***Ramai lagi yang macam ZulBahau ni!***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Thursday, May 13, 2010

Ashaari Muhammad meninggal dunia

13/05/2010 5:09pmIPOH – Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad telah meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang tadi kerana jangkitan paru-paru.Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di sini. – Utusan

Aku terbaca latest news kat Kosmo..Ustaz Ashaari telah kembali ke rahmahtullah…bukan apa teringat masa tahun 1994..masa kerajan tengah hangat mengharamkan Darul-Arqam..aku tengah ambik second class COC kat ALAM. Masa tu kecuh habis…kerajan Mahathir tak mahu pertubuhan tersebut…aku masih muda tak tahu apex2 ..tapi aku tak boleh terima semberono ape yang kerajan cakap…jiwa memberontak nak tahu..aku ingat pesan atok aku…kita tak boleh cakap orang sombang selagi kita tak tegur dia dulu..dan aku apply ape yang atok aku cakapkan itu…kita tak boleh cakap Arqam tu sesat selagi kita tak duduk sama dia orang

Mulalah aku pergi perkampungan Arqam ..nak tahu cerita yang sebenarnya…beli buku tentang Arqam, Aurat Muhamaddiah dan aku cuba mendalami ape itu tawassul,yakazah, zikir tarikat, dan konsep tarikat. Banyak perkampungan dia orang aku pergi..kat Dangi, Taman NZ Paroi, Kampung Solok Duku, Markaz Alai dan markaz yang terbesar kat Malaysia pada ketika itu aku pergi jugak… Sungai Penchala sama Badrul.

Sampai satu ketika.. closenya aku dengan Arqam (walaupun aku tak pakai jubah dan serban)..member yang ambik course ngan aku banyak tanya kat aku pasal Arqam dan ilmu x2 yang tak dapat aku nak explain sepenuhnya…ape aku buat aku organize perjumpaan orangx2 Arqam ngan member aku dalam surau kat flat kita orang duduk..dalam ALAM. Tengahx2 soal-jawab pak guard datang …tanya siapa yang organize …dan siapa yang kepala dalam tu…aku pergi kedepan dan cakap ..kita orang nak tahu cerita sebenar yang kerajaan kecuh x2 haramkan pertubuhan tersebut…Pak guard suruh berhenti dan nama aku diambil….aku tengok ustazx2 yang datang tu ..dia cakap ikut je..untuk cari jalan terbaik…besoknya aku kena panggil ngan oleh pihak pengurusan..aku sorang je kena ..pasal aku yang organize …tapi member aku ramai backing aku ..dia orang ramai hantar aku jumpa ketua pak guard tu (aku pun dah ingat siapa nama dia)..walaupun sesetengah member aku tak suka ngan Arqam…dia orang cakap…tak salah nak tahu (ini yang aku respek..sekurangx2 kita tak jadi manusia robot..menerima tanpa usul periksa).

Kes selesai… pasal dia orang kat situ pun ramai yang simpati…ade sorang akak tu siap dengan hujahx2 dia…ape yang aku buat tu tak salah…Sejak tu ..member yang close ngan aku panggil aku Abuya…tapi tak lama …pasal peragai tak macam Abuya…buaya adalah…Sebenarnya banyak story aku ngan Arqam nie…pasal aku simpati sangat ngan pertubuhan nie … naik motor tengah x2 malam kena tahan polis masa tengah hangat kes ni ..pembonceng pulak orang Arqam..tapi polis lepaskan selamba jer…makan sedulang ngan pemimpin Arqam yang nak dakwa Pusat Islam dan kerajaan dah keluar amaran nak tangkap dia masuk ISA….pagi kerajaan keluar notis ..malam tu aku makan ngan dia ..dalam hati kalau polis ambush ..dengan akux2 kena masuk…

Paling tragis sekali…satu hari ..aku diajak berbincang satu perkara..satu perkara…sorang tu cakap dia ada adik ipar baru balik habis belajar dari Pakistan…dan dia orang dah discuss dengan ahli jemaah yang lain…kalau aku setuju …boleh jadi orang rumah aku itupun kalau aku setuju…aku dah terpingax2…aku simpati ngan dia orang bukan nak cari bini…aku cari kebenaran..tapi aku tahu dia orang ikhlas untuk jaga aku. Dia orang cakap aku boleh tengok paras rupa ‘bini’ aku … selagi tidak melanggar syariat…fuyoooo…caya jugak dia orang ngan malaon nie…maksudnya selagi ade mahram boleh kot aku tengok rupa paras dia.Tapi aku tolak cara baik…aku tak selayaknya ngan orang baik…dan dia orang terima seadanya.

Sampai sekarang aku masih simpan buku x2 karangan Almarhum Ustaz Ashaari Muhammad (boleh kata kan berpuluh)…salah satu buku tu aku baca berulangx2 kali..dan pernah dicadangkan menjadi sukatan bagi pelajarx2 sekolah..MENGENAL DIRI MELALUI RASA HATI. Memang best buku ni…kalau rasa sedih, terhina, marah aku baca buku nie…dan edisi yang dengan aku ialah cetakan yang ke dua belas(12) tahun 1991…

ImageSekian buat Almarhum Ustaz Haji Ashaari Muhammad semoga Allah Taala tempatkannya di sisi orang yang engkau kasihi…banyak jasanya pada aku walaupun tak pernah bersua..AMINPosted by zulbahau at 5:52 PM 

7 COMMENTS:

khairul farhanMay 13, 2010 at 7:16 PMAl-fatihah untuk arwah Abuya. Tapi betul apa yang saudara cakap, jangan terima sesuatu tanpa usul periksa.

AnonymousMay 13, 2010 at 7:50 PMbekas teman wanita aku yg baik pon pengikut arqam.dan aku cuba menjauhinya…..mendekatinya…menjauhinya….mendekatinya….Reply

AnonymousMay 13, 2010 at 9:16 PMawak ada buku2 arwah?…boleh fotostat untuk saye?…nanti saya bayar( bank in )nie alamat emel saya mohdfaiz_abbasir@yahoo.comdah lama saya cari, tp x jumpaReply

AnonymousMay 23, 2010 at 10:09 AMtak salah mengikut…selama mana kita yakini tidak menyalahi akidah aswj.hakikat niat suatu ibadah itu lebih tinggi martabatnya di sisi Allah berbanbding ibadah tersebut..perkara yang bermula dengan niat yang baik semata-mata utk Allah swt ..maka ia akan menghasilkan perkara yang baik…dan begitulah yang sebaliknyaReply

AnonymousAugust 8, 2010 at 12:00 AMBang Joi..Aku pun ada bersama2 dgn ahli Arqam masa kena tahan ISA dulu..Aku sebenarnya dah tahu banyak cerita sebenarnya Pertubuhan Al-Arqam ni..Dekat ofis aku banyak buku-buku terbitan Arqam ni..Aku boleh berkongsi cerita dgn kau je Bang Joi.. Insyallah kita jumpa nanti kita sembang panjang…Reply

AnonymousJanuary 11, 2011 at 11:28 PMsalam saudara ku, ingat sepotong ayat yg berbunyi, barang siapa yg mahu kejalan ALLAH,PASTI ALLAH TIDAK AKAN MENYESATKAN NYA……..bermaksud, tidak kira lah siapa guru kita, pasti akhir nya kita akan jumpa kebenaran ………kemungkinan siapa sahaja yg dihantar pada kita mungkin as sebab untuk kita mula memikirkan jalan yg benar……Allahhualam.Reply

AnonymousMarch 13, 2013 at 12:21 PMsy nk tau psl arqam ni.. boleh bantu.. nizamovic86@gmail.com…. 

Halagah, Mekah

4.09pm, Mei 18, 2013

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *