***Tarhil Jeddah***

Kongsikan kepada yang lain
Share

image
Din dan Muslimah beratur untuk ‘Basmah’ di Tarhil, Jeddah

Salam ceria.
Malam tadi ziarah Abu Romi, antara simpati yang banyak membantu urusan perjuangan di Irbid. Dia pernah bekerja selama 5 tahun di Saudi dan dah masak dengan perangai orang Saudi. Baru-baru ni, ketika dia mengerjakan umrah, selesai bertawaf, dia merakam videonya sendiri berlatar belakangkan Kaabah. Sekadar kenangan untuk ditunjukkan kepada isteri dan anak-anak yang tak berpeluang pergi. Ketika sibuk shoot video ala amatur, tiba-tiba bahagian tengkuknya di pukul orang. Pelik, apakah adik-adiknya yang bersama mengerjakan umrah ingin bergurau-gurau dengannya. Ketika menoleh mencari-cari, muncul wajah seorang melebihi 50tahun umurnya, mengherdiknya:
“Sibuk bergambar depan Kaabah ye!”

Dulu memang bergambar di Mekah dilarang sangat. Kamera dirampas. Tapi sekarang, dunia dah berubah. Terlalu ramai yang bergambar hatta pegawai-pegawai keselamatan pun snap gambar. Masing-masing dah ada smart phone. Abu Romi cuba mengawal marah tetapi tak mampu lalu memegang keras lengan pak cik tu dan berkata; “Demi Allah, kalau bukan di depan Kaabah, aku dah pijak tengkuk kamu. Apakah kau fikir Kaabah ni milik orang Saudi?!! Pak Cik itu ketakutan lalu melarikan diri.
Baru bertemu buku dengan ruas. Tapi itu dalam berhadapan dengan rakyat biasa, kalau dengan pihak berkuasa tentu berbeza suasananya.

Ketika operasi penangkapan besar-besaran sebelum diistiharkan pengampunan, seorang rakyat Pakistan ditangkap di Thoif. Si Bakistani ni ada iqamah (visa permit kerja). Tapi tak ada apa yang boleh menjamin seseorang akan menikmati haknya di Saudi. Polis meminta dia tunjukkan iqamahnya. Tanpa menyangka apa-apa, dia serahkan iqamahnya yang sama saiz dengan kad kredit. Tanpa belas kasihan, malah tanpa soalan kedua, Polis itu mengeluarkan gunting dan terus menggunting iqamahnya di depan matanya. Iqamah yang dia usaha untuk dapatkannya dengan mengumpul duit bertahun-tahun di Pakistan, tiba-tiba dengan begitu mudah di musnahkan depan matanya. Habislah peluangnya untuk mencari rezki di Saudi, sedangkan dia baru je sampai beberapa bulan. Maka berlakulah pertengkaran membawa kepada pergaduhan. Pakistani yang terlalu marah ini memukul si polis di kepala dengan objek keras lalu mati di tempat kejadian. Dipendekkan cerita, Pakistani itu dihukum gantung sampai mati, qisas atas perbuatannya. Tanpa menyelidik punca sebenar kejadian. Jadi, terpaksalah mengalah dan mengaku salah walaupun tak bersalah, apatah lagi memang benar-benar bersalah.

Bila Abil cadangkan anjang amik flight ke Amman, anjang tanya, “Kalau kena tahan macam mana Bil?” Abil kata, “Masuk tarhil, bersama Tam, Utsman dan Kheiril.” Sebenarnya kena amik flight direct ke negara asal. Tapi anjang nak jenguk Irbid, Syh Lan dah keluar. PZ tiada. Lagilah bila dengar keadaan keselamatan di Irbid agak membimbangkan dengan kebanjiran pendatang Syria, mangsa perperangan. Kadar jenayah meningkat mendadak di tambah dengan kos kehidupan yang meningkat terutamanya sewa rumah.

Tapi bila lihat sendiri suasana Tarhil, rasa tak mampu. Masuk seorang tentu tak sama dengan masuk beramai-ramai. Tentu tak sama dengan masuk bersama-sama kawan-kawan. Dari luar kawasan tahanan lagi dah lihat suasana yang serabut. Orang terlalu ramai dari pelbagai bangsa. Masing-masing nak berurusan yang mudah tetapi kelihatan dirumitkan. Khemah-khemah sementara didirikan untuk pengurusan dokumen. 1 kertas dokumen difotocopy harganya SAR5, mahal gila, jauh lebih mahal dari Airport. Di airport cuma 2 riyal. Bila 4 keping, beserta isi borang dah dikira harga pengurusan. 1 pengurusan 50 riyal. Perghhh, tengahari tu kami terpaksa serahkan SAR100 untuk 8 keping kertas fotocopy. Pakar mengambil kesempatan.  Ketika meminta tawar harga, dia katakan, ini rezki aku! Bila kita kata, tak jadi nak ambik kertas tu kerana terlalu mahal, dia ugut tak nak serahkan paspot. Haaa…. inilah permulaan tarhil.

Datang hari Ahad, dikatakan semua rakyat Malaysia dan Indonesia berurusan hari Rabu. Bila datang dengan wakil Konsul Malaysia, dapatlah masuk ke dalam, walaupun bukan hari untuk kita. Terima kasih kepada Pihak Konsul Malaysia, khasnya En Zaid. Melepasi 4 chekpoint polis. Melalui orang ramai yang sedang beratur panjang. Rakyat India, Pakistan! Bangladesh, Yaman dan sedikit rakyat Indonesia. Ada lapan tingkap/kaunter pengurusan. Yang dibuka 6 tingkap. Yang aktif 3 tingkap. Maka berasak-asaklah di depan kaunter berjaring besi lama berkarat. 4 jam beratur tapi tetap gagal mendapatkan perkhidmatan.

Anjang lihat antara yang paling ketara ialah kekotoran. Terlalu kotor dan seperti tak diurus. Ribuan, bukan ratusan botol-botol minuman bersepah-sepah di semua sudut. Tandas tanpa pintu, di sebelah kaunter pengurusan tarhil juga kotor yang amat. Penuh dengan botol kosong pelbagai saiz. Lantai bilik tahanan dah macam lantai tandas yang tak bercuci, lantai tandasnya pula, tak dapat nak gambarkan macam apa. Di sebelah kaunter pengurusan adalah Anbar 9, bilik kurungan untuk warga Afrika yang dah nak balik ke negara masing-masing. Anjang hanya nampak pintu besinya yang berkunci mangga dari luar dan tangan-tangan yang menghulur duit untuk membeli makanan.

Di antara kawasan pengurusan tarhil dan bilik-bilik tahanan ada satu lorong laluan. Setiap ketika, anjang lihat akan lalu peniaga menjaja barang dagangan. Jajan-jajan dari air minuman, makanan ringan, selimut dan lain-lain dijual kepada penghuni-penghuni bilik tahanan yang memanggil-manggil dari sebalik pintu besi sambil menhulurkan tangan di bahagian atasnya yang bergril. Tetapi ada juga tahanan yang berkeliaran di lorong-lorong. Mungkin ‘otai’ yang dibenarkan saja. Tapi kadang-kadang, datang warder membawa tali, melibas-libas mereka supaya masuk semula ke bilik masing-masing.

Anjang tanya Abil, dah beri Tam dan Khairel duit. Abil kata, tak beri tunai dah. Susah, kena bayar pada yang bawa lagi. Anjang kata di hati, kesian mereka. Ujian betul. Dah 12 minggu di dalam. Tapi rupanya ada je helah si Abil ni, dia tak beri tunai, tapi beri top up dan suruh mereka jual di dalam, harganya berlipat ganda. Cerdik ko Bil… tak perlu kirim tunai yang sudah pasti kena ‘paw’ dengan Bangla yang bawak, bbm/sms no top up je, jual di dalam, dapat tunai. Cerdik….cerdik….

Anjang tengok juga van katering bawa turun nasi dalam periuk besar. Banyak gila. Turun dengan cangkuk besi, heret ke pintu Anbar pun dengan cangkuk besi bersama bungusan roti dan bekas air. Rasa teruji kalau masuk tarhil saat ini. Tapi kalau tak keluar sebelum tarikh operasi lagi bahaya. Tiada tarhil dah lepas ni, terus penjara 2 tahun. Oooh apakah aku dan Din Jerash akan sertai mereka? Allah saja yang tahu.

Jadi malam itu juga kami terus ke air port, sebagai testimoni samada lepas atau tak ke Amman, Jordan tanpa melalui tarhil. Alhamdulillah, Allah mendengar rintihan hamba-hambaNya yang berdosa ini, dengan izin Tuhan, kami selamat melepasi jawazat di air port King Abdul Azizz, jam 11.25pm take off di Jeddah, 1.40am landing di Queen Alia Internasional Airport.

Khairel pun dah bebas, dah sampai Malaysia pun. Moga Tam dan Utsman pun segera menyusul. Wadi Nu’man pun dah meriah dengan unta dan kambing. Kawan-kawan di Madinah pun masih setia dengan amanah yang diberi, Syh Fairuz, Pak Hendra yang sentiasa didoain Elok juga lain-lain. Mohon doa semua yang di Satun dan Jitra agar segala urusan dibantu Allah. Ampun maaf.

image
Kenangan Menjamu selera di Mat’am Damanhuri

Homestay Ikhwan Irbid, Jordan
3.23pm, Jun 21, 2013

Posted from WordPress for Android

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Tarhil Jeddah***

  • June 24, 2013 at 6:40 am
    Permalink

    Alhamdulillah..mujur lepas ye Sheikh…bila baca kisah BW dan yg lain2 dulu dlm tahanan, tk tergambar suasananya buruk sekali…rupanya sebb rasa positif itu mengindahkan suasana…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *