***Cikgu Syafie Penang***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. Dari 29hb lepas lagi Syh Husin dah BBM anjang beritau ada ahli GISB Penang buat umrah. Namanya Cikgu Syafie, dia pernah di Bt Hampar dan kenal dengan anjang. Puas anjang cuba ingat, tak jumpa di memori anjang ni. Umur dan meningkat. Banyak yang lupa.

Baru-baru ni jumpa Syukri Pahang, budak Mu’tah dan isterinya Salwati Saruji, pun anjang lupa nama mereka. Pak Tam ada sekali. Terpaksa minta bantuan Syh Fateh untuk ingatkan Syukri. Depa tak nak bagitau nama. ‘Sampai hati’, dibulinya orang yang pelupa ni. Tapi rupa suami isteri yang sama cantik, sama padan ni anjang ingat, nama je lupa.

لا يسمى الإنسان إنسانا إلا لنسيانه

Mungkin Ust Syukri lupa, inilah bukti anjang adalah seorang manusia.

Ketika berjalan-jalan di Syari’ Hijrah, masuk atau meninjau dari kedai ke kedai sementara menunggu kedatangan kenderaan, bak kata Syh Zul Mokhtar, untuk dapatkan ‘aircond’, melarikan diri dari bahang >50 darjah C, tiba-tiba ada seseorang menyapa anjang. Sambil menghulurkan tangan, dia memperkenalkan dirinya, “Ana Cikgu Syafie.”

“Ooh. Ana dah jumpa hotel Cikgu, tapi call, call tak dapat. Alhamdulillah jumpa di sini,” kata anjang.

Semasa berbual dengannya di tepi jalan, depan kedai peralatan ibadah itu barulah anjang tau Cikgu Syafie ni dah 2 kali accident, malah salah satu kemalangan tu melibatkan kematian. Pernah amik MC sampai 1 tahun kerana cedera kemalangan. Wajahnya yang tenang itu rupanya menyimpan pelbagai memori ujian dalam kehidupan perjuangan. Kedua-dua kemalangan itu berlaku ketika pulang dari program jemaah.

Memang ramai ahli jemaah Abuya yang meninggal accident jalanraya atau yang cedera. Malah kalau dikira masa/jam, rasanya sebahagian besar masa/jam ahli dihabiskan di dalam kenderaan di jalanraya khasnya pimpinan yang sentiasa bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Macam-macam peristiwa pahit manis di jalanraya.

Kawan baik anjang, Syh Salleh pernah suatu ketika memandu van di musim raya, berhenti di traffic light paling depan. Bila hijau je, terus masuk gear dan tekan pedal minyak. Tak sempat bergerak jauh, tiba-tiba ada sebuah kereta kancil yang block/ menghalangnya bergerak sambil menunjuk-nunjuk ke arah belakang dan berkata,

“Anak jatuh.”. Bila dilihat, rupanya pintu van belah belakang terbuka dan dua orang anaknya berada di atas jalanraya, betul-betul dekat tayar kereta yang di belakang!!! Fuuuhh bahaya tuu. Salah seorang anak yang jatuh tu dah berperanan membaca berita tentang Pak Ya Pekida baru-baru ini. Panjang umur, cuma badan je rendang-rendang gitu…

Seorang ahli Arqam, era jemaah dulu bawa isteri dan anak-anaknya yang ramai (ada ke orang Arqam anak sikit? ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ ) musafir berkereta. Ketika mengisi minyak, anak-anaknya turun membuang air. Bila naik semula, tak chek betul-betul. Maka, perjalanan diteruskan sedangkan ada anaknya yang tertinggal. Atas rasa prihatin, pekerja petrol pam itu tumpangkan anak yang tertinggal ini di sebuah keluarga India, supaya ‘mengejar’ kereta kawan kita. Malangnya, bila kereta yang dipandu oleh India ini menghampiri keretanya, dia menyangka yang bukan-bukan. Maka dilajukan keretanya. Setiap kali si India merapat, dia lajukan. Terjadilah kejar mengejar macam dalam filem action ‘fast and ape ntah’ (ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ “̮ lebih-lebih anjang ni!) Hinggalah orang India itu berjaya memotongnya dan menunjukkan kepadanya anaknya yang tertinggal tadi. Hai…perjudis sangat. Orang ‘mau tolong’ disangka nak ‘bagi kepala potong’.

Tu belum lagi yang parking menghadap dinding, tidur kerana terlalu mengantuk. Lampu terbuka terang. Engin terpasang untuk pastikan aircond terus berkhidmat. Bila terjaga, terjerit-jerit penuh cemas!

Dinding!!

Dinding!!

Memanglah dinding, dah parking depan dinding… Dasar mengigau peringkat ‘merah’.

Ok, hati-hati memandu. Korang tentu banyak cerita tentang accident. Nak cerita Abuya accident yang jadi sebab keluarnya buku, ‘Mengenal Diri Melaluii Rasa Hati?’, ada masa nanti anjang tulis. Cerita Syh Tash accident pun penuh karamah, tanyalah dia.

Ok, jumpa Cikgu Syafie ni selesailah amanah dari Syh Husin, untuk kirimkan bagasi dia ke Malaysia. Ya, ramai yang dah balik. Ramai yang tinggal di sini, belum balik. Ada Tam dan Kheiril di Tarhil. Masih merintih penuh kehambaan. Moga Allah tingkatkan roh mereka.

Ampun maaf.

Otw ke Istana, Mekah.

12.13pm, Jun 6, 2013.Image

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

4 thoughts on “***Cikgu Syafie Penang***

  • June 6, 2013 at 12:43 pm
    Permalink

    Sampaikan salam ana pd cg shafie. Dgn lafas asalammualaikum dri bg darus yan.

    Reply
  • June 6, 2013 at 2:16 pm
    Permalink

    Hari ahad yg lalu. Hantar anak2 Baitul Mahabbah tg malim ke ipoh. Arah baliknya ambil pula anak2 dari baitul Mubaraqah bwk ke Tg Malim. Perjalanan dari ipoh ikut jalan lama sbb highway jammed. Sampai di trafic light kat area Jeram lampu merah. Oleh sbb tlalu ngantuk ekon di ttp n buka tingkap. Bila lampu hijau masuk gear 1 terus pecut tanpa toleh ke belakang lg. Tiba2…. Satu kereta potong sambil membunyikan hooorrrnnnn!!!. Ape hal nie aku ada buat salah kaa! Lantak laa.. Pastu kereta kedua pun bunyikan horn smbil tunjuk2 ke belakang. Lagi menggelabah laa. Ape hal nie. Ada langgar ape2 ker. Rasanya x pulak. Potong pula unser dan terus jerit ((( ustaz… Ustaz… Pintu belakang terbuka ))). Terus tengok belakang… MasyaAllah. Patut laa semua org pakat horn kat kami. Terus berhentikan van di bahu jalan. Bila turun jer nak tutup pintu yg dah terbuka dgn sendiri tuu tiba2 ada pula sebuah MyVii berhenti n bagitau. ((Ustaz! Ada beg jatuh kat lampu isyarat td))) RSA tolong selamatkan semuanya. Patah balik ada laa dlm 5 / 6 ratus meter. Tengok beg dah dialihkan oleh seorang pakcik. Dan beg td jatuh depan kereta Myvi td tuu. Dia lambat sbb alihkan beg2 yg jatuh ke tepi. Pakcik yg sorang tuu dah siap call polis lagi. Tapi Alhamdulillah. Berkat RSA semuanya dlm keadaan baik. Anak2 dlm van sorang pun x sedar kejadian ini. Dah tidur semuanya 7 org. Waktu itu jam dah pukul 1pg… Alhamdulillah berkat RSA kami slmt smpi ke Tg Malim.

    Reply
  • June 28, 2013 at 5:13 pm
    Permalink

    salam…saya kerap jumpa cikgu syafie di kulim…hehe
    rindu pulak dengan orang kulim..tambah2 di kilang soya ust fadhil.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *