***Bersyukurlah!!!***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageImageSalam ceria. Syh Megat dah naik flight, Syh Mazlan pun dah sampai Airport Queen Alia’. Sanggup mati untuk Islam. Ya la, Syh Lan bukan tahan sejuk pun. Mudah sakit. Tapi, datang juga. Sedangkan Irbid baru semalam dilanda salji. Hari ni dah sampai. Alhamdulillah.

“Bersyukurlah!”, ia mudah diungkap, susah dilaksana. Senang dikata, payah dikota. Tapi sebagai hamba Allah, kita tetap dituntut untuk menyebut-nyebut, mengenang-ngenang nikmat Tuhan. Mudah-mudahan akan lunak hati kita untuk tunduk mensyukuri-Nya. Kita hanyalah hamba-hamba yang hina dina. Tetapi Allah layan kita sebegini rupa. Tak sedetik pun Tuhan terlupakan kita.

Diberi makan ketika lapar, diberi minum ketika dahaga. Nafas yang disedut, menyegarkan seluruh anggota. Sakit pendek sahaja masanya, selalunya sehat. Hari ni BP anjang dah normal, 120/80. Tapi kasih sayang Allah, baru nak rasa lega, dada pula sakit. Pedih-pedih. Mudah-mudahan diampunkan dosa. Duduk sebilik dengan orang berumur 56 dan 72 tahun. Mereka sehat, anjang pula sakit. Tapi sakit anjang tak la seteruk luka Syh Baharum. Mengerikan. Moga Allah sembuhkan segera. 

Bila sakit, Dia yang menyembuhkan. Sungguh Dia sentiasa mengingati kita. Kita yang kerap melupakan-Nya. Wali-wali Allah seperti Abuya, melihat Allah pada setiap masa dan keadaan. Sedangkan anak murid Abuya ni, terkial-kial untuk ingat Tuhan, walaupun dalam solat. Jauhnya. Sedangkan nikmat keliling pinggang.

Antara nikmat besar yang kita perolehi di dalam jemaah kebenaran ialah kita diberitahu oleh Abuya bahawa Akhir Zaman Islam akan kembali berdaulat. Dan akhir zaman itu adalah sekarang! Itulah pimpinan seorang yang dipandu secara rohani. Dapat memberitahu sesuatu dengan tepat supaya kita bersedia. Kalau kita tanya para ulama, pakar hadis, pensyarah-pensyarah di universiti, pemegang-pemegang Phd, bila Akhir Zaman sebenarnya? Bila Imam Al Mahdi akan muncul? Mereka akan katakan, mungkin 200 tahun lagi. Jangan fikirkan, menyusahkan kita. Yang penting nasib umat Islam sekarang dan 1001 jawapan yang tidak menjawab soalan. Kerana apa? Kerana mereka tidak mendapat pimpinan rohani.

Maka bersyukurlah, kita telah diberitahu. Sudah tersangat hampir masanya. Yahudi sekarang semakin ketakutan. Begitu juga segala tali barut yahudi. Mereka tahu, penghubung antara GISB dengan RSA adalah bonda Wasilah, maka tak putus-putus mereka usahakan orang hilang keyakinan dengan Bonda.

Sifirnya mudah. Wasilah penghubung. Tiada penghubung, macam mana nak berhubung.

Seperti; 

1. Tiada jambatan, macam mana nak menyeberang?

2. Tiada jalanraya, macam mana nak sampai?

3. Tiada HP, macam mana nak ‘call’?

4. Tiada tv, macam mana nak tonton berita?

5. Tiada’BB’, macam mana nak baca ‘bbm’?

Jadi hapuskan alat, musnah binasalah matlamat. Terputuslah dari sumber. 

Oleh itu, jangan biarkan ianya berlaku. Bersyukurlah, Bonda Wasilah adalah nikmat yang sangat bernilai. Musuh hanya akan mengulang-ulang hujah lapuk mereka untuk menghilangkan keyakinan kepada bonda, walhal mereka sendiri sangat takut untuk berhadapan dengan bonda. Takut kerana salah. Tak payah datang ke Mekah, skype pun tak mampu. Sebab mereka tahu, bila kalah hujah dengan BUJ, mereka akan beremosi, marah-marah, ugut-ugut, merajuk-merajuk yang akan semakin menyerlahkan ketidakwibawaan mereka. Jadi, tak yah jumpa. Sedangkan, kalaula Bonda wasilah tidak benar, dah lama orang tinggalkannya. Realitinya semakin berdatangan. 

Anjang baru berbb dengan seorang remaja, dia amat berharap untuk sampai ke Mekah. “Teringin sangat nak ke sana, cuma rintihan tak power lagi,” katanya. Berbeza remaja GBA, balik dari Mekah, belum tentu nak berjuang di bandar GBA. Entah-entah sibuk nak masuk UIA, habis belajar nanti baru daftar nama untuk berjuang.

Ampun maaf.

Bilik 2, Tepi Kolam, Istana RSA

10.42. Jan 10, 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *