***Fail Sulit-3***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

Bila musuh berjaya mengikis kepercayaan di hati dan pemikiran pengikut sebuah jemaah dari membenarkan kata-kata pemimpin agungnya, ketahuilah ujian besar sedang menunggu pengikut-pengikut tersebut. Abuya dah kata musuh, ada yang tak percaya. Lebih percaya kepada musuh dari orang-orang Abuya. Lakonan yang dibuat oleh musuh berjaya meyakinkan ahli jemaah bahawa dia adalah ahli yang komited. Lebih-lebih lagi Mursyid melantiknya dengan jawatan-jawatan yang tinggi. (Sedangkan itu adalah perangkap mursyid) Bila ahli-ahli dah mula meyakininya kerana kedudukannya maka jarum perpecahan pun di suntik. 

Walaupun menjaga rahsia, Syh Farul demi menyelaraskan kesefahaman teamnya di Bt Hampar, pernah menyebut kepada SUnya ketika itu, iaitu Syh Cikgu Syaarani, “Tn Zul ni musuh.” Syh Cikgu Syaarani pula sangat menerimanya tetapi tak dapat mengelak dari berfikir-fikir, “…kalau musuh mengapa dinaikkan jadi pemimpin? Mungkin dah berubah. Dah bukan musuh…” Sehinggalah Abuya bertindak di era ghaib. Rupanya musuh yang dihantar, payah berubah.

Ok, mari kita sambung kisah aktiviti musuh dalam jemaah. Pernah Abuya lantik Tn Zul sebagai pimpinan di Sg Penchala. Syh Nasrul sebagai timbalannya. Untuk apa? Untuk saling belajar. Lebih-lebih lagi Tn Zul sepatutnya banyak belajar daripada Syh Nasrul kerana Syh Nasrul anak Abuya. Sangat faham hasrat Abuya. Tapi apa yang terjadi, dia jadikan Syh Nasrul saingan. Setelah Syh Nasrul berpindah ke Sarawak pun dia masih sangat memantau, untuk apa? Untuk perlekehkan. 

Mari kita dengar sendiri apa yang Syh Jian alami. 

Kejadian berlaku waktu mula-mula Syh Jian dihantar oleh Abuya bertugas di Miri, Sarawak. Ketika itu Syh Nasrul sebagai PZ 1. Waktu itu Syh Jian memang rapat dengan Tn Zul. Dengan Syh Nasrul pula baru nak berkenal-kenal. Kerana dia belum pernah menjadi teamnya. Satu ketika Syh Jian ke semenanjung dan singgah di BCH. Ketika lalu di hadapan bilik Abuya dia terserempak dengan Tn Zul, lantas dia bertanya khabar tentang Miri. Syh Jian pun bercerita serba sedikit perkembangan jemaah di Miri. Kemudian dia bertanya tentang Sy Nasrul (yang menurut Syh Jian dia tak berapa ingat apa soalannya). 

Tetapi peliknya, dia (Tn Zul) ada menyuarakan bahawa dia dari dulu tak boleh nak terima cara/kaedah Syh Nasrul dalam kepimpinannya. Ketika itu Syh Jian jadi terpinga-pinga, berdetik di hatinya ketika itu satu gelombang perasaan yang berbelah bagi samada membenarkan atau menidakkan pandangannya terhadap Sy Nasrul. Yang bercakap waktu itu Tn Zul sebagai KSU, orang yang ada kedudukan dalam kepimpinan jemaah. Sedangkan yang dikomen pula ialah darah daging Abuya yang memang mendapat didikan langsung dari Abuya sejak kecil lagi. Apa yang dia mampu buat ketika itu hanyalah berdiam diri, tidak menjawab apa-apa. Memang dia buntu, tak tau bagaimana nak membalas cakapnya.

Namun dalam masa yang sama dia memandang Sy Nasrul adalah hasil dari didikan tangan Abuya sendiri sedangkan Tn Zul adalah orang sekular yang datag kemudian ke jemaah. Sebenarnya hati Syh Jian lebih cenderung kpd Sy Nasrul sebab dia juga pernah bersekolah di Yayasan Al Arqam. Hal inilah yang Tn Zul tak tau mengenai diri Syh Jian. Dia ingat Syh Jian ni tah dari mana-mana sekolah luar. Watak bekas pelajar Arqam ni dia tak nampak ada pada diri Syh Jian, sebab itu dia ingat Syh Jian boleh terima apa sahaja pandangannya. Di depan Syh Jian, dia selalu juga komen, tentang kawan-kawan kita dalam jemaah yang pernah belajar jurusan agama di luar negeri sebagai jumud, susah, tak boleh nak pegi, ada kepala sendiri yang dia rasa susah nak pegang. Begitulah pandangannya terhadap Sy Nasrul, yang padanya susah nak diajak berunding, susah nak tunduk dengannya. 

Pada Syh Jian, sekali pandang ia seperti sekadar tak sehaluan dengan Sy Nasrul tapi rupa-rupanya memang ada agenda besar yang sedang dimainkan Tn Zul ini. Nak pecah-pecahkan ikatan hati antara pemimpin dengan teamnya. Ringkas kata, nak hancurkan jemaah. Menurut Syh Jian lagi, dia tidak pernah mendengar Sy Nasrul memberi komen negatif tentang Tn Zul, tapi dia banyak kali mendengar Tn Zul komen-komen belakang tentang Sy Nasrul. 

Cuba korang fikir, untuk apa dia bercerita tentang kelemahan pemimpin lain. Bercerita pula bukan kepada pihak yang lebih tinggi, untuk membaiki. Tetapi bercerita tentang kelemahan pemimpin kepada salah seorang teamnya, yang baru berjinak-jinak untuk mengenali pemimpinnya. Inikah KSU terbaik? Tidak. Ini well trained Intelligent. Memasukkan jarum halus perpecahan dalam struktur kepimpinan jemaah terutama yang melibatkan anak-anak Abuya sendiri. Menanam kebencian ahli-ahli jemaah terhadap anak-anak Abuya. Sedangkan anak-anak Abuyalah sumber berkat. Jemaah ini jemaah kerohanian. Jemaah tarikat. Jemaah sufi. Jemaah Imam Mahdi. Bukan parti politik. Bukan tempat lobi melobi. Bukan tempat menaja perpecahan. Tn Zul tersilap langkah. Setelah berpuluh tahun berusaha menghancurkan dari dalam, akhirnya terpaksa menerima hakikat, dikeluarkan dari jemaah.

Nanti kita sambung lagi. Anjang dah ngantuk. Tak larat. Kawan-kawan dah berdengkur dengan bermacam-macam intonasi. Ni la akibat makan Western Food dalam talam. Kentang lecek menimbun, ayam ala-ala Chicken Chop, roti Perancis/Saudi. Sapa masak? Rizal n Co, resepi Olah rasanya. Nampak macam beri arahan di dapur tadi. =D/=Dº°°ºнå•нå•н庰°º=D=D/. Anjang nak join depa yang dah zzzZZZ.

Bilik Wad, Istana RSA

10.39pm, Jan 15, 2013 

 

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

5 thoughts on “***Fail Sulit-3***

  • January 16, 2013 at 4:50 am
    Permalink

    Terima Kasih Syeikh diatas maklumat ni.

    Reply
  • January 19, 2013 at 2:34 am
    Permalink

    Salam…musuh hendaklah dikatakan musuh, kawan hendaklah dikatakan kawan, jangan musuh dijadikan kawan, jangan kawan pula dimusuhkan…tk A

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *