***Rasa Kehambaan Praktikal***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageImageSalam ceria.

Pernah semasa berjalan-jalan di kota Damsyiq dengan Syh Hafiz, dia diberak burung. Ketika itu baru anjang tau, kata orang-orang tua, sapa yang diberak burung akan dapat duit. Cuma anjang tak pasti dia betul-betul dapat duit atau tak lepas tu. Berbeza dengan anak Abu Mubarak, ketika ziarah Masjid Umawi, berlaku kejadian pelik. Terdapat lapangan di sebelah belakang masjid. Lapangan luas berlantai marmar di mana terdapat kereta tolak besar dibuat dari kayu untuk memindahkan tiang-tiang masjid ketika berlaku kebakaran suatu ketika dahulu. Anak yang aktif ini, nampaknya telah lakukan aktiviti yang mencurigakan. Tiba-tiba dilihat wajahnya berkerut. Macam menahan sesuatu rasa pelik di lidahnya. Bila di chek? Astaghfirullahal azim, nape le ko jilat taik burung? Hisssh. Tak pe la, budak kecik. Mungkin dia ingatkan krim ‘salatoh fawakeh’.

Hari ni sebelum Subuh anjang dah keluar. Tumpang Wan yang hantar sarapan ke hotel. Pergi dengan Syh Zaimus. Nak bawa grup De Arrasyh Travel and Tours ziarah manasik haji. Bilangan mereka dalam 99 orang, kena dua bas paling kurang. Ketika itu jemaah sudah ramai berpusu-pusu pergi ziarah. Bas-bas berderet di sepanjang Syari’ Hijrah, kawasan penempatan Misfalah. Sekarang cuma ada dua kawasan hotel-hotel para mu’tamirin, samada di Misfalah atau di Ajyad. Gelagat para jemaah berjalan berderet-deret menuju bas, di celah-celah bas yang bergerak perlahan-lahan dan amat berhati-hati. Di sini, driver bas yang kena perhati betul-betul ketika drive. Manusia yang lalu lalang selamba je. Lagilah kalau orang-orang Pakistan dan India. Bas pertama datang jam 8am. Syh Hamzah bawa satu rombongan, berjalan di celah-celah bas yang banyak. Jalanraya sesak dengan bas-bas dan van-van yang juga menunggu penumpang untuk ke miqat di Ja’ranah. Wakil-wakil muasasah yang menunggang motor suzuki tanpa halmet juga bersimpang siur. Bawah kubri (flyover) tu kelihatan zahmah (sesak) betul. Jemaah kali ni ramai dari Tg Malim. Boleh le kirim barang lagi. Kiriman tasbih hari tu belum sampai-sampai lagi. Tak tau la apa dah jadi dengan tasbih biji kurma.

Tunggu punya tunggu bas tak mai. Abil kata bas dah pusing 2 kali. Tak jumpa hotel. Hotel ni baru lepas renovate. Signboardnya kecik sangat. Akhirnya, driver merajuk. Kami la jadi mangsa. 

Semasa menunggu-nunggu tu berkenalan dengan Abu Abdullah, berketurunan Rasulullah SAW. Pemilik beberapa buah coaster. Dia kata kat anjang, Abil tu keturunan asyraf, dari family Al Jufri, anjang ni dari keturunan asyraf juga ke? Anjang kata, anjang orang Malaysia biasa je. Bukan habaib atau asraf. Abu Abdullah kata, isterinya dua, seorang darinya dari asyraf. Anjang beritau, isteri anjang baru 3. Anak baru 16. Syeikh anjang isterinya 4, anak 39, cucu lebih 200 orang. Dia kata masyaAllah! Dapat zuriat yang ramai menjadi umat Muhammad adalah satu kemuliaan. 

Kata Abu Abdullah, Rasulullah SAW bersabda; semua zuriat keturunan terputus kecuali zuriatku. Maka Saiyidina Umar RA sangat ingin agar zuriatnya tidak terputus. Dia meminta untuk berkahwin dengan anak Saiyidina Ali RA dengan Sydna Fatimah RA bernama Zainab. Saiyidina Ali menolaknya kerana Zainab ketika itu terlalu muda, sedangkan Sy Umar RA telah berumur. Tetapi setelah diberitau oleh Syd Umar RA tujuannya adalah semata-mata untuk mengambil keberkatan keluarga Rasulullah SAW, maka Syd Ali RA benarkan. Begitulah kehidupan para sahabat. Poligami adalah normal. Malah kehidupan berpoligami itulah yang biasa. Majoriti sahabat berpoligami. 

Anjang kata, orang Arab terkenal dengan pemurahnya. Anjang nak test kepemurahannya dalam menjamu tetamu. Spontan Abu Muhammad ajak anjang ke rumahnya di Jeddah. “Bawa Jufri (Syh Abil) sekali, aku akan tunjukkan secebis dari kepemurahan Arab!” Katanya. Masa tu anjang terasa satu percikan terkena baju, kena daaaah. Kena berak burung merpati. Haai, nasibbb. Bas tak dapat. Jemaah tertangguh ziarah. Mutowwif pula kena taik burung. Abu Abdullah terus amik air satu botol dan sekotak tisu. Malu rasanya bila dia yang bersihkan najis burung di jubah anjang. Asyraf berkhidmat pada Jawa/Bugis. Lap dengan tisu basah. Nampak bersih, tapi tak suci. Itulah yang kita belajar. Tapi Abu Abdullah ni lain pula pendapatnya. 

“Dah, suci dah ni…”, anjang kata, belum lagi sebab belum di basuh. Dia kata, setiap binatang yang boleh dimakan dagingnya, suci tahi dan air kencingnya. Pulak daaah!!! Tak pernah dengar. 

“Mazhab apa ni Abu Abdullah?”

“Hambali,” katanya. Anjang masih tak yakin. Kena chek dulu. 

Mendalam rasa hamba pagi ni, bas tak dapat. Kena berak burung pulak. Cuma tengah tunggu-tunggu. Kut-kut dapat duit dari Syh Mohd Som Jalil Ar sebab kata orang-orang tua, kalau terkena berak burung, tanda akan dapat duit.

Lobi Jauharat Firdaus Taubah, Syari’ Hijrah, Misfalah.

12.34pm, Feb 23, 2013

P/s Syh Salleh dah dapat anak yang ke 16 baru-baru ini dan Ummu namakan Ummu Roodhiyah! Tahniah!!!.

  • makna terkena tahi burung (21)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *