***Teppanyaki Ikhwan***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Tak nak try ke?!

Tak nak try ke?!

Salam ceria,
Korang pernah makan Teppanyaki? Enjoy giler makan Teppanyaki ni. Kali pertama anjang makan ketika ke Ikhwan Coffee House di Bukit Bintang. Pastu, paling tak boleh lupa ketika makan di Mat’am Ikhwan Segambut. Sebab apa tak boleh lupa, sebab yang layan anjang ialah orang besar, sedangkan anjang ni sapa je. Hamba yang kecil lagi dhaif. Orang besar itu ialah Syh Izwan. Dia ajar cara-cara menggoreng makanan dalam kuali dan layannn!

Sebenarnya Teppanyaki tu macamana? Sushi tu Biasalah kita dengar, Teppanyaki ni adalah gaya masakan Jepun yang mengunakan kuali besi leper untuk memasak makanan. Teppan tu bahasa Jepun bermaksud plat besi, Yaki tu panggang. Korang tak caya tanya Syh Shahid. Jadi semua makanan yang digrill atas kuali boleh dipanggil teppanyaki? Tak le macam tu sebab teppanyaki ni ada sejarahnya.
Teppanyaki Ikhwan

Teppanyaki Ikhwan, BCH, Rawang.

Ia bermula di sebuah restoran di Jepun yang bernama Misono pada tahun 1945 yang popular kepada pelancong dan warga asing kerana bukan sahaja hidangannya unik tetapi seronok melihat aksi mahir Chef yang menyediakan makanan itu sendiri. Kalau tak betul korang rujuk la pada Syh Syahid.

Tapi yang anjang nak cerita ni bukan yang jauh-jauh. Korang tak perlu masuk time tunnel untuk kembali ke tahun 1945. Tak yah nak jumpa Abu di Imarah Travel, book tiket ke Jepun, tunggu visa Syh Zaimus buat. Tambang lagi, masa lagi, banyak ke duit korang. Atau nak makan di restoran milik bukan Islam….eeei tak lalu anjang. pastu kat mana nak pekena? Nak belanja anjang pun boleh… di Kafeteria Ikhwan BCH tapi di waktu malam. Siapa kendalikan? Jom kita tengok.

Anjang tengok, petang-petang lagi mereka dah berkemas. Ada Syh Mustafa, Ibu Zahrati dll. Malam nampaklah Ibu Hafizah, Ibu Baiti dll Rupanya team stokis Nur Muhammad. Jadi lepas Isyak, Bonda buat kenduri Teppanyaki. Terima kasih banyak. Alhamdulillah, dah terhidang di atas meja-meja set kuali khas dari Thailand. Khabarnya Syh Hamzah yang bawa. Bolehlah Tg Malim order beberapa set nanti.Kuali leper, berwarna hitam, berbentuk panjang, hujungnya ada tempat khas untuk rebusan. Bersambung dengan sumber letrik. Awas jangan terkena karen. Dengan susunan mangkuk segi empat sama. Bertingkat. Mangkuk milamen khas ini di isi dengan bahan-bahan yang akan kita goreng/panggang. Apa dia… Fuuh, sedapp giler. semua fresh. Segar-segar, terbaikkk dari laut, kebun, kilang… apa dia?

Teruja. Ada yang 1 mangkuk setiap item. Ada yang dua mangkuk setiap item. Mi kuning, kue tiew, baby kailan (rasanya la, tak tau la kalau sawi), sosej potong-potong, fish ball, ayam yang dipotong nipis, daging, lemak, sotongggg, udang segarrr, besar-besar. Allah, sedapnya. Ada sos-sos pengiring. Dengan mangkuk dan sudu sup tersedia. Juga sepasang chop stick. Nahh!! Mari kita mulakan dengan doa. Bawa roh sekali. Katakan pada Allah, terima kasih Tuhan, melayan hambamu ini, walaupun ibadahku masih dalam kelalaian, Kau hidangkan aku makanan istimewa ini. Walau aku masih menzalimi diri sendiri, kasih sayangMu tak terputus. Malunya aku di depan rezkiMu. Lintaskan dalam hati je! Jangan bukak bb baca kuat-kuat.

Jadi, lepas doa. Minta bantuan petugas seperti Syh Izwan, nak buat macam mana dengan hidangan yang mentah-mentah ni. Mula-mula pasang sambungan elektrik untuk panaskan kuali. Letak lelemak dulu, bagi berminyak permukaan kuali. Supaya sotong dan udang kegemaranku tak melekat-lekat. Bila lemak dah mencair, minyak dah merata, apa lagi, masukkan makanan kegemaran saudara/i, udang, sotong, hirisan daging segar, Fuuh berasap-asap, berkepul-kepul (tak la teruk sangat), merecik-recik minyak dari kuali, kadang-kadang ada letupan kecil. Awasss. Maka aroma tepayyaki Ikhwan sedang memenuhi ruang.

Walaupun teruja, anjang masih nampak Syh Inam di sebelah kanan anjang, Syh Rahman Said di kiri, Syh Sumardi di depan, juga syh Azri. Begitu juga, mereka di meja yang berjiran. Cuma anjang tak pasti mereka nampak anjang atau tak. Dek teruja dengan hidangan malam ni. Dah la sedapp. Free pulak tu, sebab ada yang belanja. Air, korang boleh order asam boi limau ais. Powerr tuu. Hah, bersiap sedialah memasukkan sayur, sosej, fish ball dan kue tiew ke dalam air didihan khas. Celur seketika. Tuang di mangkuk, tambahkan kuah kalau suka. Pastu, dengan chop stick, korang balik-balikkan segala macam sotong, udang yang dah kemerah-merahan dipanggang, daging serta ayam, lalu masukkan ke mangkuk. Tambahkan sos dan…
Menikmati Teppanyaki Ikhwan

Menikmati Teppanyaki Ikhwan

Makanlah…di bawah asap kecil yang naik memenuhi ruang. sambil berbual ringan dan tolong menolong, maklumlah tak ramai yang familier dengan chop stick. Enjoy giler makan kat sini. Teppayaki halal, bersih, berkat insyaAllah. Nak tambah berkat, belanja kawan-kawan korang. Memang terbaikkk untuk menambah ukhuwah dan kasih sayang. Makan bersama. Masak bersama-sama. Santai dan relax. Jangan percaya cerita anjang ni! Datang sendiri dan cubalah keenakkannya!!!

Kg Sungai Serai, Kuang.
9.31am, Ogo 28, 2013

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *