***Grup VIP***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Pagi semalam, ketika Syh Zul Al Akhyar sedang menunggu jemaah yang dipimpinnya (jemaah umrah ye, jangan faham dia buat jemaah baru pulak!) di lobi sebuah hotel 5 bintang di sini, dia terlihat seorang perempuan yang mundar mandir dalam keadaan resah. Kesiankan orang Malaysia tersebut, dia bertanyakan masalah. Maka diluahkan problemnya ialah dia dan suaminya membawa grup vip untuk mengerjakan umrah, malangnya Mutawwif yang berjanji akan membantunya di sini menghilangkan diri. Katanya ke Madinah. Dah 2 hari jemaah tanpa pimpinan. Hari ni dia bercadang nak ziarah tetapi tak tau nak dapatkan bas dan mutawwif yang boleh membimbing untuk membuat Umrah. Rupanya di dalam jemaah itu ada Dr Fadhilah Khamsah dan 2 orang PhD yang lain. Oleh kerana mutawwifnya yang dikatakan dah 30 tahun bertugas dengan Tabung Haji tapi tak muncul-muncul. Maka dua hari mereka buat umrah sendiri-sendiri. Tanpa pembimbing. Syh Zul yang kebetulan sedang handle 1 jemaah berterus terang yang dia punyai tugas tetapi tidak membiarkan mereka terkapai-kapai di Tanah Suci. Al maklum, ilmu dan praktikal ada perbezaan kerana ketika belajar bab umrah, terasa macam mudah je. Tapi ketika praktik, bertemu dengan ribuan orang maka akan timbul pelbagai masalah. Di sini perlunya bimbingan. Itulah tugas mutawwif. Lebih jauh dari itu, kalau mampu memindahkan rasa-rasa agar para jemaah benar-benar dapat cinta Tuhan dan rindu Rasul, itulah paling utama.

Akhirnya, Syh Zul serahkan urusan mereka kepada Syh Abil yang menyusun mutawwif yang mengendali mereka adalah Syh Dr (H) Hamzah Othman. Para tetamu Allah mendapat sentuhan kuliah ringkas dalam perjalanan dengan bas pergi balik ke Tan’im oleh Syh Dr Hamzah dan bantuan Pak Hendra, hinggalah selesai mengerjakan tawaf dan saie. Nampaknya mereka berpuas hati dan kalau boleh nak juga khidmat kita dalam berziarah. 

Kata Hj Baha, Grup Leader Jemaah Intelek ni, “Saya seperti disirami air sejuk segar bila Syh Syurahbil dapat bantu selesaikan masalah mutawwif dan bas untuk jemaah.”

Begitulah Mekah, di sini yang berjalan adalah jadual Allah. Kamu datang dengan pakej VVIP, VIP, 5 Bintang, 3 bintang dsb apabila memulakan perjalanan, bukan perancangan kamu yang berjalan. Kamu hanya merancang. Jadual Tuhan yang berlaku. Jangan rasa semuanya akan berlaku tepat seperti yang dirancang. Ada jemaah VIP terdiri dari Datuk-datuk tetapi, dah book hotel 5 stars, akhirnya tidur di lobi je bila bilik penuh. Ada yang hilang selipar. Ada yang sesat tak jumpa pintu masjid yang dimasuki. Ada yang sesat beberapa hari, tak jumpa hotel. Ada yang di Malaysia ok, sampai sini seperti tak siuman. Telanjang di depan Kaabah. Ada yang katering lambat. Lauk tak cukup. Ada yang ghout, buka tray katering, menu hari tu, sup ketam dan sambal udang. Melepasss. Ada yang hilang duit. Driver bas meragam tu perkara biasa. Ada yang dikacau Pak Arab. Dan 1001 macam masalah dan ujian. 

Allah nak tengok, adakah kamu sabar?

Allah nak nilai, adakah kamu redha?

Ini bumi Nabi Ibrahim AS, Nabi Ismail AS dan Siti Hajar, bagaimana kesabaran mereka?

Ini kampung Rasulullah SAW, bagaimana sifat redha baginda?

Moga Allah gantikan seluruh kepayahan kamu dengan pengampunan dan keredhaanNya. Layaklah kamu digelar ‘Dhuyufur Rahman’ Tetamu kepada Allah yang Maha Pemurah.

Mekah

8.26am, Feb 13, 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Grup VIP***

  • February 13, 2013 at 8:39 pm
    Permalink

    Alangkah indahnya percaturan tuhan, di berinya nikmat kemudian ujian, kdang2 di beria ujian kemudian nikmat yang mengunung,

    Reply
  • February 14, 2013 at 2:54 am
    Permalink

    Salam ceria,tq diatas perkongsiaan pengalaman muga-muga RSA akan melayakkan kawan-kawan jadi ikhwan,membantu dan membantu.Teruskan perjuangan!!! Allahuakbar.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *