***Nostalgia Fardhu Ain Al Arqam, Sg Penchala***

Kongsikan kepada yang lain
Share

ImageSalam ceria. Lepas motivasi ajaib sesi ke 2, anjang keluar dengan Syh Nik Hishamuddin ke Halaga. Nak beli kambing untuk bawa ke Madinah. Di Mekah ni banyak pilihan. Banyak persaingan. Jadi harga kambing lebih murah. Kalau yang kecil ke sederhana, bolehlah dapat dalam SAR250 sedangkan harga di Madinah menjangkau SAR400-450 seekor. Kebetulan Abil nak ke Madinah malam ni, nak kirim 2 ekor kambing. Siap sembelih dan potong kecil-kecil.

Syh Nik yang ajak anjang sebab anjang dah berkenalan dengan Sulaiman, kawan lama Syh Inaam. Mudah berurusan dengannya. Utsman drive, Ust Wan Jambi dan Ust Kamaruzaman Ali ikut sekali.

Berjalan dengan orang-orang lama jemaah menyeronokkan. Dapat dengar cerita-cerita lama, membangkitkan nostalgia. Ust Kamaruzaman dan Syh Nik orang lama. Anjang masuk jemaah mereka dah jadi guru dan pemimpin.

Ust Kamaruzaman masuk Yayasan Arqam tahun 1975. Batch ke 2. Dari 40 orang pelajar lelaki perempuan, yang lelaki tinggal 3 orang. Dia, Syh Ariffin dan Syh Azman Atan (sedara anjang ni). Batch pertama 12 orang. 6 lelaki, 6 perempuan. Yang lelaki Syh Fakhrur, Syh Nizam, Syh Nasrul, Syh Zaki/Khomsin, Ust Mohd Yasin dan Saufi. Yang perempuan anjang tak tau.

Syh Nik Hishamuddin juga batch ke 2, pelajar Yayasan Al Arqam. Tapi kelas Qismu Dakwah. Masa tu Syh Nik sedang belajar di ITM Shah Alam, bila cuti semester tak balik kampung tapi ke Sg Penchala, join Qismu Dakwah. Ramai la satu kelas dengannya. Antara yang masih ada hingga hari ni, Syh Nasiruddin Ali. Ramai dah tertapis sepanjang melalui selekoh-selekoh tajam di jalan perjuangan.

Menurut Ust Kamaruzaman, masa tu belajar di bangunan sebelah rumah Abuya, yang sekarang dibina ‘Kompleks Masjidil Aqsa’. Masa tu Abuya yang mengajar. Guru lain ialah Ust Rashidi Yusuf, Ustazah Naemah dan Ustazah Hasnah. Masa tu Abuya ajar Tauhid, Nahu, Sorof dan Bahasa Arab. Abuya selalu pesan, “Hafal dulu, tak faham pun tak pe. Nanti akan faham juga.”

Qismu Dakwah pula, kelas mereka sekali dengan praktis ceramah. Selalunya, lepas Abuya balik ceramah, esok ada kelas ceramah umum. Pernah Ust Kamaruzaman curi-curi tumpang dengar, Abuya nampak, Abuya tak benarkan. Abuya suruh keluar.

Tukang masak, abang Aziz. Makanan standard la. Standard Yayasan Al Arqam. Sardin, ikan kering dan ikan murah-murah. Sayur hampir tiap hari kangkung. Ambil di tepi sungai je. Malam Fardhu Ain, makan special la.

Masa tu malam Fardhu Ain meriah, orang ramai datang dari seluruh Kuala Lumpur dan sekitarnya. Malah ahli-ahli dan para simpati dari negeri-negeri berdekatan pun datang. Orang-orang Felda datang sejauh Pahang. Orang Perak, Penang, Negeri Sembilan dan Melaka pun datang. Siswa-siswi dan staf-staf pusat pengajian tinggi yang terkena angin dakwah dari ITM, UM, UKM, Maktab Perguruan Lembah Pantai, UKM Medik dan MPSI Tg Malim juga hadir. Berbas-bas. Meriah sungguh Sg Penchala waktu tu. Gerai barang ibadah Syh Farul, gerai kaset Shah Hj Hassan, stall makanan, minuman, gerai jual daging, kalau musim buah, gerai buah. Niaga apa saja, lakuu. Mi goreng, mi sup, kuih muih, air, barang-barang Islam. Sampai terpaksa buat pengumuman la, ‘time’ nak mula Fardhu Ain agar gerai-gerai ditutup supaya semua masuk Fardhu Ain. Haah… Baru bisnes gerai-gerai pun dah ramai nak ponteng kelas. Lagi la era sekarang. Kelas guna skype, harga BB+Samsung Galaxy S3 di tangan pun dah lebih RM2K. Dunia keliling pinggang, lagi ramai la yang tak buat tumpuan. Memang patutla Syh Nasir Ar tegur. Kalau tak serius dengan kelas, takut tak faham. Bila tak faham, macam mana nak diajak berjuang.

Mana la Ust Kamaruzaman terfikir ketika belajar di Sg Penchala, dia kena buka kelas Fardhu Ain untuk remaja di Irbid dan remaja di Mekah. Beruntunglah remaja ni dapat belajar dengan orang yang pernah berguru direct dengan Abuya. Mana la Syh Nik terfikir, ketika dia naik Bas SJ dari Bus Stand Klang ke Sg Penchala, melalui bulatan Damansara, masuk celah-celah pokok getah, hari ni dia akan naik van GISB, beli kambing di pasar Halaga, Mekah untuk dibawa dagingnya ke Madinah. Sementara Sulaiman uruskan penyembelihan kambing dan melapahnya, kami pekena roti canai dan kari ikan Krala di ‘Mat’am Madinah’ dekat sini. Ada pula jemput-jemput pisang sama saiz dengan yang Mak Busu masak ketika anjang belajar di Alai. Ohh nostalgia.

Mekah.

9.10pm, Apr 27, 2013

P/s tu bukan gambar b6dak arqam. Gambo Ala’ dan Qdam

.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *