***Hj Ibrahim Joned***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria.

Ketika sampai ke kawasan miqat di Masjid Ja’ranah, bas-bas yang membawa jemaah umrah dari pelbagai negara bersusun memenuhi ‘parking lot’. Di tepi-tepi jalan, malah di devider yang kat tengah jalan pun ada bas parking. Jalan yang ada 2 lane, tinggal satu. Pak Ikin, supir (asal Bandung) Syarikat Bas Ummul Qura yang memandu bas kami ni pun park kat devider di tengah-tengah jalan. Anjang turun dulu untuk memastikan pak cik, mak cik, abang, kakak yang turun dari bas dalam keadaan selamat. Sebab pintu bas menghala ke jalanraya dan kenderaan lain sedang melaluinya seperti biasa. Takut-takut berlaku kemalangan. Setelah memastikan semua jemaah turun dari bas dengan selamat, melintas jalan ke Masjid Ja’ranah, anjang ajak Pak Ikin bersarapan. Pagi tadi anjang hanya sempat pekena roti dan syie Syh Rahman Banglo je. Sekadar alas perut je la. 

Ketika menunggu order roti jubnah bergula dan teh susu di Kafe Pakistani, masuk seorang yang agak berumur dengan ihram yang terbuka sebahagian badannya, membuat pesanan.

“‘Asyra, fi kulli keis ithnain”

“Khamsah keis aaa!!”

Dia terus duduk di meja tempat anjang menunggu, bersalaman dengan anjang penuh mesra.

“Hj dari mana?” Sapanya.

“Dari Malaysia, Tuan Hj dari mana?”, balas anjang sedangkan di hati dah terasa, macam aku kenal je Hj ni… Ni mesti bekas Arqam ni. ‘Mesra alam’ je nampak.

“Dari KL,” jawabnya. 

“Hj duduk sini ke?” Dia menelah. Pakar Pak Hj ni, tau sapa yang datang buat umrah dan sapa yang muqim di Mekah.

“Ya,” Jawab anjang.

“Nama Hj siapa?”, anjang tanya pula.

“Ibrahim,” 

“Ibrahim bin….” Anjang nak pastikan.

“Ibrahim bin Joned.” Katanya.

“Oooh, saya kenal Hj.” Anjang terus ringkaskan taaruf.

“Ana kan dah pegi rumah Hj. dengan Hj Salleh Saliyan!”

“Hj nama sapa?” Dia bertanya.

“Harun.” Jawab anjang ringkas. “Hj nampak masih sehat!” Kataku.

“Alhamdulillah, berkat selalu ke sini. Dah 32 tahun bawa orang tunai umrah. Orang dah kenal kita. Banyak minum zam-zam. Tu yang sehat walaupun dan lebih 70 tahun.” katanya.

Ya, anjang tengok, walaupun dah berumur. Dia kelihatan gagah dan tangkas menguruskan jemaahnya. Tapi keluar juga keluhan,

“Sekarang tak macam dulu, macam-macam prosedur. Susah. Nak buat itulah, inilah. Ini naik Nas Air. Delay 1 hari, dah kurang 1 hari.”

Hj Ibrahim Joned ni bekas Al Arqam. Dah lama jadi syeikh Haji dan bawa umrah. Rasanya dia seperti Us Hashim Karim dan Us Said Melaka. Mereka ni veteran tetapi masih aktif. 

Selepas tu, di kalangan bekas Arqam, muncul golongan yang bekerja makan gaji dengan syarikat-syarikat travel agen. Berbekalkan sedikit Bahasa Arab atau pengalaman bawa pelancong Arab di Malaysia, mereka bekerja sebagai mutowwif. Tak yah sebut la nama mereka, mereka pun bukan nak nama di mention di sini.

Pastu sekarang, Nur Muhammad Management Services atau GISB pula banyak memberi khidmat. Bermula dengan khidmat katering diikuti sewa kenderaan seterusnya mutawwif, tempahan hotel, ambil dan hantar ke Airport, bekalan Air Zam Zam dan seluruh khidmat yang diperlukan oleh para tetamu Allah.

Bila kerja dibuat secara berjemaah dan dengan matlamat untuk menambah rasa takutkan Tuhan dan rindu Rasul kepada para jemaah dan diri mutawwif sendiri, maka berbagai-bagai bantuan Tuhan sampai. Kerja bukan seperti orang lain bekerja, tugasan itulah perjuangan, ia perlu dilakukan sebaik mungkin. Ia bukan sumber rezki untuk poket dan sara diri. Ia adalah membela Rasulullah di bumi baginda sendiri. Oleh itu, ujian yang datang menyubur semangat berjuang. Melatih diri lebih matang.

Moga-moga dapat berjumpa Hj Ibrahim lagi, banyak cerita-cerita pengalaman lama yang boleh dipelajari darinya. Dia juga perlu tau, perkembangan terkini jemaah Abuya sekarang. Universiti Roh yang sedang dibuka pintu pendaftarannya, bagi sesiapa yang ingin rohnya dipandu untuk takut Allah dan rindu Rasul.

Uqbal ‘indana ya Robb!!

Musolla Tepi Kolam Istana RSA, Mekah.

12.46am, Mac 25, 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Hj Ibrahim Joned***

  • March 27, 2013 at 4:40 am
    Permalink

    Insya Allah dulu lain sekarang lain akan memberi pengertian yang berbeza sedikit masa nnti..Islam akn menempuh era gemilang dimana antara senarionya ialah seorang perempuan akan aman dalam perjalanan kemana2 pun tnpa gangguan kerana di zmn itu hati2 manusia dah dapat takut Allah rindu Rasul n sentisa ingat mati…Jenayah sifar.bukan mcm sekarang anak depan mata pun bleh hilang.dibawa lari atau melarikan diri…Atk.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *