***Air Tangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Selain bersama keluarga sendiri, saat bersama keluarga dalam jemaah adalah kenangan indah yang tak dapat dilupakan. Lagi besar keluarga, lagi seronok kerana rencah dan lagaknya yang bermacam ragam. Adik beradik anjang 11 orang, walaupun masa kecil tak semua sentiasa di rumah, tapi bila berkumpul, fuuuh seronok. Di dalam Jemaah Arqam juga sistem kehidupannya secara berkeluarga. Ketika masuk kursus kefahaman Islam di Sg Penchala 1985, mula-mula disambut oleh pelajar-pelajar muda, berwajah bersih, suci dan ceria. Bergamis putih serta serban berlilit kemas. Mengambil beg dan membawa ke meja pendaftaran. Di sinilah bermulanya pengagihan usrah. Ada ketuanya yang sangat prihatin. Berkenalan dengannya dan rakan-rakan usrah. Tidur baring bersama. Makan minum bersama-sama. Beribadah sekali. Mendengar kuliah-kuliah. Disambung dengan canaian-canaian kisah-kisah benar yang menarik hati. Indahnya suasana ketika itu. Selawat dirasa menyentuh hati. Ilahi las terasa menusuk ke jiwa. Terasa ingin terus hidup dalam suasana begitu.

Bila masuk yayasan Arqam lagi indah. Belajar di asrama penuh. Lebih penuh dari MRSM, lebih ketat disiplin dari Maktab Tentera, tapi penuh kasih sayang. Belajar, beribadah, ORD, bertugas di Pertanian dan tak lupa makan minum semuanya berjemaah. Agaknya antara penyebab kuat hubungan kekeluargaan dalam jemaah selain selaras dalam soal ibadah dan wirid zikir ialah makan berjemaah. Orang Melayu sebut ‘Air Tangan’ iaitu hasil kerja seseorang yang lazimnya dikaitkan dengan makanan. Di sekolah Arqam, masing-masing pernah makan air tangan yang lain, macam mana tu? Sebab tugas memasak digilir-gilirkan antara usrah. Maka setiap kumpulan ada giliran memasak dan menjamu kawan-kawan. Ini juga penyebab lebih kuat ikatan ukhuwah di kalangan mereka. Al maklum, air tangan. Kita kan suka masakan ibu kita, kerana tangan itulah yang menyiang, mengupas, mengerat, memotong, membasuh, mengaul, menumis, mengacau segala lauk pauk dan makanan kita. Lalu dihidangkan kepada kita adik beradik untuk menikmatinya sedangkan perut sedang begitu lapar. Terima kasih mak. Rindu kat mak. Begitu juga bila yang masak kawan-kawan seperjuangan. Terasa ada ikatan halus yang menghubungkan hati dengan mereka. Kawan-kawan di Alai tak kan dah lupa dengan Abang Ghani.? Hari-hari masak asam pedas Melaka. Cencaru asam pedas. Batu Hampar, jangan lupa kat Abang Mie. Serba boleh. Masak apa saja bahan yang ada kat dapoq. La ni Abang Mie duk masak kat Bandar RSA BCH. Pak Ya dan Kak Nab pun jangan dilupa. Pesembor, sup, kari, semua boleh. Tapi kalau yang kaki pegi Restoran mamak, mungkin terkenang-kenang masakan mamak. Air tangan mamak. Dua tahun anjang di Pakistan, pagi pekena prata di kedai Burma. Dengan ‘anda kutala, kima dan bona’. ‘Doot pati’ tak lupa. Balik markaz, tengahari. Panas. Pekena air tebu Pakistan. Air tebu campur dengan limau nipis. Dilalukan pada ketulan ais. Sejuk, tapi tak terlalu sejuk. Sedap beb!! Tapi jangan tengok lama-lama kat tangan dan jari jemari orang Pakistan tu, nampak macam dah kembang kuku panjangnya. Syh Mahmud nampak macam semangat je nak ke Karachi. Sebenarnya ramai lagi yang semangat tapi menyembunyikan keghairahan mereka. Sebab apa tu? Air tangan Pakistani. Jangan lupa kedai Burma Koboi yang Syh Inam selalu pergi tu.

Di istana RSA ni nampaknya ada giliran masak, lelaki dan perempuan. Yang lelaki setakat ni, Syh Jo terkedepan. Kari kepala ikannya, sedappppp. Tambah ada ikan goreng dan ulam gergil. ‘Lau ‘arafatiz zaujatu fadhaila girgil, la zara’atha tahtas sarir’ lebih kurang macam tu la bunyinya mathal Arabi. Kalaulah isteri tahu kelebihan girgil, nescaya dia akan menanamnya di bawah katil. SSI punya cerita. Apapun air tangan chef-chef sangat dihargai. Anjang tak pandai masak. Menumpang berkat Syh Jo je. Syh Inam yang pakar masak tumbang pula, tak tau la, kurang gula atau lebih gula. Yang jelas bacaan BP anjang 145/100. Katanya orang pendek tak kena darah tinggi. Ok, takat ni je corat coret kali ni. Selamat Tahun Baharu 2013M. Moga air tangan pengamal AM akan membantu kita dalam kuarantin untuk mengkebumikan tamadun nafsu dalam diri dan menghidupkan tamadun roh. Islam tak akan kalah-kalah lagi.

Musolla tepi kolam istana RSA.

3.25pm, Jan 1, 2013

image
makan berjemaah

image

image
Syh Jo dan Syh Hasnan

image

image

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *