***Seminar Ajaran Sesat Anjuran JAIS***

Kongsikan kepada yang lain
Share

image

Salam ceria.
Gambar ni anjang amik dari grup whatsapp. Syh Imam Ghazali Akhbar yang hantar. Dia ikuti Seminar Ajaran Sesat Anjuran JAIS yang fokus terhadap aliran Syiah dan kesesatan akidah mereka. Syh Ghazali mengambil kesempatan bergambar dengan penceramah JAIS yang dikenali sebagai Ust Nazmi.

Apa yang menarik, ketika sesi soal jawab, ada seorang peserta bertanya, kenapa tak jelaskan penyelewengan akidah Al Arqam? Lalu penceramah itu mengatakan, dia bukan menyokong mana-mana pihak tetapi sebenarnya Al Arqamlah yang mula-mula menerangkan kesesatan Syiah. Jawapannya membuatkan semua orang terdiam dan tiada soalan lagi tentang Al Arqam.

Anjang ingat, Abuya lancarkan ‘road show’ ‘Bahaya Syiah’ ketika anjang belajar di Yayasan Al Arqam Batu Hampar, Bruas, Perak. Akhir tahun 80’an. Anjang berpeluang ikut kuliah Abuya di Ipoh. Ketika itu, semangat revolusi Iran telah melanda PAS. Maka tak heranlah, ramai orang PAS datang ke majlis ceramah Abuya itu, bukan untuk mendengar ceramah tetapi untuk protes. Tetapi keberanian Abuya terserlah kerana tetap meneruskan ceramahnya walaupun terdapat ancaman bom dari mereka yang pro Syiah ketika itu. Selepas selesai menjelaskan tentang bahaya Syiah dengan detail hingga menggunakan hujah-hujah dari kitab Syiah sendiri, memandangkan Abuya sendiri pernah ke Iran atas jemputan Kerajaan Revolusi Islam Iran, Abuya dibawa keluar dari dewan dengan segera. Kalau tak silap anjang, Unit Pemusnah Bom PDRM mengadakan pemeriksaan di dewan itu khususnya di pentas ekoran dari ancaman tersebut.

Anjang sendiri pernah berada di Iran selama beberapa hari dengan Syh Zul Mokhtar sewaktu dalam perjalanan ke Turki dari Pakistan melalui jalan darat. Sempat la melihat sendiri, negara Islam ala Syiah yang dibanggakan itu. Baru-baru ni, tinggal lebih 7 bulan di Saudi Arabia. Dapat pengalaman hidup di negara wahabi. Yang juga mendakwa negara mereka adalah negara Islam. Negara Islam Ahlus Sunnah Wal Jamaah je yang belum anjang pergi. Yang benar-benar laksanakan syariat Islam berdasarkan Mazhab Ahlus Sunnah wal Jamaah. Belum ada setakat ni. Mudah-mudahan Malaysialah negaranya.
Amin…ya Robb….!

Homestay Ikhwan, Irbid, Jordan.
7.29pm, Jun 26, 2013

Posted from WordPress for Android

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

4 thoughts on “***Seminar Ajaran Sesat Anjuran JAIS***

  • June 26, 2013 at 11:01 pm
    Permalink

    Ustaz nazmi ni penceramah jemputan jais je, sebenarnya dia ustaz pas..

    Reply
  • June 27, 2013 at 12:14 am
    Permalink

    Sepatutnya JAIS buat gk seminar jelaskan dimana penyelewangan aqidah yg mrk tuduhkan pd Al Arqam…Ni kan belajar ttg Syiah rupanya dr Al Arqam jgk…Mcmn blh sesatkan Al Arqam plk…( Pening tahap tinggi “̮hϱhϱhϱ”̮)

    Reply
  • June 27, 2013 at 2:35 am
    Permalink

    t.kasih syeh anjang…ana sangat kenal ngan ust nazmi…dia pernah menuntut di sekolah pondok yg ana belajar di taman islam kemaman..mudah2han dia istiqamah dlm menjelaskan bahaya syiah spt yg abuya lakukan…mzb

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *