***Jaulah Sekitar Mekah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. 

7.38am, 28 Jan 2013, anjang dapat BBM dari Syh Salleh, Mhn siap skrg bantu ana jadi mutawwif..bawa dato sayrifah..sekrg tau. Ringkas arahannya, mudah difahami. Anjang baru je sarapan dengan masyayekh ni. Untungnya di Mekah, persiapan simple. Sarung je jubah blue black jalur ni, yang dah siap anjang streka dan kupiah kait berbelang putih, biru dan hitam, anak murid Ummu Fathiyah yg buat. Dengan berbeg selimpang kecik je saiznya, berisi kain pelikat, power bank dll anjang keluar dari pintu besi villa Mekah. Selamat bertugas. HYUNDAI H1, atau di Malaysia Starex yang berjasa melarikan kami dari Rusaifah, Khalidiyah 2 menuju ke Masjidil Haram. Kami berempat Syh Salleh, Utsman Rudi jadi driver, Abil dan anjang. Terus ke bangunan Sofa. Ambil Dato’ dan rombongannya diiringi Hj Arshad, pengusaha hotel untuk jemaah haji dan umrah di Mekah. 

Ybhg YM Dato’ Hajah Sharifah Azizah Dato’ Syed Zain ni Ketua Wanita UMNO Johor. Bekas Senator, Ahli Dewan Negara. Ayahnya, Dato’ Syed Zain, bekas Speaker DUN Johor di era tiga MB, Tan Sri Othman Saat, Tan Sri Muhaiyuddin dan Dato’ Ajib Ahmad. Anak jati Kluang. Mesra orangnya tapi kuat mempertahankan UMNO dan kerajaan. Maksud anjang, dalam mesra berbual tiba-tiba intonasi suaranya berubah jadi macam di pentas politik bila nak mempertahankan dasar kerajaan. Beliau datang bertiga. Dengan kakak iparnya dan seorang perempuan lagi. Sepatutnya mereka berenam tetapi 3 orang tak lepas di Malaysia. Ada problem sikit. Jadi, datang tanpa mahram. Distinasi pertama kami ialah Jabal Tsur. Di sinilah terdapat Gua Tsur tempat persembunyian Rasulullah SAW dan Saiyidina Abu Bakar ketika berhijrah. Oh, Tsur masih menerima anjang berziarah buat kali ke 2. Kelihatan banyak bas dan pengunjung dari bermacam negara membanjiri kaki bukit yang berkat ini. Bukit yang menyaksikan Allah memperolok-olokan kecerdikan kafir Quraisy tak dapat mengesan buruan mereka. Mana kepandaian kamu? Hanya dengan sawang labah-labah dan sarang merpati, logik akal kamu menipu kamu. Moga musuh-musuh agama Allah sekarang juga ditipu oleh akal yang mereka agung-agungkan.

Syh Salleh menceritakan peristiwa hijrah dan bagaimana Suraqah menyaksikan kebenaran janji Rasul, dia akan memperolehi gelang Kisra Farsi. Tak sia-sia penantian 23 tahun Surqah. Bukan gelang yang penting tetapi kebenaran janji seorang Rasul.

Percayalah, Rasul itu sodiqul masduq. Semua sabdanya pasti akan berlaku. Tunggulah masanya. Tunggu sambil berjuang. Tunggulah, sesaat pun tak akan rugi. Ia adalah sunnah perjuangan.

Seterusnya kami menuju ke Padang Arafah. Tempat terpenting dalam manasik haji kerana rukun terpentingnya adalah wuquf di Arafah.

Masjid Namirah atau nama lainnya Masjid Ibrahim adalah tempat tujuan kami. Biasanya di gunakan untuk khutbah ketika wukuf di Arafah pada 9 Zulhijjah.

Di sinilah Rasulullah SAW berkhutbah semasa menunaikan haji wada’. Baginda jama’ taqdim di situ kerana mengerjakan haji bukan kerana musafir. Lepas Zohor Rasul bergerak ke Jabal Rahmah yang jaraknya 1.5km sahaja dari situ. Di situlah Rasulullah SAW duduk di batu (Sakhrah). Di sinilah ayat Al Quran terakhir diturunkan. Apa ayat tu? Cuba korang teka? 

Ketika kami sampai, ada 3 jip Imigeresen sedang beroperasi. Kelihatan, lelaki perempuan berkulit hitam yang digelar ‘Tikruni’ berlari-lari menyelamatkan diri. Jika mereka ada, meriah suasana di lapangan bawah Bukit Rahmah dengan berbagai-bagai jualan murah. Tudung, tasbih, mainan kanak-kanak, minuman ringan. Ada Pakistani jual batu-batu cincin. Jurugambar-jurugambar poloraid. Meriah tetapi dicemari dengan najis-najis binatang tunggangan seperti unta dan kuda yang digunakan oleh pendatang Yaman untuk tunggangan pelancong atau bergambar. Pekerja-pekerja tanpa izin ini bertempiaran lari dari pegawai dan staf imigresen yang lebih tegas dari Polis. Polis arham dan boleh terima rasuah.

Bas-bas pelancong berbaris di tepi jalan sedangkan para penziarah mengambil peluang mendaki jabal Rahmah. Di atasnya terdapat sebatang tiang yang dijadikan pengunjung tempat menulis hajat-hajat. Hitam separuh tiang dengan tulisan marker yang hampir semua hajatnya berkaitan jodoh kononnya mengambil ‘berkat’ sempena pertemuan antara Datuk dan nenek kita setelah 40 tahun berpisah.

“Aku pun ketika datang dulu, tulis nama dengan suami,” kata Dato’ yang telah kehilangan suami sejak 8 tahun lalu. Dato’ tak jadi mendaki jabal Rahmah kerana dah pernah sampai, lagipun kakinya sakit sedikit sedangkan kerja umrah belum dibuat. Abil menemani 2 orang lagi naik ke atas. 

Anjang pula teringat pesanan ibu, “Kalau kita dipisah-pisahkan antara suami dan isteri kerana tugas perjuangan atau kerana proses didikan, janganlah tak boleh terima dengan sabar dan redha. Nabi Adam AS dan Siti Hawa, hanya kerana satu kesalahan, Allah pisahkan selama 40 tahun. Kita baru berpisah berapa bulan? Berapa tahun? Malulah dengan mereka. Hanya satu kesalahan. Berapa banyak kesalahan kita dengan isteri terhadap Allah SWT sepanjang melayari bahtera rumahtangga? Sepatutnya, berapa lama kita dipisahkan? Ooh, Maha Suci Allah. Kami terima semua proses dariMu. Terima kasih bonda atas segala teguran dan panduan. 

Panjangnya cerita. Malasnya nak tulis. Ada rezki kita sambung lagi ye. 

Pagi tadi baru sampai dari Madinah, kejap lagi nak ke Jeddah.

Dalam bilik 2, tepi kolam villa Mekah

5.09pm, Jan 29, 2013

.

  • cerita dewasa ibu dan anak bergambar (172)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

3 thoughts on “***Jaulah Sekitar Mekah***

  • January 30, 2013 at 3:30 am
    Permalink

    Moga Allah berkati anjang…

    Reply
  • January 30, 2013 at 11:00 am
    Permalink

    Salam ceria,Abang Zul teringat musim haji yg lepas pergi ziarah bersama sama Syh Salleh,dgn jemaah haji.Sangat berpuas hati diatas layanan dan penerangan dari Syh Salleh .Tq utk kawan – kawan .semuga dilayakkan menjadi ikhwan RSA.

    Reply
  • February 13, 2013 at 8:41 am
    Permalink

    Syarifah azizah… Kakak dia syarifah zainah… Isteri pakcik ana yg byk mmbantu abg ana di awal penubuhan Rumah Anak Kesayanganku

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *