***Dapur Pakistan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria.

Bertugas bawa jemaah malam tadi jam 1. Setelah taklimat ringkas, pimpin mereka. Bawa dari lobi hotel Najmatul Khalij di tepi terowong ke Masjidil Haram. Kali ni terowong dah tutup sebab ada penyelenggaraan. Tak de ‘short cut’ dah. Kena pusing lalu Syari’ Hijrah, masuk jalan Ibrahim Khalil, hala ke kanan dalam 200 meter, sampailah ke dataran Masjidil Haram. Dah 1.30 pagi. Jalan kurang sesak. Cepatlah sampai. Total ahli rombongan 38 orang. Pagi ni bawa 35 orang je. 2 peserta perempuan uzur. Nasib baik dah niat bersyarat. Automatik halal la. Kalau tak, selama ‘period’ kena dalam ihram…Yang seorang lagi, budak kecil. Tak pegi.

Sampai dataran, berkumpul semula di depan paip air. Kawasan wudhu’. Kira balik bilangan mereka. Pastikan cukup. Ada 2 orang lagi yang guna ‘wheelchair’, remaja tolakkan. Anjang cakap sikit tentang jalan balik cara nak balik sendiri ke hotel jika ada yang selesai awal. Untuk pastikan tak sesat. Masa tu juga chek mana-mana yang dah batal wudhuk. Maklumlah ramai yang dah berumur. Berjalan dekat 1km, mungkin ada yang dah terkentut. Memaaaang pun. Ada beberapa orang ambil wudhu’. Tadi dah pesan, kalau terkentut ketika tawaf, pegi amik wudhu’, jangan malu. Jangan dah selesai tawaf, saie dan tahallul baru nak beritau. Sedangkan tanpa wudhu’ , tawaf tak sah. Bila tawaf tak sah, saie pun tak sah kerana syarat saie, dibuat setelah sempurna tawaf. Bila saie tak sah, gunting untuk tahallul pun tak sah. Kan jadi rumit…

Selesai doa masuk Masjidil Haram di depan pintu King Abd Aziz atau pintu 1, masuk dan amik plastik untuk isi selipar. Simpan selipar di rak-rak yang disediakan dan ingat no rak. Pastu kumpul semua, berdiri menghadap kaabah yang mulia, berdoa dengan doa melihat kaabah.

Ya Allah, masih kau izinkan aku datang ke rumahMu.

Bertawaf mengelilingi KaabahMu.

Bertugas membawa jemaah umrah yang datang dari tanahairku.

Berniat umrah untuk Siti Fatimah Bt Awang Besar.

Terima kasih Tuhan,

Moga-moga jemaah ini dapat cinta dan rindu kepadaMu.

Moga tak ada yang hilang seperti selalu.

Ni bukan doa menghadap Kaabah, baru reka ketika taip post ni.

Sebenarnya lantai Masjidil Haram lebih tinggi dari lapangan (track untuk lakukan pusingan) tawaf di keliling Kaabah. Jadi, dari lantai Masjid, kita dapat melihat Kaabah dan jemaah yang bertawaf dengan jelas. Inilah saat teruja bagi yang kali pertama datang ke sini untuk mengerjakan umrah. Rasa tak sabar nak beristilam untuk memulakan tawaf walhal baru sampai dari travel darat yang meletihkan dari Madinah. Sampai saja di sini, segala penat lelah seakan-akan hilang diganti dengan rasa hiba melihat Kaabah, bangunan segi empat, ditutup dengan kain hitam berkilat. Syahdu dapat sampai. Diberi kesihatan. Diberi kekuatan. Terima kasih Allah. Kau terima hamba yang hina ini, di pintu rumahMu. Menagih rahmatMu yang luas. Mungkin beginilah kata hati mak cik, pak cik FELDA yang anjang bawa pagi ni.

Setelah selesai tawaf, solat sunat di belakang maqam Ibrahim. Agak jauh sikit sebab orang ramai. Pastu ajak jemaah minum air zam-zam. Sunnah minum zam zam ni berdiri, mengadap ke Kaabah dan niatkan apa saja hajat kita ketika nak minum. Ertinya, sunnah minum air selainnya kena duduk.

Ketika tu, kumpul lagi. Mana pak cik, mak cik yang hilang kena cari. Jam dah 3 pagi. Rupa-rupanya geng tolak dah balik dah masa tu. Nafib yang cakap masa anjang sarapan di tingkat 1. Laju giler. Jangan le laju sangat Nafib anjang kata masa makan tadi. Suhaimi pun cerita yang makcik-makcik tu seram bila laju-laju. Selamba je Nafib cakap, depan Kaabah memang kena seram. Seram dengan Allah, bukan seram kerana laju. Kena kang Nafib ni!..

Habis saie dah azan pertama. Yang nak balik anjang tunjukkan jalannya. Yang nak solat Subuh, anjang pesan lagi agar tak sesat. Pastu anjang pun balik ke hotel. Anjang solat Subuh di hotel. Lepas wirid dan sarapan, apa lagi. Terlena.

Tapi, lena yang sebentar terganggu, Bau apa pagi-pagi macam ni masuk ke bilik hotel. Agak masam-masam gitu. Sesekali macam terdengar orang menggoreng. Peralatan dapur berlaga. Jenguk di pintu, aneh sungguh!!! Betul-betul depan lift, penuh dengan guni-guni beras, daging sejuk beku, periuk belanga, tomato yang telah di cincang, bawang dah dihiris dan macam-macam lagi. Bilik kecil yang ada sinki dekat pintu bilik 606 ni, dah ada dapur India/Pakistan. Mekah dah dicorak oleh orang-orang India, Pakistan, Bangladesh dan Burma. Bilalah orang Malaysia nak datang sini beramai-ramai, untuk mencorakkan bumi Mekah sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul?

Bilik 606, Najmatul Khalij, Misfalah, Mekah.

10.37am, Mac 19, 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Dapur Pakistan***

  • March 20, 2013 at 1:25 am
    Permalink

    Salamm hormat kpd semua..moga AM dan para mutawwif diberkati Allah …kesian sangatlah kat AM n tim mutawwif ,dengarnya dah lah tidur baringnta ✗ berwaktu.dah tu ada gangguan pulak.bukan gangguan makhluk halus ..tapi oleh bangsa yg hidup ikut dan..ya Allah dgn berkat NM berilah mreka kekuatan mental n fizikal utk bekerja demi islam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *