Kerusi Gunting Rambut

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kerusi Gunting Rambut

Kedai Gunting Rambut Ikhwan bukan susah mencarinya. Betul-betul atas kafe Ikhwan di BCH ni. Terdapat sofa menunggu dan meja di mana diletakkan beberapa bahan bacaan buat mengisi masa ketika menunggu giliran. Dinding bercat cantik dengan lampu-lampu hiasan. Kabinet kayu dengan cermin besar. Tersusun di atasnya peralatan yang diperlukan seperti mata pisau cukur dan bekas untuk dikumpulkan mata pisau terpakai, bedak, air, sikat, gunting. Di sisinya tergantung mesin gunting rambut.

Sapa yang jadi barbernya? Anak Syh Zaki Khamsin, Andak. Dulu salah seorang vokalis dalam jemaah. Sekarang, macam-macam kerja yang memerlukan kesenian atau ketelitian dia buat seperti mengecat kereta, baiki hand phone dan menggunting rambut. Best gunting rambut dengan Andak sebab lepas gunting dia ada beri urutan bahu dan kepala ala barber India. Layaaaan,!!. Rasa nak tidur atas kerusi tu.

Terdapat dua kerusi gunting rambut berwarna hitam. Agak lama. Tak tau la berapa harganya. Tapi yang pasti tak la semahal kerusi untuk rawatan pergigian. Kerusi baru itu khabar sangat mahal harganya. Anjang pun lupa berapa, siap ada kamera kecil, boleh masukkan ke mulut dan melihat gambar gigi yang sedang dirawat via skrin di depan mata. Andak berseloroh, kerusi di kedai gunting tak semahal kerusi pergigian tapi dah ada satu persamaan, apa? Cuba korang teka?

Nak gunting rambut pun kena call dulu atau pm untuk buat temujanji, dah macam klinik gigi. Eish…Eish… sibuk betul Dr Andak ni.

  • kerusi gunting rambut terpakai (63)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

9 thoughts on “Kerusi Gunting Rambut

  • August 25, 2013 at 8:11 pm
    Permalink

    Knape skrg tulis yg ‘ baik2’ je? Sblum ni bukan main ‘berani’ lancar menaip tulisan menggambarkn lancang nya mulut si penaip..berani2 baling2 batu biarpun sembunyikn tgn..bagai anjing serigala menyalak2 bukit ? Ada sebab tertentu atau memang dh dpt rasa diri tuan pn sebgai suspek pemecah belah dn kaki hasut melalui tulisan dn blog tuan ?

    Reply
  • August 25, 2013 at 9:15 pm
    Permalink

    hebat, tp sapa plak yg guntingkan rambut Andak

    Reply
  • August 26, 2013 at 12:56 am
    Permalink

    Aik..apa dh jadi sume artikel berkait dgn BW yg dijanjikan tu sume dah ditarik ke ? si pendek dh mula takut ke ? tu la akibat bodoh sombong tu jd mcm tu. Awak nk takut apa semua artikel dlm ni org dh copy paste mmg nk jadikn sbg bukti..sbb tu lah kena cerdik kalau nk menulis blog sbb nanti mkn diri sendiri..mmg pegawai kedutaan dn sb ckp bkn susah nk bukti sbb dlm blog semua di bongkar utk di jadikn bukti..t.ksh la harun kontot memudahkn kerja sb/bkt aman dn yg lain2..pesan kat rakan2 blogger lain sama mcm si butahati dn pak lang pengecut tu

    Reply
    • August 27, 2013 at 1:46 am
      Permalink

      Orang yg menjadikan Abuya sbg idola pasti mempraktikkan cara hidup Abuya dari sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara termasuk menulis. Melihat tulisan kamu sudah cukup menggambarkan peribadi kamu, sangat memalukan. Semua pembaca blog menilai tak kira latar belakang. Jadi renung dn muhasabah diri dulu sblum menulis ya…

      Reply
  • August 26, 2013 at 6:07 am
    Permalink

    come on lah wan, menulis ke atau bercakap ke kena melihat suasana. Mcm org berperang, ada masa mnyerang, ada ketika berehat dan ada pula ketika berbincang. hanya orang yg sedang berperang sahaja yg faham strategi berperang. mcm juga org main bola. cik wan suka tengok bola kan? Org yg duduk luar gelanggang atau penonton hanya tau bersorak sahaja. kadang2 main bola pun xpandai atau istilah kaki bangku. Satu lagi mana ada penulis blog baling batu sembunyi tangan, cuba tengok betul2, bukan sahaja tangannya diperlihatkan bahkan susuk tubuhnya dipertontonkan, lokasi menulis pun diberitahu. Satu lagi perumpamaan ‘bagai anjing mnyalak bukit’ pun xkena peribahasa tu sbb maknanya xsama. tak tahu lah kalu wan ni mcm bukit, kaku, keras, xde rasa, xde otak dn perasaan. jadi saya rasa wan xleh jadi penulis yg baik sbb nanti pembaca akan terkeliru dan boleh menyesatkan pemahaman pembaca.

    Reply
  • August 26, 2013 at 6:51 am
    Permalink

    Kenapa cik wan oii… Tak nampak pun anjang tulis menda tak baik… Memang kalau kebenaran tu pahit nak-nak pula klu kena batang hidung kita susahla nak telan…

    Reply
  • August 27, 2013 at 1:30 am
    Permalink

    Biarlah Orang Mengata

    Biarlah orang mengata kita,
    Jangan kita mengata
    Biarlah orang memfitnah
    jangan kita melakukannya
    Biarlah orang menzalimi kita,
    Kita maafkan saja
    Biarlah orang mencaci kita
    doakan petunjuk buat mereka
    Bercakaplah yang memberi faedah
    atau diam lebih baik
    Kenangkanlah budi orang,
    Lupakan jasa kita
    Balaslah jasa orang, lupakan jasa kita
    Balaslah jasa orang,
    Lupakan kejahatannya
    Alangkah baiknya balas kejahatan orang dgn kebaikan
    Wahai saudara-wahai saudari itulah panduan kita
    Jadikan ia panduan di dalam pergaulan
    Krisis tidak akan panjang,
    permusuhan tidak berlarutan
    Itulah panduan jika ingin aman dan harmoni
    Tuan atau puan begitulah Islam memberi panduan
    Untuk keselamatan hamba-hambaNya di dunia
    Tidak ada pada ajaran agama-agama lain dan sebarang ideologi
    Hanya ada pada Islam yang sejati
    Begitulah sebahagian etika didalam pergaulan
    Marilah kita bersama-sama mengamalkan bersungguh-sungguh
    Walaupun berat sekalipun penat
    Untungnya banyak di dunia akhirat
    – ASZ

    Reply
  • August 27, 2013 at 5:20 pm
    Permalink

    Setuju dgn saudara musfrankfurt..siapa yg makan cili, dialah yg terasa pedasnya..sape2 yg cam tak suka tu, xpayahla susah2 dtg blog syeh anjang ni. gi cari blog lain yg sesuai dgn nafsu kamu yg asyik nk mengutuk, m’fitnah, mencerca,.istilahnya ‘makan ta**’.buat blog sendiri lg bagus…yg penting kami ni pembaca setia blog ni…

    Reply
  • February 5, 2015 at 8:49 am
    Permalink

    Sy nk bli krusi gunting,mcm mn nk contk

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *