***Harga Cinta***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Keletihan perjalanan jauh selama lebih 4 jam dari Muhafazah Irbid ke Muhafazah Karak dengan 2 buah Cooster seakan hilang bila kami sampai ke Medan Muktah. Roh-roh para Syuhada’ yang tidak mati itu terasa menyambut kedatangan kami anak-anak Abuya menziarahi medan pertempuran antara pejuang kebenaran dan pejuang kebatilan, antara kekuatan akal dan roh dengan kekuatan akal dan fizikal, antara pencinta dan pemburu Akhirat dengan pencinta dan pemburu dunia. Rasulullah SAW bersabda,

“Pasukan ini dipimpin oleh Zaid bin Haritsah, bila ia gugur komandan dipegang oleh Jaafar bin Abu Talib, bila gugur pula panji-panji diambil oleh Abdullah bin Rawahah –ketika itu baginda menitiskan air mata- selanjutnya bendera itu dipegang oleh seorang ‘pedang dari pedang-pedang Allah’ dan Akhirnya Allah SWT memberikan kemenangan. (Imam al-Bukhari)

Dan itulah yang terjadi. Medan Muktah menjadi saksi. Gugurnya 3 ketua tentera dengan 10 yang lain. Darah suci yang harum membasah bumi berbatu dan pasir di sini lebih 1500 tahun dahulu. Bersama kematian 3350 tentera Rom dan sekutunya. Pasukan apakah ini? 3 ribu menentang 200 ribu orang. Lautan manusia. Lautan bala tentera. Lengkap bersenjata. Berbangsa eropah. Mereka tidak lari, manusia apakah ini!? Gugur ketua pertama, anak angkat Rasulullah SAW. Kecintaan Rasulullah SAW. Yang Rasul hantar mengetuai bala tentera. Pergi untuk mati. Rasul lepaskan anaknya untuk menerima libasan pedang, rejaman tombak dan hujan anak panah berbisa. Itulah harga cinta. Di mana cinta kalian? Mampukah serahkan nyawa demi Islam? Gugurlah Syd Zaid RA dan tentera mukmin terus bertahan. Ajaib. Syd Jaafar menyambut bendera lalu menjadi sasaran senjata musuh. Putus tangan kirinya yang memegang panji-panji, dicampakkan pedang, dipegang panji-panji dengan tangan kanannya. Tangan kanannya pula putus dek tebasan pedang musuh, didakapnya tiang bendera dengan baki lengannya. Biar menderita pedih kesakitan, bisa pedang, tombak dan panah. Darah bagai simbahan air. Namun bendera Rasulullah tak akan jatuh ke bumi. Hinggalah badannya terbelah dua oleh pedang musuh. Lebih 70 luka merobek tubuh sepupu Rasulullah SAW. Inilah bayaran cinta. Sanggup mati untuk yang dicintai. Di manakah cinta kita semua?!!

Syd Abdullah RA diganggu lintasan seketika. Gerun melihat perang yang tidak seimbang tetapi segera ditepisnya. Lalu menerobos di tengah-tengah musuh dengan kibaran bendera Rasulullah SAW. Tangan kanannya menebas tengkuk musuh, tangan kirinya erat mempertahankan panji-panji perang. Akhirnya penyair Rasulullah saw ini juga menemui syahidnya. 

Dan hari ini, kami sampai ke tanah Muktah. Remaja Ikhwan memijak bumi yang pernah Abuya jejaki. Menghirup roh jihad Sahabat-sahabat kecintaan Rasulullah SAw. Ketahuilah Hazim, Khubaib, Mujahid, Rifaah, Hisham, Mus dll kamu semua akan mengulangi sejarah ini. Ingatlah Hajar, Zahidah, Safi, Hanisah, Nabila dll kita sedang membina sejarah bukan semata-mata ziarah. Menangislah!!! kerana Rasulullah SAW dan sahabat-sahabat di Madinah pun menangis mendapat berita syuhada’ Muktah. Moga setiap titisan air matamu Allah ganti dengan kerinduan yang mendalam terhadap Rasulullah SAW lalu Allah hadiahkanmu mati syahid atau mati sebagai orangNya.

Ampun maaf.

Dlm bas Menuju sempadan Saudi

1.53pm, Dis 23, 2012

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *