***Ust Muhamad Abdullah TV9 di CNM***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria.

Semasa belajar di Jamiah Dirasat Islamiyah di Karachi, Pakistan pada tahun 1990-1992, anjang dimasukkan ke Syukbah Tarbiah Wa Ta’lim. Di maahad belajar kelas Sanawi, dalam jemaah bertugas sebagai guru Fardhu Ain. Alhamdulillah apa yang dipelajari di sekolah agama Johor dari darjah 1 hingga darjah khas dan ilmu kitab Arab di Yayasan Al Arqam banyak membantu ketika mengajar kelas-kelas Fardhu Ain ini. 

Mengajar Fardhu Ain di Pakistan? Macam pelik je bunyinya! Dalam bahasa apa? Arab ke Urdu? Tak kan Bahasa Melayu pulak! Sapa muridnya?

Sebenarnya selain kami yang dah berumur lebih 20’an ni, jemaah Al Arqam juga menghantar pelajar-pelajar terdiri dari remaja belasan tahun. Kalau kami belajar Bahasa Arab dan Sanawi. Mereka belajar tahfiz Al Quran, samada di Maahad Tahfiz di Clifton atau di Darul Khair, tak jauh dari Dirasaat. Anjang kena buat kelas Fardhu Ain kepada mereka dan sama-sama beraktiviti.

Setiap petang Khamis (kalau tak silap) anjang akan ke Clifton, bertahlil di sana. Esoknya adakan kelas Fardhu Ain. Pastu ke pantai, menunggang kuda dan lain-lain aktiviti. Siapa anak-anak murid anjang? Ramai le sangat. Antaranya Abu Ubaidah Abuya, Hafiz Mahmud, Hafiz Ibrahim, Iraz (Wan Kadarasman), Safri Abdullah dan adiknya, Ilwan Fadil, Mahdi Hamim, Amir, Akashah Yunus, Syeikh Sufi dan Muhamad Abdullah.

Ketika itu hubungan agak rapat dengan mereka. Lebih-lebih lagi mereka masih sangat muda tetapi dah berpisah jauh dari keluarga. Balik dari menunggang kuda di pantai, pegi menembak belon dengan senapang angin. Bayar 1 rupi, dapat tembak berapa kali entah. Anjang dah lupa. Bila belon dia banyak pecah, dia suruh kita tembak kapur. Susah sikit le nak bidik. Kecik. Asyik miss je (bukan Misman dan Mislan- teringat BP dan Kluang). Pakistan ni banyak hiburan macam tu. Jalan sikit, sementara nak sampai asrama, nanti terjumpa orang main ular. Samada tiup serunai atau lebih power dari tu, perlawanan antara ular tedung dengan cemperlai. Hampir pasti Cemperlai yang menang. Teror betul binatang tu. Itulah hiburan yang ada. Masa tu mana ada hp dan computer game. Cc lagi la tak wujud. Hari-hari sepanjang minggu, depa duk mengangguk hafaz Al Quran. Qari Sap sikit punya garang. Kalau tak denda rotan, kena ‘murghi’ dan lain-lain. Hafal ke lancar, tak boleh ‘kacah’. Entah betul ke tak istilah-istilah yang anjang guna. Budak-budak Tahfiz tentu ingat istilah-istilah tu. Yang mereka lupa cuma ayat-ayat Quran. Bahasa-bahasa Urdu untuk kehidupan, ke kedai, beli barang, tawar harga mesti ingat punya. Ayat Quran yang dihafal, banyak lupa. Sebab menghafal/menghafaz sebenarnya agak mudah tetapi untuk mengekalkan hafazan, atau menjaganya itulah yang sangat payah. Sebab itu Al Hafiz tu dari perkataan hafiza-yahfazu-hifzan yang bererti menjaga, memelihara. Orang yang hafiz, di ertikan sebagai penjaga atau pemelihara kepada Al Quran; hurufnya, ayatnya, surahnya dan hukum-hakamnya.

Abuya ketika nak menghantar anak-anaknya belajar tahfiz Al Quran, diinterview dahulu. Sanggup tak nak amalkan setiap ayat yang dihafal? Kalau sanggup, baru boleh mengambil jurusan tahfiz. Begitu telitinya Abuya. Pastu, tak boleh lupa setelah dihafaz. Oh beratnya.

Bukan tujuan anjang tulis tentang tahfiz. Tapi nak ceritakan pada pembaca, anjang bertemu kembali murid anjang setelah lama terpisah. Dah popular sekarang. Selalu masuk TV. TV9. Program ‘Tanyalah Ustaz’. Tengok gambar tentu ramai yang kenal. Ust Muhamad bin Abdullah. Abangnya Jazlan pun rapat dengan kami di Mesir.

Bila Syh Azam dan Syh Fairuzabadi nak jumpa, anjang join sekali. Mungkin dia lupa anjang, tapi anjang ingat sangat kat dia. Sebab namanya unik. Sama dengan nama nabi Muhammad dan nama Imamul Mahdi. Kami pergi ke hotel Hanin di Syari’ Ibrahim Kholil. Anjang, Syh Azam, Syh Fairuz dan Zakwan. Nak jumpa dia dan seorang kawannya yang meminta khidmat GISB menyiapkan hadiah dari Travel Agentnya untuk dihadiahkan kepada peserta umrahnya. Ust Muhamad ajak menikmati secangkir teh di tingkat 1. Anjang follow je. Sembang sikit-sikit je sebab dia ada kuliah malam tu kepada jemaah umrah.

Grup Rawdhah Mawaddah yang membawa Ust Muhammad sebagai pembimbing dan motivator ni membawa 127 orang jemaah umrah. Mereka mengadakan majlis penyampaian hadiah kepada 60 pengedar terbaik AMWAYS di Chalet Nur Muhammad. Malam tu je, 6 ekor kambing tumbang. Jumlah aqiqah yang diminta adalah 15 ekor kambing. Ada 9 ekor lagi. Mai la sini, sesapa nak rasa BBQ kibasy. Poweeer ooo. Nampaknya Chalet Al Wahah semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia untuk melihat, memberi makan, bermesra dengan haiwan kesayangan Rasul. Menunaikan hajat untuk beraqiqah. Tahlil arwah. Menikmati hidangan sambil menonton taeter muzikal. Live tuuuu. Pastu ada tazkirah sikit. Baru ni ada Datuk Dr Fazilah Kamsah, pastu ada Ustaz TV9, Tanyalah Ustaz. Kalau tak ada mereka pun, kita masih ada lagi Ustaz yang lantang suaranya walaupun kecil saiznya, Syh MT. Syh Tash pun ada, cuma dia banyak di sebalik tabir je.

Ok, jumpa lagi. 

T O L O N G

Bilik No 2, kolam istana RSA

11.31pm, Feb 20, 2013

.Image

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *