***Islam Agama Fitrah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria.

Korang semua tau Islam agama fitrah. Sebab apa? Sebab apa yang fitrah suka, islam dorong-dorongkan. Antaranya, fitrah manusia suka berjalan-jalan, ziarah-ziarah, melawat sesuatu tempat atau mengunjungi orang ternama, wali Allah. Maka Islam mendorong lagi dengan Allah tetapkan menziarahi sesuatu tempat untuk mendapat kekuatan roh, mendalami sejarah perjuangan umat terdahulu adalah sunat.

So, rugilah kalau dah sampai Jordan tak ziarah gua Ashabul Kahfi. Satu sejarah agung yang Allah kekalkan kisahnya dalam Al Quran malah ada satu surah khas menceritakan tentang mereka. Pelik bin ajaib bila kenangkan ada pelajar Malaysia yang lama belajar di sini tapi tak amik peluang ziarah tempat begini. Nak ajak, ada pihak kata nak hidupkan Arqam pulak. Ajak Syh Megat je la. Ya, Ashabul Kahfi satu golongan pemuda yang sangat istimewa. Di waktu semua orang kufur kepada Allah, mereka beriman dan mempertahankan iman mereka, lari dari kezaliman pemerintah. Pemuda hari ini, di waktu ramai orang-orang dewasa dan berumur kembali pada Islam. Sanggup bermati-matian untuk mendaulatkan agama, mereka leka dengan dunia. Leka dengan smart phone, Twitter, FB, Youtube, Bola, Gym, Filem, politik, hak asasi dll. 

Dunia sudah terbalik. Sebab itu bila ada golongan yang remajanya nak hidup cara Islam sebenar, nampak GHARIB. Nak ikut sunnah. Nak ikut Islam fitrah, nampak pelik.

Fitrah kita juga suka menziarahi orang-orang yang mulia. Lebih-lebih lagi wali Allah dan orang Soleh. Peluang menziarahi Sidi Abu Khalid, Syeikh Kabilah Bani Syammar tak disia-siakan. Syh Megat Jiwa dan Ibu Matun sanggup keluar 10 pagi balik 12 malam bersama kami menziarahi beliau. Sidi sentiasa tenang tersenyum, sekali sekala memberi pendapatnya dalam majlis. Nak tunjukkan kepada Syh Megat, tak betul kenyataan TH mengatakan Sidi tak banyak bercakap sehingga orang yang tak pernah berjumpa faham seolah-olah Sidi langsung tak bercakap. Sedangkan bila keadaan memerlukan, kami lihat sendiri, Sidi bercakap agak panjang. Lebih-lebih lagi tindakan TH di tanya oleh Ummu Anas kepadanya. Sebagai kawan Abuya dan Wazir IM, sudah tentu beliau memberi pendapatnya. Malam itu juga kami berpeluang mendengar perbincangan seorang ahli akademik dari Iraq yang memberi maklumat pada Sidi bahawa dalam masa seminggu dua ini, akan berlaku peristiwa besar di rantau ini. Barat sangat memberi perhatian atas apa yang berlaku. Pendirian Bani Syammar sangat dinantikan banyak pihak ketika ini. Benarkah kata-kata bonda wasilah, meminta semua ahli tingkatkan penghayatan semua amalan khasnya tawassul. Usahakan yang keluar dari lubuk hati yang mendalam, bukan di hujung bibir. Kita harap dalam bulan Muharram ini juga, janji Allah berlaku. Amin. Fitrah mana yang tak sukakan kemenangan, kejayaan?

Antara yang juga fitrah ialah bernikah kahwin. Malah fitrah lelaki yang jarang orang sebut sebagai fitrah ialah nak berpoligami. Alhamdulillah, kawan baik dan pembantu setia anjang di Syria, Syh Hafiz Ulul azmin dah menamatkan zaman bujang 3nya, masuk ke era bujang 2 bila bernikah poligami. Tahniah anjang ucapkan, anak yang petah bercakap, dulu di yayasan Arqam Bt Hampar, kadang-kadang berkaki ayam dari asrama ke masjid kerana tak mau pakai selipar orang (budak baik), sekarang sudah beristeri 2!! Tak lupa 100 kali tahniah untuk Ain yang dah masuk kelab ber’madu’ mengalahkan Ibu Zonnya. Mudah-mudahan rohnya, dan roh kita semua di’upgred’kan.

Ampun maaf. Nak sambung tidur.

Duwwar Qubbah, Irbid.

3.05am, Dis 6, 2012.ImageImageImageImageImage

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *