***Kuarantin di Bilik 6 Bulan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. Antara kawan-kawan yang banyak berkhidmat dan nampak khidmatnya di istana ni Syh Baharum. Mungkin kerana mudah perhubungan antara muslimah dan lelaki. Isterinya ada di sini. Khidmat apa? Khasnya makan minum. Mengambil juadah dari dapur di tingkat dua, bawa ke bawah. Gunakan khidmat lift istana. Hari-hari Syh Baharum bertugas. Tak jemu. Setiap waktu makan. Nasi, air, lauk. Sayur, jeruk, bubur. Apa sahaja yang Tuhan rezkikan, selalunya Syh Baharumlah yang ringan tulang membawanya. Dia ikut era. Era lonjakkan roh ni kena buat 4 perkara. Untuk RSA dan orang-orangnya. Mungkin Syh Baharum sangat menghayatinya. Kerana dia yang ‘shoot’ kuliah-kuliah. Sudah tentu dia sepatutnya lebih memahami dan menghadhamkan ilmu-ilmu tu berbanding orang lain. Apa 4 perkara tu?:

1. Mendoakan

2. Membela

3. Berkhidmat

4. Belajar 

Itulah cara mencari berkat. Anjang lihat 4 perkara ni, orang ego tak boleh buat. Kena rendah diri. Kena tawadhu’, baru boleh. Kalau tak silap anjang, Abuya pernah kata, ‘air berkumpul di tanah yang rendah.’ Ertinya kebaikan itu berhimpun kepada orang yang rendah hati (jangan silap faham! Bukan orang pendek. Itu rendah fizikal…•• ɑƗƗɑƗƗɑƗƗɑ)

Pagi tu, ketika Syh Baharum sedang menghidang sarapan, Uqbah turun beritau Syh Fakhrur Ar ajak anjang sarapan di biliknya. 

‘Pucuk dicita, ulam mendatang’

Memang nak sangat jumpa Syh Farul walaupun lihat je wajah Bah, teringat kaunter NM di Irbid. Banyak jasa Bah di Irbid, khasnya mengawal suasana remaja di sana.

Naik je tingkat atas, anjang terus beri salam dan masuk ke bilik YM Syh Fakrur Ar. Anak sulung lelaki Abuya. Dari mudanya sampai sekarang anjang kagum dengan beliau. Kacak, hensome, wibawa, lemah lembut, tegas, bijak bisnes, semuanya diadunkan oleh mursyidnya tersimpan dalam peribadi Syh Farul sebagai aset untuk Islam. ‘Kaifal hal ya Syeikhna?’ Ucap anjang. Syh Farul sedang berurut. Syh Baharum (dari Indonesia, bukan bahrum tadi…. Ada berapa bahr/laut negeri Rom ni?) sedang memicit lutut Syh Fakhrur. Di bilik sederhana luas itu terdapat katil, almari, meja dan beberapa kerusi. Segala gajet-gajet kelihatan di atas meja lengkap dengan note book dan wi fi.

‘Beginilah ana, dah 6 bulan di dalam bilik.’ Katanya lembut sambil tersenyum. Seronoknya jumpa Syh Farul, terubat sedikit rindu tak bertemu Abuya. Tampak susut badannya. Menurut Syh, jika dia keluar sahaja dari bilik, dia akan terkena ‘serangan’. Boleh tersungkur dibuatnya. Sesak nafas. Pernah Naif bawa beliau chek di hospital, Dr beritau ada masanya ketika chek dibuat, ada sesuatu yang menghalang. Data/info tak boleh dibaca. Ada sesuatu yang menghalang. Lalu pihak Dr mengatakan beliau sehat, tiada masalah. Walhal beliau sedang sakit.

Begitulah ujian yang sedang Tuhan lakukan terhadap Syh Fakhrur. Setelah rentetan ujian silih berganti berlaku padanya. Ujian besar-besar. Mursyid lakukan untuk latihan kelurusan hati. Antaranya: 

1. Ibunya terpaksa dijadikan musuh kerana memusuhi perjuangan tetapi tetap menjaga hubungan sebagai anak.

2. Beristerikan seorang musuh perjuangan yang memang dihantar musuh. Tapi tak dibenarkan menceraikannya.

3. Diperkenalkan dengan musuh yang masuk dalam jemaah tapi minta dirahsiakan.

Dan lain-lain ujian yang berat-berat namun kelihatan Syh Farul sanggup menanggungnya. Lurusnya hati anak Abuya. Moga ziarah anjang ni, dapatla amik berkat. Menurut Syh, ada masanya seluruh sihir-sihir orang yang pernah dirawatnya di Rompin, datang kembali menyerangnya. Tetapi Syh Farul tetap meneguhkan amalan, melawan serangan. Malah bila orang menuduh beliau sudah sakit dan tak mampu berjuang, Syh Fakhrur bangkit, memberi kuliah dan diupload ke you tube. Inilah sistem Kerajaan Ajaib, bila fizikal lemah, rohnya melonjak. Sakit, macam tak sakit. Mampu memberi kuliah dan panduan. Nasihat dan berkongsi pengalaman. 

Sambil makan sarapan pulut cicah sambal ikan bilis dan rebung dari Irbid, anjang terus menikmati kisah-kisah keajaiban perjuangan Abuya dari beliau. (Ada masa kita kongsi nanti).

Walaupun terkurung dikuarantin di bilik, fikiran dan jiwanya bebas menjelajah seluruh dunia. Hebatnya Abuya melahirkan seorang seperti Syh Fakhrur.

Ok. Jumpa lagi…

Bilik 2, tepi kolam istana RSA, Mekah.

11.41am, Jan 2, 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Kuarantin di Bilik 6 Bulan***

  • January 5, 2013 at 6:02 am
    Permalink

    Salam ceria,tq atas perkongsiaan minda-minda terbaru ,tq RSA ,kerana masih sudi menyiram ilmu pada kami.Salam buat kawan-kawan di Haramain khusus Syh.Fakhrur.Selamat berjuang.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *