***Umrah 2013: Kisah & iktibar-iii***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.

“Mulo-mulo jaji hotel 200 meter dari Masjij Hare, pah baya jadi 400 meter. Bilo sapa sini, lebih 1km. Kalu tahu mace ni, tak ikuk Travel ni..” Kata seorang kakak dengan slang Kelantan, entah betul tak anjang tulis di atas tu. Kawannya pula menambah, dia dah kira dari masjidil Haram ke hotel, 1200 langkah, jadi 1.2km. Seorang lelaki, (dari Kelantan juga) pula menafikan, 1200 langkah je, tak sampai 1.2km. Suami salah seorang wanita itu mempertahankan sambil mengukur saiz tile 1 meter dan mula berjalan dengan langkah besar, untuk buktikan 1 langkah bersamaan 1 meter.

Kakak yang pertama menyambung, yang dia boleh menerima kuliah anjang dalam bas supaya bersabar dengan ujian Allah. Redha dengan ketentuanNya. Tapi yang nak sabar tu bila terpaksa bersesak-sesak ketika tawaf dan saie. Itu betullah dari Tuhan. Tapi kes ni perancangan manusia. Janji nak beri hotel Massa. Tapi dapat hotel jauh macam ni. Makanan pula macam dalam penjara. Aduuh, terasa di hati anjang. Terbayang muka Syh Azam dan Syh Inaam. Hj Johari pula cuba mempertahankan anjang, “Ustaz hanya menyambut di sini, Ustaz tak ada kena mengena.”

Menurutnya, dia faham tapi nak meluahkan perasaan. Lepas tu, harga bertambah. Yang 4 orang 1 bilik, tak ada tambahan, tapi yang berdua kena tambah seorang RM600. Kenapa tak cakap awal. Paling tak boleh terima, hotel jauh. Duit bukan masalah, tapi jauh sangat. Lepas ni, never…never… Tak akan ikut Travel Agent ni lagi.

Anjang kata, apa kata kita terima macam ni, kata Rasulullah SAW, sesiapa yang bersuci lalu ke masjid, setiap langkahnya diampunkan dosa dan diangkatkan darjat.

Akak tu kata, memang le banyak pahala Ustaz, tapi mulut saya tak tahan. Nak mengunkit-ungkit je, akhirnya habis pahala.

Dah la hotel jauh dari masjidil haram, makanan macam dalam penjara je. Kat Malaysia, bukan main kempen, makanan kita paling best. Jemaah lain pun tumpang makan kat kita. Punyala sedap…

Gluppp!! Terasa anjang. Sangat terasa bila ulang kata katering macam penjara. Terus anjang duga, “Akak pernah masuk penjara ke?”

“Tak.”

“Jadi macam mana akak kata macam dalam penjara?”

Suaminya mempertahankannya, “Biasa tengok filem tentang penjara, macam itu la…”

“Di penjara, makan free. Sini bayar…” Katanya lagi. Orang kalau dah marah, semua tak kena.

Seorang Datuk berasal dari Negeri Sembilan, nampak tenang je. Dia datang dengan isterinya. Bila anjang tanya khabar, “Apa khabar Datuk?”, dia enggan dipanggil dengan gelaran yang ramai orang berminat tu. Malah ada yang sanggup amik dari Kesultanan Sulu yang akhirnya menuntut pemerintahan di Sabah dengan kekerasan.

“Datuk dah saya tinggalkan di Malaysia, sini nak tumpu ibadah saja.”

Datuk sangat tak selesa dengan karenah jemaah yang asyik menyatakan tak puas hati dengan lokasi hotel, makan minum dll. Kata Datuk, “Bagus Ustaz, hentam sikit mereka tu. Tak habis-habis mengungkit.”

Macam tak boleh terima takdir.

Tapi grup Pak Hendra lagi dahsyat, depan Masjidil Haram, bila disebut sabar-sabar, kita kan di depan Masjidil Haram. Semua yang berlaku adalah takdir Tuhan. Lantas mengangkat tangan, mengepal buku lima di depan muka Pak Hendra,

“Tuan, jangan sebut takdir-takdir, kalau saya tumbuk tuan sekarang, boleh ke tuan katakan; ini takdir Tuhan!!!”

Cemas melihat karenah manusia. Dah depan Kaabah, dekat sangat, nak menuju tawaf, sanggup tahan Pak Hendra, lalu berkata: “Saya nak hak saya, tolong pastikan, di mana bilik saya!!” Sedangkan Pak Hendra bertugas menolak wheelchair. Bukan menentukan bilik.

Selalunya, ada jawapan dari Tuhan. Di hari akhir mereka di Mekah, lelaki yang mengherdik Pak Hendra datang kepadanya memohon ehsan.

“Ustaz, boleh tak sediakan saya wheelchair untuk tawaf wada’, saya kena ghout.” Katanya sambil menunjukkan pergelangan kakinya yang membengkak.

Ooh Mekah… Terlalu banyak kalau nak dicoretkan sikap dan perangai negatif manusia di sisimu. Patutlah Hajar Abyadh minal Jannah pun boleh berubah menjadi Hajar Aswad. Berlatihlah untuk rasa malu dan tak layak ke sini, agar dikekalkan rasa-rasa tersebut untuk pandai beradab dengan Tuhan di depan pintu rumahNya. Ketika menjadi tetamuNya. Agar kita diterimaNya. Lalu dikaabahkan hati kita untuk selalu mengingatiNya setiap detik dan ketika. Jumpa lagi.

Bilik BOD, Istana RSA, Mekah.

6.00pm, Mac 3, 2013.Image

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Umrah 2013: Kisah & iktibar-iii***

  • March 7, 2013 at 6:04 am
    Permalink

    TErima kasih Pak anjang atas perkongsian,saya dan isteri akan ke Madinah dan Mekah 19 Mac ni,pertama kali pula tu,saya langsung tak tahu apa-apa dan pengalaman.semoga posting ini menjadi petunjuk pada kami semua…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *