***Berpagi-pagi Itu Berkat***

Kongsikan kepada yang lain
Share

image

Salam ceria,
Sebelum cahaya sang mentari menerangi bumi. Ketika udara masih segar. Sejuk dan nyaman. Titisan embun terakhirtak pasti sudah di mana gugurnya. Si penjaga kesihatan lahir sedang berjogging. Penuntut ilmu ada yang mula bergerak ke sekolah. Bertemankan secangkir kopi 3 in 1, anjang lihat Pak Ya dah mula mengejar keberkatan berpagi-pagi. Membuka pintu Kafeteria Ikhwan Bandar Country Homes.

Menyusun kerusi meja. Chek perkakasan hidangan. Double chek kebersihan lantai, meja, sinki, dapur, longkang, sambil berselawat, sambil bertaubat, sambil merintih agar Allah datangkan pelanggan yang ramai. Agar dapat berkhidmat kepada seramai-ramai manusia. Muslim dan bukan muslim. Kaya dan miskin. Tua dan muda. GISB dan bukan GISB. Moga semua seronok. Bahagia. Gembira. Itulah tugas seorang khalifah.

Bila boleh order makan? Kejap lagi. Tu anjang dah minum. Hehehe, tu bancuh sendiri. Amik yang di Imarah Travel. Apapun, siapa nak minum pagi, penuh berkat. Diusahakan oleh mereka yang insyaAllah menjaga sembahyang 5 waktu. Mengharap hanya pada Allah melalui berkat kekasih Allah. Merebut keberkatan berpagi-pagi. Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Berpagi-pagilah! Kerana pada berpagi-pagi itu ada keberkatan.”

Silalah ke Kafe Ikhwan, moga-moga dengan keberkatan petugas-petugasnya, keberkatan makanan yang dihidang, keberkatan kebersihan yang disukai para malaikat, keberkatan berpagi-pagi, para pelanggan akan juga memperoleh keberkatan. Tenaga yang dihasil dari apa yang dimakan di sini mendorong tuan/puan menjadi hamba dan khalifah yang baik, insyaAllah. Ok, jumpa lagi.

Sedang tulis tentang Teppanyaki Ikhwan, belum habis… tunggu ye!

Otw kolam, Kuang.
8.14am, Ogo 28, 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *