memulakan aktviti ruhnya dengan mula memerhatikan gerakan hatinya. 

Latihlah hati berkata-kata, contohnya sebaik selesai membuat persembahan; “engkau sudah berjaya buat ‘show’, tetapi ingatlah wahai nafsuku; Allah sedang marah ni! engkau rasa istimewa dan hebat? Kenapa engkau tak rasa malu dgn Allah? Takut dan bertaubat, beristighfarlah pada Allah!!!”  Riadhah hati yang sebeginilah yang kita semua kena buat. Jadilah orang-orang yang boleh merendah diri. Hilangkan rasa bijak dan pandainya kita kerana kata Abuya; “Kita memang perlukan orang pandai dan bijak tetapi biasanya orang pandai sukar untuk dididik kerana dia terlalu menganggap dirinya besar. Nafsunyalah yang menjadikan dia melihat dirinya besar dan hebat!

 

Mudah-mudahan kita dapat Allah untuk melayakkan kita pergi ke akhirat dengan mengharapkan keredhaan dan keampunanNya. Sejauh mana hati kita takutkanNya sejauh itulah Dia akan melayan kita. Sekian.

 

  • sajak Abuya tentang Muharram (1)
  • sajak muharram oleh abuya (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “Pesanan Bonda Ummu sempena 10 Muharram- dari Blog Syh Jo.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *