***Anak ke 17***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. 

“Salam…alfatehah buat seorang lagi jemaah alfajr Anuar bin Muhammad yg bru sahaja meninggal jam 6 petang ni,mohon kwn2 yg boleh bantu ghazi uruskan di hospital zaher smentara ana masih di airport.. Esok ana akan buat urusan utk arwah ni pula.. A tolong” inilah bbm Abil di dalam grup. Baru semalam seorang jemaah meninggal, hari ini kembali menemui Allah seorang lagi. Begitulah kehendak Allah. Sampai masa dan ketika, tidak Allah cepatkan atau lambatkan walaupun sesaat. Berpisahlah roh dari jasad. Sedangkan kita baru saja berbual-bual dengannya. Atau baru berlalu beberapa hari kita menolak wheel chairnya. Hari ini dia sudah tiada. Rohnya tiada di jasad. Jasad terbujur kaku. Dimandikan, dikafankan, disembahyangkan ribuan jemaah lalu dikebumikan. Tanpa talkin, tanpa siraman air mawar, tanpa bacaan yasin dan tahlil. Sedangkan rohnya menunggu. Menunggu dikembalikan semula pada jasad. Untuk ditanya siapa tuhan kamu? Siapa nabi kamu, 

apa kiblat kamu? Apa imam kamu? Siapa saudara kamu? Ya Allah! Jadikanlah hati kami asyik mengenang-ngenangkan hari kematian kami. Kematian datang tiba-tiba, tanpa diduga. Kelahiran boleh dijangka tapi tak semestinya betul. Ada yang 9 bulan, ada yang cepat seminggu, lambat seminggu. Ada yang tak cukup bulan. Imam Syafie berada dalam kandungan ibunya selama 4 tahun. Semuanya adalah kehendak Allah. Semasa anjang di sini bulan 6 tahun lepas, anjang dikurniakan seorang anak yang dilahirkan di Jordan. Sekarang anjang berada di Mekah sekali lagi, Allah kurniakan seorang anak perempuan dilahirkan di Hospital Manjung dengan berat 1.95kg. Tak cukup bulan. Ribuan terima kasih pada Bonda Wasilah Ar yang menamakannya Nur Mujahidah bt Harun, moga menjadi mujahidah akhir zaman. Moga Allah anugerahkan peningkatan roh kepada ibunya yang kehilangan 7 liter darah kesan pembedahan zuriat terakhirnya. Moga Ummunya bersabar atas kesakitan yang ditanggung. Anjang nak ucap banyak-banyak terima kasih juga pada team zon dan kawan-kawan di Malaysia yang berlakon jadi kakak, jadi mak dll sebab nak masuk ICU meziarahi Ummu Salimah. Moga semua kita dapat lonjakkan roh.

Betullah kata Ibu Atiyyah, dah tau kalau dari isteri yang manapun, pattern muka anak anjang serupa tu la…

Tak de rupa ala-ala Arab macam Zainab.

Terima kasih juga buat Syh Megat, Syh Hamdan, BOD dan ibu serta kawan-kawan TM yang buat kenduri kambing, sini anjang tak ada bajet la. Walaupun kambing, biri-biri, kibasy banyak di sini. Jamu air Rani dan kuih Kak Picah je…

Bilik BOD, Istana RSA, Mekah

11.20pm, Mac 3, 2013.Image

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Anak ke 17***

  • March 4, 2013 at 5:56 pm
    Permalink

    Alhamdulillah tahniah Syeikh..RSATK

    Reply
  • March 8, 2013 at 2:10 am
    Permalink

    Tahniah ye syeikh Anjang. Dah 17 org cahaya mata. Ada orang, zuriat pertama pun belum nampak bayang lagi. Maha Hebat Allah. Moga direzekikan..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *