***Surat Dari Asrama Tahanan Jeddah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria.

Sedang membelek BB di apartment di pinggiran Kota Mekah ni, anjang menerima banyak pertanyaan. Bila tahanan akan sampai Malaysia? Macam mana keadaan mereka? Jadi tak mereka balik Malaysia hari ni? Hari ni kan 22hb, berdebar-debar nak tau apa yang akan terjadi. Imran Rosli rasanya orang pertama di ‘terbangkan’, balik ke Singapura. Jam 3pm tadi patutnya dah sampai Changi Airport. Moga Syh Rosli tunggu di sana. Syh Salleh, Ust Wan Jambi dan Syh Hj Sulaiman dah bergegas ke Konsul Malaysia. Mereka panggil sebab nak berbincang tentang kepulangan tahanan di Depoh Jeddah. Tahanan lelaki dah diasingkan di antara pemegang visa umrah dan pemegang visa tijarah & iqamah. Yang akan dibawa pulang, pemilik visa umrah. Pemilik Iqamah boleh tinggal di Saudi. Pemegang visa Tijarah boleh sambung sah laku visa bersama dengan bayaran denda. Oh… Susahnya anjang nak jawab soalan kawan-kawan. Ketika inilah sampai warqah dari asrama tahanan. Mari kita kongsikan.

Surat dari Asrama Tahanan kepada semua yang ingin tahu bagaimana keadaan!

Hari ini hari ke 25 kami berada di kediaman baru ini!

Bilik aircond berukuran 50 kaki x 35 kaki berlampu terang kalimantang 18 batang. Selesa! dengan 5 bilik air yang begitu mewah airnya. Tiada apa dibilik itu tapi ada mini market untuk membeli keperluan-keperluan untuk tidur dan bilik air dan makanan dan minuman ringan! Nasi minyak setiap makan tengahari berlauk ayam@kambing boleh buatkan badan naik! Satu ampaian untuk sidai pakaian basah terentang sepanjang bilik di bahagian 1/3 lebar bilik. Maka hiduplah kami seramai 38 orang dewasa dan remaja bersama 9 bayi dan 2 orang kanak-kanak 5 dan 6 tahun.

Gambarkan kehidupan itu bagaimana? Ya ia lebih kurang macam camping di satu dataran @ kursus summercamp.

Kami bebas buat program didalamnya.

Ya sebuah kursus di Universiti Roh bertempat di Jeddah! Depoh tahanan wanita imigresen tempat transit untuk musafir orang-orang yang akan keluar negara : bersebelahan Airport Jeddah!

39 orang kaum bapa yang ikut sama di tangkap berada di tempat lain, jauh dari tempat kami tapi gaya hidup lebih kurang sama! Kalaupun lebih susah daripada kaum ibu itu kan patut. Sebab Universiti Roh nak melahirkan orang-orang roh yang kekal rasa hamba dan khalifah di hati mereka!

Terima kasih kerajaan Saudi sudi menyediakan sebuah dewan perkhemahan, makan minum dan lain-lain kemudahan untuk terlaksana dengan jayanya kursus Rasa hati seorang hamba dan khalifah kepada GISB!

Berapa banyaknya kos untuk 25 hari yang telah berlalu, rasanya tidak boleh dilupakan! Ditambah dengan kemudahan talipon yang dibenarkan, pengawal yang jatuh hati dan memberi berbagai sokongan serta hospital dan klinik bagi yang sakit : Oh Tuhan! Nikmat dan rahmat dalam ujian, yang cukup menawan!

Maka 1001 keajaiban pun berlaku! Hidup sepenuh masa dengan Tuhan serta RSA : Selama 25 hari sudah : Meriahnya malam dengan selawat dan sembahyang! Inilah cara hidup yang dirindui selama ini. Datang pada saatnya setelah sekian lama bersibuk-sibuk dengan urusan-urusan perjuangan dengan dunia dan manusia di siangnya. Tapi malam yang patutnya bersibuk-sibuk dengan Tuhan dan Nabi dan alam ghaib semuanya jadi sepi, lesu dan hidup segan mati tak mahu!

Oleh kerana RSA mahukan Ikhwan Asoib itu ialah tidak tidur siang untuk manusia dan tidak tidur malam untuk Tuhan maka perimbangan itu pun disempurnakanlah! Oh betapa mahal nya kursus ini. Dan ia mesti di tiru oleh seluruh GISB sedunia!

Ya Allah, Ya RSA

Menerima hadiah besar

Dapat sembahyang malam dengan sempurna

Dapat hidupkan Selawat sepanjang malam oleh kumpulan-kumpulan

Ia membuatkan satu maksiat lagi

tumbuh di hati!

Iaitu bangga diri. Bukan banggakan Tuhan dan RSA

Pencapaian itu di katakan oleh diri, diri jadi besar, hati Jadi berbunga

Itulah syirik khafi, itulah dosa rohani

Sedangkan Allah mahu,

Dalam apapun kemenangan, Allah disucikan dari berkongsi kuasa menjayakannya dengan makhluk

Dan meminta ampun lah kerana merasa diri berbuat

Rasakan diri hanya hamba, hina dan zalim kerana kuasa Allah diambil menjadi kuasannya

Diri rasa berkuasa, layak, mampu berjaya

Ertinya diri jadi Tuhan!

Ya Allah Ya RSA, untuk apa

Maksiat batin ini dibiarkan dalam diri?

Tolong berikanlah rasa hamba yang kekal di hati!

Macam tulah cerita mereka. Kami pula, sedang menikmati sarapan. Maggie goreng, remaja yang sediakan di bawah tunjuk ajar dan pemantauan Chef tetap kampus luar, pinggiran Mekah, Syh Jian. Ok…jumpa lagi.

Pinggiran Mekah,

10.59am, Apr 22, 2013

  • visa tiyarroh (1)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *