***Bengkel Besi Yek di SMTD***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Image

Image

Salam ceria,

Yek ni nama sebenar dia, Jamanori. Dari nama pun dah jelas satu bangsa dengan anjang. Sebab apa dipanggil Yek, anjang pun tak tau. Tapi sapa kenal dia dan adik beradiknya, sudah tentu sayang pada mereka. Abang Yek, Kino dan Abg Seri di Muar. Mereka ni tak banyak cakap tapi rajin dan tekun bekerja. Fitrah manusia, siapapun akan suka dengan orang yang rajin, walaupun dia sangaaat pemalas.
 
Dah 2 kali anjang ke rumah Yek. 1 kali ke rumah pusaka keluarganya, bersebelahan rumahnya. Bila ditanya pada Ummu Fathiyah, minta tanyakan isteri Yek, apa nama kampung dia. Jawapannya Kg Sungai Kurang. Eish, apa yang kurang? Sungai!! Masa belok masuk kanan dari arah Kampar menuju Teluk Intan, anjang tengok nama kampungnya, Kg SMTD. Ingatkan short form dari Sekolah Menengah Taman Daya ke, rupanya Southern Malayan Tin Dredging, bekas lombong bijih timah. Sebuah kampung yang mempunyai penduduk dari pelbagai kaum, Melayu, Cina, India, Sikh dan orang Asli. 1 Malaysia la kiranya.
 
Dah 2 kali datang tapi masih belum ingat jalan. Kali pertama dengan En Jamaludin Pertanian dan aruah Cikgu Asri, jumpa Abg Seri di rumah pusaka keluarga mereka. Kali ke 2, dengan Cikgu Zabli dan Arifin, ke rumah Yek. Kali ke 3 ni datang sendiri, nak tengok bengkel Yek. Sebab ada tempah reban ayam untuk RTS dan PNKB. Bela ayam ni dah macam wajib memandangkan ada lebihan makanan, haram dibuang begitu saja. Membazir. Jadi anjang tempah reban berkerangka besi bersaiz 3’x 8′. Nampak kemas kerja-kerja Yek. Sebelum ni dia siapkan beberapa reban puyuh yang ditempah oleh penternak puyuh. Selain itu dia juga sedang menyiapkan gril pintu dan tingkap serta rak bunga orkid. Tempahan datang dari penduduk sekitar dan juga Ipoh. 
 
Dibantu 2 orang pekerja, Yek menyiapkan tempahan-tempahan pelanggan di bengkel yang bersambung dengan rumahnya. Arifin dan Abdullah, kedua-duanya berumur 28 tahun dan masih bujang. Arifin ada asas kimpalan besi dari Giat Mara. Abdullah pula TLDM yang lari dari kem sebab gangguan. Gangguan macam mana? Setiap kali baca berita pembunuhan di ‘paper’, dia rasakan dialah pembunuhnya. Kacauuu…
 
Tengahari tu, kami makan bersama-sama. Dapatlah berbual dengan mereka sambil makan pulut dengan ayam masak sambal daun kunyit. Sedap betul. Kira ‘Ubat’ diabetes la. Ada daging rebus hiris tipis, cicah sambal kicap cili.
 
Jadi sesiapa sekitar Ipoh, perlukan kerja-kerja kimpalan dengan upah yang berpatutan (berbincanglah dengannya, sapa lagi nak bantu orang Islam, kalau bukan sesama Muslim) boleh hubungi Yek. Kerjanya kemas. Dia boleh buat gril rumah, owning, reban unggas moden dari besi. Anjang, baru tengok rangka pun dah seronok. Dengan pintu yang kemas. Seluruh kerangka bercat 2 lapis. Bumbung hijau yang menarik. Jaring berkualiti, bersalut plastik agar tahan lama (ketika itu belum dipasang). Mudah-mudahan kacukan ayam katik + ayam hutan yang Arifin Man nak beri tu akan selesa di kediaman baru mereka.
Ok, jumpa lagi. 
 
RTS, Tg Malim.
9.11am, Okt 1, 2013
P/s No hp Yek: 
0137055400
 
  • rumah orkid besi (41)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “***Bengkel Besi Yek di SMTD***

  • June 28, 2014 at 12:08 pm
    Permalink

    t. kasih atas maklumat ni ustaz. mmg bercadang nak upgrade reban ayam kampung di teluk intan

    Reply
    • June 29, 2014 at 2:58 pm
      Permalink

      dukacita dimaklumkan pd Fahmi, Ust Yek telah meninggal dunia di hari raya korban tahun lepas. saya ada memuatkan berita itu di post atas tajuk ‘yek@jamanori dalam kenangan. al fatihah utk roh beliau…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *