***Power Kaabah & Rasa Kehambaan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageSalam ceria. Sayangnya program Maulidur Rasul di Irbid tahun ini anjang tak dapat sertai. Dengar berita dan melihat gambar, nampak meriah. Nak buat macam mana, masing-masing ada tugas dan tanggung jawab. Doa je la dari jauh. Dari bumi Mekah.

Dewannya diperolehi dengan cara penuh berkat. Shownya pula oleh zuriat-zuriat Abuya dan ucapan perasmian pula oleh pengikut setia Abuya di Jordan, Ummu Anas, isteri Timbalan PM Jordan. Berketurunan Rasulullah SAW. InsyaAllah, roh Rasulullah SAW pasti hadir. 

Lebih-lebih lagi isi ucapan Ummu Anas mempromosi IM dan PBT, amat menarik perhatian majoriti hadirin yang terdiri dari student Malaysia di Irbid. Nah! Orang Arab sendiri promosi Abuya. Selain jamuan makanan yang menyelerakan, nampaknya pelajar-pelajar di Irbid masih teruja gila dengan nasyid Power Kaabah. Buktinya, bila saja ia dialunkan, terus suasana berubah dengan respon spontan mereka. Snap gambar, shoot video, tepuk tangan dan macam-macam cara. Memang power!! Malanglah orang yang tak rasakan Kaabah ada power. Baru tengok show lagu ‘Power Kaabah’ dengan tarian yang mereka kata, ala-ala Kpop je, pelajar-pelajar Irbid dah teruja sangat, betapa lagi jika mendapat sentuhan dan belaian PK sebenar bukan setakat nasyidnya. Akan suci roh, ditingkatkan dan berubah menjadi orang roh. Orang roh yang sanggup taat setaat taatnya kepada pemimpin roh. Redha seredha redhanya kepada apa jua keputusan pemimpin. Sabar sesabar sabarnya dengan apa jua ujian. 

Twitter penuh dengan komen tentang Majlis Maulidur Rasul khasnya mengenai show. Antara ulasan mereka ialah..”Alhmdlh bru slesai tgk konsert pwer kaabah.terasa dpt kkuatan baru.syukran Abuya “

Terima kasih RSA yang membuktikan mereka sangat berperanan di alam ghaib. Rugilah siapa yang tak sungguh-sungguh ambil power. Power Kaabah.

Dengannya la kita boleh jadi orang roh. Orang roh yang sangat merasakan dirinya hamba. 

Sepertimana yang digambarkan oleh Sy Nasir Ar. Dengan satu perumpamaan yang ringkas tetapi mendalam. Kata beliau, Jadilah macam karpet.

RENDAH DIRI sifat utamanya. Duduk di tempat paling bawah, tempat orang

memijak-mijak. Sedikit pun tak mengeluh, redha dirinya dipijak-pijak oleh sesiapa sahaja. Sangat bersifat hamba.

BERI MANFAAT. Banyak kegunaannya, dalam apa juga waktu dan keadaan. Samada musim panas, sejuk atau salji.

SABAR juga cirinya. Kadang-kadang tertumpah air panas, sejuk, kuah, apa saja atas badannya. Dia diam sahaja tidak melatah. Sabar je. Kemudian dibasuh dan disidai pula di terik matahari. Diam juga…

Jadilah macam karpet, rendah diri, rasa kehambaan yang kuat dalam apa juga ujian yang dihadapinya. Bila perasaan hamba kuat, baru boleh merendah diri terutama dengan Tuhan. Hamba tidak rasa ada apa-apa. Terima kasih Syh Nasir Ar. Rasa hamba yang ada padanya dikongsikan dengan kita. Hasil merendah diri berkhidmat bertahun-tahun dengan Mursyid. Mengambil berkat. Sabar dan redha serta berlurus hati dengan apa jua tindakan mursyid terhadapnya. Takut depan, takut belakang. Rindu depan, rindu belakang. Sentiasa rasa dirinya bila-bila masa boleh dibuang jemaah. 

Ya Allah, demi bulanMu yang mulia, di tempatMu yang suci, anugerahkanlah kami semua, penulis dan pembaca post kali ini, hati yang penuh rasa hamba. Agar kami selamat dunia akhirat. Bebas dari siksa api neraka. Amiiin.

Syh Salleh belum tidur, masih menaip di depan skrin PC. Musim Umrah begini, tempahan hotel, ziarah dan katering sangat aktif. Banyak kerja, tenaga kurang, perlukan pengorbanan. Ya Allah, bantulah Syh Salleh…

Musolla belakang Mat’am As Sari, Mekah.

3.18am, Feb 2, 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

5 thoughts on “***Power Kaabah & Rasa Kehambaan***

  • February 2, 2013 at 2:47 am
    Permalink

    Amin….terima kasih syeh byk beri panduan bagi ana khususnye ni…mzb

    Reply
  • February 3, 2013 at 9:21 am
    Permalink

    Tk sy,rugi lah sesiape yg mengabaikan nasihat2 pemimpin krane ddalamnye ade doa,lebih2 lagilah mursyid kita terutamanya Rasulullah.tk sy,tk bnyak2

    Reply
  • February 3, 2013 at 4:17 pm
    Permalink

    Syukran atas perkongsian… Ada tak video show power kaabah tu??? nak tengok!

    Reply
  • February 4, 2013 at 8:54 am
    Permalink

    Salam ceria tq diatas maklumat terbaru sungguh terharu diatas perkongsiaan ini. muga muga RSA beri lebih kekuatan utk calon calon ikhwan.Salam buat Syh Salleh semuga RSA beri tenaga tambahan Abang Zul doakan.Apa perkembangan anak Syh Salleh yang bongsu.

    Reply
  • February 5, 2013 at 9:01 am
    Permalink

    Amin

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *