***Tetamu Membawa Berkat***

Kongsikan kepada yang lain
Share

image

Salam ceria.
Tengahari tadi anjang ke TTDI Jaya dengan Us Fadhil bengkel untuk survey jubah Arab. Alhamdulillah, ada premis jual runcit dan borong di sini. Ada brand Haramain, Al Hafiz, As Salam dll. Setelah membantu Ibu Matun dan Ummu Miqdam memilih jubah, anjang minta mereka hantar anjang ke tol Rawang. Anjang nak solat di surau tol. Itulah hasil usaha dakwah yang berterusan, Kefahaman Islam yang menyeluruh di Malaysia menimbulkan keesedaran yang tinggi dalam jiwa rakyat lalu tempat-tempat ibadah tetap diambil berat walupun di tol.

Alhamdulillah, surau kecil yang selesa memadai untuk bersolat dan menunggu Abu Rafiq. Nak tumpang dia ke Seremban 2. Jemputan berbuka puasa. Janji jam 3 bertolak. Fateh Azam hantar anjang ke Tol, Syh Fateh Abdullah pula ambil untuk ke Seremban, dia drive Merc Syh Inaam hari ini.

Sampai Seremban 2, rasanya macam kami yang datang paling awal. Seronok dapat jumpa kawan-kawan yang dah lama tak jumpa. Jumpa Busu Limat yang sama-sama belajar di Yayasan Al Arqam Alai. Dia kawan baik Haris Fadhilah. Anjang tak de kawan rapat. Semua biasa-biasa je. Setakat ni yang masih ada kawan-kawan dari Alai ni rasanya dia dan Sufian Ayub. Yang lain, Wallahu a’lam.

Menjelang azan Magrib kawan-kawan semakin ramai datang termasuk Syh Dr Azral bersama dengan rombongan BOD yang bertugas di Indonesia. Dari Airport terus ke Seremban 2. Terima kasih kepada Syh Fadhil Yasin dan kawan-kawan di Zon N9 dan Melaka atas hidangan yang istimewa. Baru 2 hari lepas anjang bbm Syh Jai nak makan masak lomak cili api. Dia kata, beritau 3 hari awal. Tapi hari ni datang tak beritau dia pun, nahh terimaaa kauuu!!! Masak lomak perut, asam pedas tetel, ayam kampung, nasi ayam Hainan, itik, kuih kasui Kak Ros, kuih cara dll. Fuuh memang sedap, tak caya tanya Mak Kamariah.

Selain diserikan dengan persembahan nasyid dan layanan profesional kawan-kawan Seremban, majlis bertambah berkat dengan kedatangan 1 rombongan tetamu dari Yunan, China. Syh Azhar Chen nampaknya dah ada pelapis bila diiringi juga oleh Mustaqim. Bila anjang tanya sendiri pada Syh Azhar tetamu ini dari mana? Rupanya mereka dari Yunan, China. Dari keturunan Hui. Korang nak tau siapa kaum Hui ni? Banyak info di internet, tapi anjang ambil sikit je. Untuk kongsi-kongsi, nak kongsi perut masak lomak atau daging tetel masak asam pedas tak boleh, kongsi info je la. Ok…

Suku Hui
Suku Hui adalah salah satu suku dari lima suku terbesar di Republik Rakyat Cina. Jumlah populasinya mencapai 9.82 juta orang (tahun 2000). Suku ini memeluk agama Islam dan tersebar di hampir seluruh provinsi di Tiongkok, namun terkonsentrasi di Ningxia, Hainan, Gansu, Yunnan dan Qinghai. Ningxia sendiri adalah merupakan daerah otonomi bagi suku muslim Hui.

Sejarah
Suku Hui sendiri adalah hasil percampuran dari keturunan suku Han dengan bangsa Farsi dan Arab sejak zaman Dinasti Tang. Sekitar abad ke-7, para pedagang Farsi dan Arab mulai menguasai perdagangan Tiongkok. Yang datang melalui Jalan Sutera, biasanya menetap di Chang’an dan sekitarnya, sedangkan yang datang melalui jalan laut menetap di daerah Quanzhou dan Zhangzhou di pesisir Fujian. Mereka inilah kemudian berkahwin campur dengan suku Han dan menurunkan suku Hui yang sekarang tersebar di seluruh Tiongkok ini.

Secara fizikalnya, suku Hui tidak berbeza dengan suku Han; yang berbeza hanya cara hidup mereka yang beragama Islam, menjalankan syariah Islam namun bergaya Konfusianis. Hal ini membezakan mereka daripada suku Uygur, yang sama-sama memeluk agama Islam namun lebih bernafaskan Islam Asia Tengah.

Tokoh-tokoh terkenal dari Suku Hui
1. Laksamana Cheng Ho (Zheng He)
2. Ma Huan, anak buah Cheng Ho yang mendokumentasi perjalanannya.

Rasa rugi pulak tak pandai cakap Cina. Dah 20 tahun kawan dengan Syh Azhar Chen, sama-sama dari Muar tapi cuma boleh sebut: Ni haw ma? Tak ada peningkatan langsung. Kalau tak, boleh la berbual-bual sikit dengan tetamu ni. Tetamu datang membawa berkat, lebih-lebih lagi dalam rombongan yang ramai begini. Pulangnya membawa dosa-dosa tuan rumah. Moga dosa-dosa kita terampun hendaknya di bulan maghfirah ni. Bulan Ramadhan yang berkat.

Ampun maaf.
Imarah Travel, BCH.
11.25pm, Jul 27, 2013

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *