***Gabra Habis***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. 

Gabra dibuatnya bila BUJ Ar minta anjang cakap tadi. Apa tidaknya, asalnya minta Syh Fauzan cerita perkembangan di Papua. Ketika BUJ Ar kata, Papua ni jauh sangat, spontan anjang cakap kat Syh Megat, jangan-jangan kena kat Irbid… Tiba-tiba betul, BUJ Ar minta cakap, allah… Baru kalut nak pasang mic lah, setting volume lah, unmute la… Fuuh. Nasib baik Syukri Zabri dah balik kelas, boleh bantu setkan. Khubaib demam, Faah pula di mat’am. Fuuuuh. Akibatnya, BUJ Ar minta cakap lain, anjang fokus lain. Korang dah tau kan apa panduan dari RSA melalui BUJ Ar tentang wahabi. Tanya pemimpin masing-masing lah. Yang penting PERMAI mahu ahlinya berbaik-baik dengan GISB malah menegaskan dalam artikel mereka: (Ahli PERMAI dinasihatkan tidak bermudah-mudah menghukum mereka sebagai mubtadi’ (ahli bidah) kerana ada kemungkinan amalan @ kepercayaan mereka adalah berdasarkan kejahilan ataupun sebahagian amalan mereka itu masih diperselisih sesama ulama’ Ahlussnah sendiri) 

Post ni anjang nak letak satu lagi penilaian orang terhadap Al Arqam. Maklumlah, hari ni tak ramai yang nak berbuat, yang ramainya orang nak memberi penilaian. Mungkin ikut arus perdana. Ikut peredaran zaman. Seingat anjang, dulu Bintang RTM juara ditentukan oleh juri. Tapi AF, juara banyak bergantung pada undi penonton. Pendek kata, dulu pemenang agak berkualiti, sekarang, macam mi segera. Abuya pernah tanya kami, sapa lebih sedap suara antara Mawi, Asri dan Hasnol? Jawapannya… Cari sendirilah. Kembali pada isu kita, sekarang ramai yang suka menilai. Permai dah buat Al Arqam Satu Penilaian, rupanya ada orang yang dah tulis buku tentang itu. Belek-belek internet ni terjumpa: 

 

Al–Arqam Dan Ajaran Aurad Muhammadiah: Satu Penilaian

 

Tajuk: Al–Arqam Dan Ajaran Aurad Muhammadiah: Satu Penilaian

Penulis: Farahwahida Mohd Yusof

Penerbit: Universiti Teknologi Mara.

 

Buku ini membincangkan secara tuntas sejarah penubuhan dan perkembangan Al–Arqam serta doktrin ajaran Aurad Muhammadiah yang menjadi pegangan kumpulan ini. Sepanjang kepimpinan Asaari sebagai sheikhul Arqam (1968–1994), pelbagai kontroversi timbul hingga membawa pengharaman Al–Arqam pada tahun 1994. Tidak berhenti Setakat itu, pengharaman ini sekali gus menimbulkan persoalan di kalangan masyarakat tentang apa itu Aurad Muhammadiah dan adakah doktrin ini bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi pegangan umat Islam di Malaysia. selain itu, Buku ini turut membincangkan perkara-perkara kontroversi yang diamalkan oleh Al–Arqam seperti poligami dan majlis yaqazah serta dakwaan-dakwaan terkini oleh Asaari Mohammad.

 

Kandungan.

Prakata.

Penghargaan.

Transliterasi.

Singkatan.

Bab 1. Al–Arqam: 1968–1994.

– Sejarah.

– Konsep Dan Matlamat Perjuangan.

– Organisasi Pentadbiran Dan Keahlian Al–Arqam.

– Aktiviti Yang Dijalankan.

– Pendekatan Mempengaruhi Orang Ramai.

 

Bab 2. Aurad Muhammadiah.

– Pendahuluan.

– Sumber..

– Konsep Imam Mahdi.

– Shahadah Aurad Muhammadiah.

– Penggunaan Jin Sebagai Khadam.

– Tawassul Dan Silat Sunda.

– Tahlil, Maulid, Doa Dan Selawat.

– Majlis Yaqazah.

– Konsep Taqiyyah.

– Implikasi.

 

Bab 3. Pewartaan Fatwa Terhadap Al-Arqam (1994).

– Pendahuluan.

– Menggugat Keselamatan Dalam Negeri.

– Fatwa Dan Pewartaannya.

 

Bab 4. Pelaksanaan Pewartaan Fatwa.

– Pendahuluan.

– Senario Selepas Pengharaman & Pembubaran.

– Usaha Menghidupkan Semula Al–Arqam.

– Terbongkar Kepalsuan Dakwaan Asaari.

– Dakwaan Terbaru Asaari.

– Perlunya Pemantauan Yang Berterusan.

 

Bab 5. Penutup..

Bibliografi.

Indeks.

 

Inilah yang anjang jumpa, info umum sahaja sebab tak sempat membacanya. Mungkin kawan-kawan di Malaysia boleh mencarinya. Ok, jumpa lagi.

Tepi soba, bilik suluk, Duwar Qubbah, irbid.

8.40pm, Dis 13, 2012

P/s

Depa (Yahudi) kata kiamat 12.12.12, tengok tak kiamat pun. Tak ada sapa marah. Sebenar yahudi yang kiamat, sebab sedang hadapi kekalahan demi kekalahan. Ada yang kata, tarikh sebenar kiamat 21.12.12, Krismas ni adalah terakhir buat mereka. Punya percayanya mereka pada angka-angka. Umat Islam tak peduli sangat. Bulan Safar bulan ke 2 dalam kalendar Islam pun sapa peduli. Rupanya esok bertarikh 1.2.34 dalam taqwim Hijriyah. Apalah hikmahnya?!.Image

  • tahlil aurad muhammadiah (21)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Gabra Habis***

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *