***MNM Irbid***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Di MNM, Irbid
Di MNM, Irbid

Salam ceria.
“Abul Miqdam, kau cakap dengan Abi Mahmod macam ni, …Aku dapat kedai baru di atas, samada engkau keluar dari premis ni, atau aku pindah ke premis baru.”, kata Abu Iyyad padaku ketika aku bersalaman dengannya pagi tadi. Dia ‘perangat’ anjang supaya sewa premis sebelah MNM, kepunyaan tauke yang sama memandangkan pelanggan MNM semakin bertambah. Dulu student perempuan kurang makan di sini, biasa beli dan bawa pulang. Tapi sekarang ramai je yang makan di sini.

Remaja Ikhwan yang berkhidmat di sini pun kelihatan ceria. Moga-moga tak ada yang sangkut hati dengan mana-mana budak medik dan berkahwin dengan student medic walaupun student medic tu lebih muda dan…. malas nak cerita, nanti orang kata, anjang nak mengata orang. Memang berjuang ada ujian, lagi-lagi remaja yang kena serve pelanggan-pelanggan setiap hari. Kalau tak kukuh iman, mau terperasan dengan mana-mana zabunah. Kadang-kadang dengan hanya layanan je, orang cair hati. Orang cair hati, kita tak boleh kawal, tapi jangan kita yang gagal menjaga disiplin dalam perjuangan, hanya dengan senyuman bakal dentis/doktor.

Inilah medan kalian berkenalan dengan bakal-bakal doktor yang akan merawat sakit fizikal rakyat Malaysia sedangkan kalian sedang dilatih menjadi perawat-perawat yang bakal merawat jiwa manusia. Memberi mereka iman dan Islam. Memberi mereka takut Tuhan dan rindu Rasul. Berkenal-kenalanlah dulu. Masing-masing ada peranan. Seronok bila anjang dengar Shidi yang rupanya dekat-dekat macam Khair, memanggil nama Wafi ketika order roti canai. Sebagai pelanggan tetap, dia kenal hampir semua remaja di MNM. Semoga ikatan kasih-sayang di antara staf GISB di seluruh dunia dengan semua rakyat Malaysia berpanjangan walaupun melalui pelbagai ujian seperti yang berlaku di Malaysia. Walaupun ekspo dibatalkan, moga-moga ikatan perhubungan dengan semua pihak tetap utuh. Melainkan orang yang hasad dengki, sudah tentu akan sentiasa menderita jiwanya melihat kesenangan orang yang didengki.
Moga Abil dapat selesaikan semua pengurusan kawan-kawan di Mekah. Syh M dan team pula dibantu di kawasan baru. Syh Salleh dan Syh Faiza pula tetap dibantu menguruskan jemaah umrah. Begitu juga team katering dan transport. Tak lupa Syh Jian dengan kewangannya. Anjang doakan dari Irbid untuk semua.

Ok, nanti kita sembang lain. Ampun maaf.
MNM, Irbid, Jordan.
3.36pm, Jun 20, 2013

Posted from WordPress for Android

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***MNM Irbid***

  • June 21, 2013 at 4:34 am
    Permalink

    Islam pasti menang, tidak kalah lagi…

    Reply
  • June 21, 2013 at 2:52 pm
    Permalink

    Ada baca apa2 ka yg senang boleh lepaih tu. Ajaq la kami ni sikit. Apa bahasa @ perkataan yg di gumakan tu….AAAp!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *