***Teruskan Perjuangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageSalam ceria. Tak sangka nak duduk di depan remaja ramai-ramai di chalet Mekah ni. Ya la, walaupun anjang telah datang lebih awal dari mereka iaitu pada musim haji 2010 tapi anjang duduk sebulan ja. Pada akhir bulan 5 tahun lepas, anjang datang sekali lagi dengan Syh Najri, hampir sebulan anjang di sini. Berkhidmat di Ladang Kurma, Madinah dan di Kompleks Perniagaan GISB di Madinah. Ni kali ke 3 la. Tapi para remaja ni, beberapa orang BOD dan Ibu telah lama berusaha gigih membangunkan kampung Rasulullah SAW di sini dan Madinah.

Naik ‘pick up’ dengan Din tadi, nampak kecekapan dia memandu. Boleh lepas walau terhimpit di celah 2 lori besar. Kalau Tam lagi cekap. Maklumlah lebih senior di sini. Van ‘Hi Ace’ tu besar dan panjang, tapi nampak Tam selamba je cilok di jalanraya. Mengalahkan pemandu-pemandu Saudi yang memandu dengan cara yang berbahaya. 

Alhamdulillah para remaja dah menajamkan ‘skill’ masing-masing di bidang masing-masing. Kalau PR (bukan PRU13 atau PRSA), ana rasa Syh Abil yang paling power. Teringat cerita kawan-kawan, macam mana Abil ‘menangis’ depan Doktor bila menghantar jenazah Syh Najri. Dan 1001 kisah Abil ni. Jemaah Syiah dari Malaysia ‘respect’ habis kat Abil sebab dia Ahli Bait.

Kalau Adib dan Humam tu, anjang rasa pakar bab kuda. Lagi-lagi kuda Arab yang dah tak diternak secara komersial kerana dihalang oleh yahudi. Tengok Adib latih Rofiq tunggang kuda, cemas rasanya. Tapi Rofiq tu lasak. Macam ayahnya masa kecil. Anjang tengok jatuh kuda, selamba je tepuk-tepuk debu nak naik semula. Pastu naik Rambo si keldai jantan macam Valentino Rossi tunggang Yamaha YZR-M1. Laju giler pecut. Apa tak nya, diperambat oleh Adib dari belakang. Lasak.

Mereka akan tetap di sini. Mempertahankan kampung Rasulullah saw. Walaupun GBA dah tunggu, agar semua balik Malaysia. Moga Allah membela bonda Wasilah dan semua pejuang di Haramain. Selamatkan dari musuh yang tak pernah serik melakukan usaha jahat untuk menghancurkan perjuangan ini. Amin.

Chalet NM, Hudaibiyah, Mekah.

10.10pm, Jan 21, 2013

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

7 thoughts on “***Teruskan Perjuangan***

  • January 23, 2013 at 2:39 am
    Permalink

    Amin.

    Reply
  • January 23, 2013 at 4:31 am
    Permalink

    Assalamualaikum ya syeikh,, alangkah indahnya jika anggota jemaah Aurad Muhammadiyyah berpakaian sunnah seperti dahulu iaitu brjubah dan berserban di dalam mlksanakan dakwah dn aktiviti kbangkitan Islam,, sy ingin brtanya mcm mana nk msuk ahli jemaah Aurad Muhammadiyyah? Perlu berjumpa dgn siapa? Apa syaratnya?

    Reply
  • January 23, 2013 at 6:14 am
    Permalink

    Agaknya era sekarg macam lah era dakwah secara rahsia di mekah.cemas.bila lah agaknya futuh mekah nak berlaku.umur makin nk habis..takut ✗ smpat pijak tanah haramain.At

    Reply
  • January 23, 2013 at 9:55 am
    Permalink

    Askum. 1.Knp keldai tu dberi nama Yahudi-Rambo? Xde nama Arab@Melayu? 2.Ade brapa buah kopiah bbelang hitam,putih&biru?

    Reply
  • January 23, 2013 at 12:48 pm
    Permalink

    Memang special lah kuda arab asli klu yahudi pun takut.Klu ikut sejarah kafir Quraisy lompat parit masa perang khandak guna kuda arab asli.mcm terbang jg lah.

    Reply
  • January 23, 2013 at 3:25 pm
    Permalink

    Salam sejatera semuga paparan ini mengimbau kembali waktu musim haji tahun lalu dapat bertemu kawan kawan di sana.Semuga sihat dan selamat berjuang,Abang Zul ALAM.

    Reply
  • June 6, 2013 at 12:42 am
    Permalink

    Ahaa, its fastidious discussion concerning this piece of writing at this place
    at this blog, I have read all that, so now me also commenting at
    this place.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *