***Fail Sulit-1***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria.

PENGENALAN

Ada ke selain mursyid yang mampu memperkenalkan dengan tepat seseorang kepadamu? Tiada. Fullstop. Mursyidlah seorang yang paling pakar. Dia paling pakar tentang manusia, khususnya pengikut-pengikut. Logiknya begitulah. Jika tidak, bagaimana dia mahu mendidik mereka. Pernah ketika diserahkan senarai pelajar Yayasan Al Arqam Sg Penchala kepada Abuya oleh Guru Besarnya ketika itu, Us Hashim Karim; Abuya membaca setiap nama dan spontan memberikan analisanya. “Yang ni…” (sambil tunjukkan nama seorang pelajar perempuan),”… tidak akan berkahwin dengan mana-mana ahli jemaah walau tinggi mana pangkat dan kaya raya. Dia akan keluar jemaah dan kahwin orang luar.” Apa yang Abuya katakan benar-benar terjadi. Murid itu berkahwin dengan seorang guru di luar jemaah tetapi akhirnya suaminya ikut jemaah dan hingga sekarang tinggal di Bt Hampar. (Sekarang suaminya tidak bersama jemaah) Pernah Abuya beritau, ada pelajar kita nanti bila dah pandai sikit akan sepak tuan gurunya. Ia juga terjadi bila seorang bekas pelajar yang asalnya penagih dadah, belajar di Yayasan Al Arqam Islam dari Abuya dan guru-guru dalam jemaah tetapi muncul di tv menghina Abuya.

Mari kita bercerita lanjut, suatu petang di pertengahan 80’an, Abuya sedang makan di rumah anaknya, Fakhrurazi di Yayasan Al Arqam Bt Hampar Bruas Perak. Begitulah kebiasaannya Abuya, jika ada kuliah di malam harinya, Abuya buat persiapan awal, makan dahulu sebelum Magrib. Malam itu Fardhu Ain Zon. Abuya dah tetapkan, jika Syh Fakhrur boleh kumpulkan minimum 500 orang, baru boleh diadakan Fardhu Ain Zon. Begitu sistematiknya perjuangan PBT. Maka berdatanganlah ahli dan simpati Al Arqam dari seluruh Perak. Dari Grik, Kuala Kangsar, Taiping. Dari Manong, Batu Gajah, Ipoh, Teluk Intan. Dari Manjung dan Lumut dan sekitar utara memenuhi kampung Arqam Bt Hampar. Bersusunlah kenderaan mereka di sepanjang jalan kecil dalam kampung Islam yang semakin terkenal itu. Menjelang senja, semakin ramai yang sampai.

Ketika makan itu Abuya mendengar deruman enjin sebuah kereta melalui depan rumah Syh Fakhrur lalu Abuya bertanya,

“Siapa tu Farul?!”

“Tuan Zul…”

Spontan Abuya menjawab, dengan memek muka yang serius, minta diberi perhatian,

“Dia tu (musuh yg) dihantar!!”

Sejak hari itulah Syh Fakhrur diuji untuk menyimpan rahsia. Rahsia yang hanya diketahui oleh beberapa orang sahaja. Dengan isteri dan anak-anak pun Syh Fakhrur tak bocorkan. Berpuluh tahun. Hebat Abuya mendidik seorang anak dan murid seperti Syh Farul. Abuya pula benarkan Tuan Zul bersama-sama dalam jemaah. Memajukan potensi dirinya. Menduduki post-post penting dalam jemaah Abuya. Lakukanlah apa sahaja. 

ليفعل ما يشاء ولكن الى أجل مسمَّى..

Dia boleh berbuat apa sahaja yang dia kehendaki tetapi sehingga jangka waktu yang tertentu… Tetapi demi Allah, selamanya tiada siapa yang mampu menghentikan roda perjuangan ini.

Walaupun diberi masa yang panjang mendapat didikan mursyid, rupa-rupanya tidak menginsafkannya malah terus menerus berusaha secara halus menjalankan misinya hingga orang yang termakan menamakannya KSU terbaik dalam sejarah jemaah. Terbaik kerana apa? Kerana berjaya KIV kan banyak arahan jemaah dari Mekah.

Moga korang kenal siapa musuh siapa kawan? Bagaimana berhadapan dengan musuh, bagaimana ber’muamalah’ dengan kawan. Yang musuh diyakini sebagai musuh lalu digunakan buah silat yang sesuai. Yang kawan, diyakini sebagai kawan, lalu bunga silat manakah nak dipersembahkan.

MODUS OPERANDI

فرّق تسد farriq tasud

PECAH PERINTAH 

Halus. Sangat halus. Kalau tak diberitahu, tak perasaan. Bagaimana taktiknya? Sebenarnya kepimpinan anak-anak Abuya yang membawa cara yang paling hampir dengan ayah dan mursyid mereka dalam mengikat hati-hati manusia. Syh Fakhrur, Syh Nizam dan Syh Nasrul benar-benar mendapat didikan kepimpinan roh dari Abuya. Tanpa campur tangan orang lain. Ini sangat difahami oleh musuh. Mereka tidak mahu kepimpinan Abuya bersambung. Maka cuba dikucar kacirkan antara anak-anak Abuya dan seluruh ahli jemaah. Ditanam di pemikiran anak-anak buah, bahawa anak-anak Abuya buat projek peribadi. Mengambil keuntungan dari jemaah. Membuat jemaah dalam jemaah. Maka terlintas di pemikiran anak-anak buah, bahawa anak-anak Abuya seperti Syh Fakhrur, Syh Nizam dan Syh Nasrul membuat projek peribadi. Timbul sangka buruk di hati-hati pengikut. Maka secara senyap, tanpa istihar pecahlah ukhuwah. Itulah salah satu kekuatan jemaah. Lebih parah dari itu, ada anak buah yang menjadikan alasan, boleh masing-masing bangunkan projek peribadi dalam jemaah. Walhal hakikat sebenar mereka tak tahu. Tidak pula bertemu dan bertanya dengan anak-anak Abuya sendiri. Projeklah menjadi sebab boleh bertemu. Pertemuan dihalang. Perpecahan ditaja. Fitnah dinyala. Pengikut-pengikut Abuya dijauhkan dari zuriat Abuya secara sistematik. Amat berbeza dengan Syh Nasir yang amat cuba mencari berkat, walaupun hanya bertemu seorang cucu Abuya yang kecil dengan mengusap-usapnya lalu dirintihkan, “Ya Allah, selamatkan aku dari api neraka berkat cucu Abuya.”

Sampai masanya, apabila Syh Fakhrur bebas dari ISA, bersegeralah dia merujuk mursyidnya untuk ditentukan tugas dan tanggung jawab. Abuya meminta Syh Fakhrur melapor diri kepada kepada KSU untuk bertugas di BCH. Malangnya lapor diri Syh Fakhrur dipandang sepi. Tiada respon. Bila Syh Fakhrur merujuk kembali pada Abuya, Abuya berkata, “Farul, kamu buatlah apa yang kamu boleh buat untuk Islam, nanti kalau kamu benar, tahulah Allah nak lakukan apa pada kamu.”

Maka Syh Fakhrur pun menyewa di Emerald untuk memulakan aktiviti jemaah bersama keluarga dan sebahagian staf-stafnya yang setia. Dengan keadaan terpinggir. Memang dirancang agar dijadikan bukti kepada anak-anak buah, apa yang telah disebarkan sebelum ini, seolah-olah benarlah Syh Fakhrur membuat jemaah dalam jemaah. 

Anjang pernah mengisi program di rumah Syh Fakhrur di Kota Emerald tapi tanpa mengetahui yang Syh Fakhrur sebenarnya tidak diberi ruang dan peluang berperanan di BCH. Kepimpinan anak sulung lelaki Abuya dicantas secara halus. Sangat halus kerja KSU. Berlaku, suatu ketika, Syh Fakhrur sangat memerlukan bantuan, melalui ibu mertuanya Mak Kamariah, diusahakan untuk dapatkan sekampit beras sebagai bantuan kebajikan. Bila diketahui oleh Tuan KSU yang tak pernah kita lihat tak berduit ini, Mak Kamariah teruk dimarahnya. Timbul ketakutan di hatinya untuk memberi apa-apa bantuan kebajikan untuk keluarga Syh Fakhrur walaupun memang itu tugasnya, bahagian kebajikan.

Untuk apa kita dedahkan semua ini, supaya kenal siapa musuh korang. Jangan jadi GBA, musuh dijadikan kawan. Malah tempat rujuk. Maka rosaklah jemaah. Pecahlah keluarga. Mundurlah perjuangan. Bergembiralah KSU terbaik kerana usahanya mendapat sokongan sebahagian kecil ahli jemaah. Tapi dia tetap tak akan puas hati kerana tak berjaya memisahkan antara Syh Farul Ar dan Bonda Wasilah Ar.

To be continued…

Di tepi kolam Istana RSA Mekah 

10.50am, Jan 13, 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Fail Sulit-1***

  • January 14, 2013 at 2:22 am
    Permalink

    Terima kasih diats perkonsian maklumat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *