***Corat coret Ziarah Muo***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Gambar

Salam ceria,

Menaiki kenderaan awam memberi peluang anjang melihat realiti Malaysia lebih dekat. Prasarananya, mahupun rakyatnya. Di kalangan masyarakat pertengahan dan bawahan. Turun di Sentral Puduraya, solat jama’ Zohor dan Asar di suraunya yang nampak berwibawa. Cantik dan bersih. Sepanjang musafir anjang di negara-negara timur tengah, tak pernah jumpa terminal bas yang punyai tempat ibadah sekemas di Malaysia. Ada bahagian lelaki dan perempuan dengan dua pintu berbeza. Tempat whudu’ di sebelah dalam. Berkarpet, malah ada ruang yang ber’air cond’. Amat berbeza dari surau Puduraya sebelum ini yang serba dhaif dan sempit. Kaum hawa pun terpaksa berwudhu’ di paip luar, walaupun berdinding tetapi menyulitkan. Malaysia dipersiapkan untuk daulah Islamiah. Agar mudah umat Islam menambah rasa takut kepada Allah di mana-mana dengan adanya tempat ibadah di mana-mana.

Selepas itu ke stesyen LRT untuk ke Bandar Tasik Selatan kerana bas-bas ke arah selatan terminalnya dI TBS iaitu Terminal Bersepadu Selatan.  Turun LRT, kena jalan sikit, korang akan sampai ke TbS. Canggih giler. Macam airport. Ada amaran agar jangan membeli tiket dari ‘ulat-ulat tiket’. Mudah la sikit. Kalau tak, ulat tiket akan sapa kita, nak ke mana bang? Kalau kita tak layan, dia boleh marah kita. Kalau layan, masuk perangkap la korang. Dia kata, bas dah nak jalan sekarang, Walhal korang akan sabar menunggu lama hingga bas penuh. Tetapi di sini seakan-akan tiada. Ada skrin memaparkan jadual perjalanan bas yang sentiasa di’update’. 

Kaunter-kaunter tiket bersepadu, korang boleh beli tiket mana-mana syarikat bas di kaunter yang korang suka. Dia akan minta nama dan print di tiket yang juga tertera nama Syarikat bas, no tiket, tarikh, masa, no seat, no trip dan no gate keluar. Perghh sistematik. Pastu kena tunjuk tiket pada pengawal keselamatan yang tunggu di depan eskulator untuk turun ke lobi menunggu di gate keluar. Siapa yang tiada tiket, tak dibenarkan turun menunggu di lobi bawah. Jadi peminta sedekah, direct selling, ossd (hehe) dah tak ada peluang ganggu penumpang. Sebelum naik bas, tiket akan di scan di kaunter gate keluar kerana setiap tiket punyai bar codenya. Canggih giler. Cuma anjang tak dan nak snap banyak gambar.

Anjang ambil bas Mayang Sari untuk ke Muar. Selesa sungguh. Lebih selesa dari tiket kelas ekonomi Oman Air. 2 jam 30 dah sampai. Berkat jemaah, dah ada orang tunggu. En Al Akhyar yang lama tinggal di Haramain sekarang berkhidmat di Muar. Iaitu Kem Roh Suci dan Tarekat atau Zon Madinah. PZ1nya, Tn Salleh Saliyan. Dengan Wira En Alfaiza Zakaria. Jadi sempatlah anjang berbuka di rumah mak/abah di Kg Tengah, Bakri. Ajak MB Madinah join sekali, adalah durian dan lain-lain juadah. Rezkilah katakan. Abah masih terlantar sakit. Kesian abah. Bulan 10 ni genap 2 tahun terbaring. Dah kurus kering. Keliling matanya kelihatan kehitam-hitaman. Tetapi masih boleh berbual ringan.

Lepas Magrib minta izin mak untuk isi program dengan kawan-kawan Muar. “Ko balik malam ke?”, “Tido sini tak?” mak tanya, “Tidooo.” jawab anjang ringkas. Rupanya kawan-kawan di Zon Madinah bukan orang lain. Mereka yang telah melepasi ujian tarhil. Anjang tengok ada Pn Hanin, Pn Rafeah dan Pn Fadhilah. Power la Muo. Setakat ni mereka dah menyewa rumah tamu yang berwibawa, homestay, 1 premis untuk bakeri, tingkat atasnya ada dewan, 1 premis untuk one stop centre barangan timur tengah (anjang dah amik 1 kotak air zam-zam), 1 premis untuk pusat tiusyen dan kelas tahfiz mingguan. Moga kawan-kawan di Muar diberi kekuatan untuk membangunkan bandar Islam di Muar. Sempena Ramadhan yang penuh berkat ini, semua tenaga berganding bahu, bersatu roh dan fikiran memikul perjuangan. Islam tak akan kalah-kalah lagi. Mari kita talak tiga dengan dunia, kita jadi pemburu-pemburu Akhirat. Memiskinkan individu demi mengkayakan jemaah. Mengkayakan Islam.

Ampun maaf.

Rumah abah, Kg Tengah Bakri, Muar.

11.12pm, Jul 23, 2013

  • anjang muo (23)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *