Kemalangan Pelajar Malaysia di Jordan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Pagi ni anjang dapat berita menyedihkan dari Faah, kemalangan jalanraya di Jordan melibatkan pelajar-pelajar. Moga semua ahli keluarga dan sahabat handai khususnya mangsa yang terlibat dapat bersabar dan redha dengan ketentuan Allah. Moga Allah anugerahkan syurga kepada yang meninggal. Al Fatihah.

Pada 21 Jun 2013 (Jumaat) antara jam 5.00 – 6.00 petang, waktu Jordan, sebuah kenderaan jenis pacuan 4 roda yang dinaiki oleh 5 orang pelajar Malaysia telah terbabas dan terjunam ke dalam gaung di jalan antara Petra dan Aqabah kira-kira 320 KM dari Amman, Jordan.

Pelajar yang terlibat adalah seperti berikut :
1) Sumaiyah Binti Romli (Meninggal Dunia) Universiti Kolej London. Tahun 1. Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam Pengkhususan : Astronomi Fizik. Asal : Kedah.

2) Nur Ili Dayana Binti Mazlan@Masgelan (Cedera) London School Of Economy. Tahun 4. Pengkhususan : Ekonomi. Tajaan: Bank Negara. Asal : Perak.

Syukri
Shukri di wad Hospital, moga segera sembuh.
3) Mohamad Shukri Bin Alias. (Cedera Parah) -Pemandu- Universiti Yarmouk Tahun 3 Pengkhususan : Pengajian Islam. Tajaan : Persendirian. Asal : Kelantan.

Acaicedera
Moga Acai segera sembuh. Team NM ucapkan takziah atas keguguran baby, moga menjadi pembela ibu bapanya di Akhirat. Tk pd Yasin yang kongsikan gambar ini.
4) Muhammad Nazirul Mubin Bin Nasruddin (Cedera) Universiti Yarmouk Tahun 3. Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam. Tajaan : Jabatan Perkhidmatan Awam Asal: Kuala Lumpur 5) Humairak Binti Ibrahim (Isteri Muhammad Nazirul) (Cedera dan Keguguran Bayi) Universiti Yarmouk Tahun 3 Pengkhususan : Ekonomi dan Perbankan Islam. Tajaan : Persendirian. Asal: Kelantan.

Kesemua mangsa kemalangan telah dibawa ke Hospital Queen Rania Abdullah, Petra, Jordan. Mangsa yang meninggal dunia (Sumaiyah Binti Romli) mengalami kecederaan serius pada bahagian kepala dan belakang tengkok. Jenazah berada dalam keadaan baik. Wakil MPMMJ, Saudara Arif Amin Bin Rushihi, Presiden MPMMJ. Saudara Abdul Hakim Othman, Setiausaha Agung MPMMJ. Bersama Prof. Madya. Dr Mohd Azidan bin Abdul Jabar, Pengarah EMJ. En. Mohd Harris bin Ali, Pegawai JPA. dan Ustaz Saifuddin bin Hussin, Pegawai Atase Pendidikan EMJ dalam proses menguruskan mangsa yang meninggal dan mangsa yang cedera.

Apa-apa perkembangan akan kami update dari semasa ke semasa. Sama-sama kita mendoakan mangsa yang terlibat terutamanya saudara Shukri Alias yang masih dalam keadaan kritikal. Al-Fatihah.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *