***Terhutang Budi Dengan Tuhan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

wpid-wp-1374121842148.jpg
Salam ceria. Semasa Cikgu Mail pergi ke sebuah kedai hardware tak berapa jauh dari premis Ikhwan, tauke Cina tu berbual mesra.

“Saya sudah pegi kedai you 4 kali ooh. Makan manyak sedap!” “Tapi kalau kedai Cina, potong ayam banyak laju ooo!” katanya sambil menggayakan orang memotong ayam untuk menyediakan nasi ayam dengan laju.

“Tapi you orang potong manyak slow.” katanya menggayakan cara staf kita menyediakan nasi ayam penuh sopan. Hehehe. “Itu macam la, kalau olang lamai, saya tak jadi datang. Kalau latang, mesti 2 kali slow.”

Itulah komen pelanggan kat kedai kita. Moga ada perubahan selepas ni. Tapi keberkatan Abuya tetap berlaku bila tauke ini berterus terang. Apa dia kata?

“Tapi saya ada baca di dinding, apa tu… dengan oksigen patut kita terhutang budi dengan Tuhan! itu manyak betul..” katanya mengulang madah Abuya yang di gantung di dinding kafe ASH.

Ya, ilmu rasa Abuya yang sangat tinggi, bila dibaca, fitrah tersentuh dan membenarkannya. Itulah yang terjadi pada tauke hard ware ni. Mendapat sentuhan Abuya, walau belum bertemu orangnya.

Di madah itu Abuya berkata, pendek dan padat tapi amat mendalam sentuhannya:

“KALAU KITA ADA HATI PERUT, OKSIGEN PUN KITA SUDAH TERHUTANG BUDI DENGAN TUHAN.”

Kafe ASH, Tg Malim.
12.53pm, Jul 18, 2013

  • madah abuya (20)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *