***PSY Gangnam di Penang vs Mas Rambo di Mekah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageSalam ceria. 

Ketika ini rakyat Malaysia heboh dengan show PSY di Penang dengan Gangnam stylenya yang didakwa membazirkan wang rakyat. RM2juta untuk persembahan tak sampai 5 minit. Hatta kalau sejam sekalipun, apa faedahnya? Berbaloikah?! Nampak sangat orang-orang politik ni sanggup lakukan apa saja demi survival politik mereka. Malas nak fikir tentang politik Malaysia. Malaysia dah bukan Malaysia. Lagipun di sini pula dah terlalu sibuk. Sibuk dengan karenah para pemandu bas. 

Mas Rambo driver bas di Mekah. Memandu bas jemaah umrah untuk ambil jemaah di Air port hingga hantar balik ke Airport dan berziarah. Ziarah Manasik Haji atau Hudaibiyah. Nama sebenarnya Abdul Aziz. Mas Rambo nama glamour. Asalnya dari Sumedang, Bandung. Suku Sunda. Lemah lembut orangnya. Bapanya Pak Sikin juga driver di tanah haram ini. Bekas santri pasentren. Ketika memperkenalkan anaknya, dia berkata,

“Aziz ni rajin orangnya, rajin bekerja tapi malas solat.”

Driver-driver bas di Mekah ini terdiri dari pelbagai bangsa. Yang ramainya dari Mesir, Syria dan Indonesia. Juga Pakistan. Oleh kerana hijrah ke Tanah Suci, niat asalnya untuk mencari rezki, untuk cari makan, menaik taraf kehidupan semata-mata maka segala yang dilakukan menjurus ke arah niat yang asal. Gaji kasar (Bahasa Indonesia gaji kotor) SAR1300-1500. Itu pun belum mencukupi. Mengapa? Kerana kurang berkat. Bila nampak ada peluang, sifat tamak pun datang. Maka pelbagai cara dilakukan untuk menambah income.

Kalau driver-driver dari Mesir, mula-mula naik bas dah buat hal. Saja nak minta kita ikut cakap mereka. 

“Kau tau, aku penat… Letih. Kena amik jemaah dari 2 hotel. Ni jalan jam lagi. Penat! Penat! Beritaulah mereka (jemaah umrah) , kena ada duit saguhati (baksyis).” Itulah yang diulang-ulang sepanjang perjalanan. Dengan muka kelat, wajah berkerut seribu. “Penat!, pelikkk!! dah memang kerja korang…” Getus hati anjang. Bila permintaannya tak dilayan, ada driver yang sanggup tutup air cond, supaya jemaah bagi baksyis. Kepanasanlah para jemaah umrah yang ramainya dah tua-tua. Kesian. Bila kita berjanji nak ikut permintaannya, baru di ‘on’ kan semula air condnya.

3 hari lepas, kumpulan pertama jemaah Al Fajar balik. Remaja kitaAda driver, ketika kita menyusun beg-beg jemaah untuk ke air port di laluan antara seat, terus dimarah. Kalau nak letak juga, dia meminta SAR200. Kadang-kadang, dibuat seolah-olah bas rosak. Nak minta saguhati, tapi secara paksa. Kalau beri sedikit, marah-marah. Sepanjang jalan buat karenah.

Driver bas Syria pula akan menceritakan masalah peperangan di negaranya. Rumah dah hancur. Makan minum susah. Sentiasa ketakutan. Anak dan isterinya perlukan wang. Abangnya terbunuh. Dia kena tanggung keluarganya dan bantu membela kakak ipar dan anak-anak saudaranya. Dan berbagai-bagai versi kisah-kisah sedih. Minta disampaikan kepada jemaah. Moga ada yang bersimpati. Lalu menghulurkan bantuan. Ringankan bebanan sekaligus menambah pendapatan. Walaupun kisah-kisahnya bukan betul 100%. Awalnya nampak lemah lembut, bila tak terima jumlah yang kita hulurkan, mula mengamuk-ngamuk.

Pemandu bas Pakistani pula memaksa-maksa berikan duit. Mengugut, tak akan bawa ke tempat ziarah, kalau tak bagi upah/baksyis. Setiap kali bas berhenti, bertanya secara paksa, bila nak serah duit tambahan SAR200. Bila jalan berkonvoi beberapa buah bas, ada juga driver yang ok, tapi bila berhenti di suatu tempat, bertemu dengan pemandu lain, terus berubah. Dihasut oleh kawan-kawannya. Pendek kata, semuanya nak duit lebih.

Supir Indonesia tak kurang juga. Kita ambil mereka kerana satu rumpun. Mudah berkomunikasi. Tapi bila wang dijadikan matlamat, buat hal juga. Mas Rambo umpamanya, time marah, mulalah berzikir, macet, macet, macet. Rasa nak beri tasbih tulang unta je, supaya cukupkan bacaannya 33 kali. Bila protes, habis sepanjang Syari’ Hijrah yang penuh sesak dengan manusia tu di’hon’nya. Malah hampir saja melanggar seorang pejalan kaki. Sampai di kawasan berdekatan Chalet, sepatutnya mengundur sedikit untuk membuat U turn, dia bantai lajak ke padang pasir. Al hasil, tayar bas terbenam. Asalnya terbenam sikit, tapi Mas Rambo hilang pertimbangan. Marahnya tak boleh dikawal, di’press’ minyak sekuat hati. Tayar bas terbenam semakin dalam. Semua jemaah dah turun. Cuba membantu. Mengorek pasir di tayar bas. Letakkan batu. Tolak bas beramai-ramai. Mas Rambo terus terusan press minyak. Separuh tayar sudah terbenam. Body bas dah jejak ke padang pasir. Bas langsung tak berganjak. Waduh!! Gawat ni Mas. Pak-pak Arab dah ramai yang berkumpul. Mahu membantu tapi tak mampu. Azan Magrib dah dilaungkan. Akhirnya terpaksa menyewa jentolak besar. Tarik bas gunakan rantai. Bukan Mas yang kena bayar. Penyewa yang kena, walaupun salah pemandu. 

Patutnya Mas tenang-tenang. Ada masanya driver lewat sampai, 1 jam lebih lewat. Jemaah kena sabar. Ada masanya, bas awal. Jemaah lewat turun. Driverlah pula kena bersabar. Bila Mas Rambo marah-marah, mendongkol, mengharapkan baksis lebih, inilah yang terjadi.

Semua pihak rugi. Rugi masa. Rugi tenaga. Rugi kepercayaan. Hilang kepercayaan orang. Padahal jika para supir berkhidmat dengan penuh ikhlas, anjang yakin jemaah umrah tak rasa rugi bersedekah kepada mereka. Ia dikira ibadah yang sangat baik. Membalas budi orang yang berjasa pada kita. Tanpa driver, kita tak dapat berziarah ke mana-mana. Tak dapat lihat tempat manasik haji. Arafah, Jabal Rahmah, Mudzalifah dan Mina. Tak dapat tengok Jamarat. Tak berpeluang bergambar di kaki Jabal Tsur dan melihat Jabal Nur yang dipuncaknya ada gua Hira’. Tak berpeluang ziarah muzium Haramain dan ke Hudaibiah. Tak ke Ja’ranah dan lain-lain. Pemandu sangat berjasa. Apalah sangat nak beri seriyal dua pada mereka dibanding jasa mereka yang banyak. Tapi, bila terlalu banyak buat karenah, hanya kerana wang, hati pun tawar. Malah menyampah.

Begitu juga orang politik, bila nak sangat mempertahankan kerusi. Nak jaga hati orang. Mengambil hati pengundi Cina. Di negeri pembangkang. Sanggup bayar PSY RM2 juta untuk show yang merosakkan akhlak, walaupun katanya ada sindiran untuk golongan kaya. Rakyat jadi tawar hati. Betul ke boleh jadi pembela rakyat? Kalau sanggup lakukan apa saja demi kelangsungan kuasa. Sebenarnya, pembangkang pun tiada beza. Abuya pernah berkata, jika pemimpin itu bukan orang yang ditunjuk oleh Tuhan, dia tak mampu berlaku adil walaupun pemimpin Islam dari jemaah Islam. Lihatlah Gamal Abdul Nasir, asalnya dari jemaah Ikhwan. Apa yang telah dia lakukan terhadap Ikhwan? Jawatan pemimpin bukan untuk direbutkan. Ia adalah amanah yang perlu ditangisi ketika menerimanya.

Ampun maaf. Mana peginya si Rendy ni? Lamanya amik Pak Ali dan Mak Tam di Air Port. Anjang dah lama tunggu di Chalet ni. 

Di Chalet 4, bilik Syh Tash dll.

11.57pm, Feb 11, 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *