Ya Allah! Sembuhkan Dato’ Syed Omar Al Idrus

Kongsikan kepada yang lain
Share

Image

Salam ceria,

Petang tadi ada kawan-kawan sampaikan berita:
 
Slm. Mohon doa semua. YBM Dato’ Syed Omar Al Idrus sebagai Engku Kelana di Raja Terengganu ( Cucu kpd Tokku Paloh / simpati kuat di zmn rqam dulu) sedang tenat di hospital Nur Zahirah Kuala Terengganu kerana pendarahan dalam otak.
 
Anjang kongsikan pada kepada contacts BBM, maka bertalu-talu bb berbunyi, semuanya penuh dengan doa ringkas kepada beliau, moga disehatkan dari penyakit dsb.
 
Anjang rasa, semua orang terkenangkan jasa beliau pada Islam. Anjang pun begitu. Tak lah kenal secara personal dengannya tetapi pernah mengikuti kuliahnya. Lama dah. Semasa anjang belajar di Melaka, 1986. Waktu itu umur baru 16 tahun, tapi atas prihatin Ustaz-ustaz di bawa kami ke Kuala Trengganu untuk mengikuti kuliah Syed Omar bin Abdul Kadir Al Idrus.
 
Almarhum Ust Mustafa Khusaini yang ketika itu Muraqib di Alai dan Ust Zaki@Khomsin yang bergilir-gilir drive ke KT. Jauh tu dari Melaka ke KT!!. Rasanya ikut jalan Mancis yang berliku-liku macam ular kena palu. Bawa laju giler, maklumlah orang muda, dapat stereng. Rupa-rupanya, ramai yang datang, dari seluruh pelusuk tanahair untuk mendengar kuliah bertajuk “Alam Kerohanian” (kalau tak silap anjang la)
 
Beliau mengupas persoalan kerohanian dalam Islam dengan membawa hujah-hujah dari kitab-kitab dan kisah-kisah para salafussoleh dan aulia Allah. Sangat menarik penerangannya. Jelas, lantang, berani dan meyakinkan. Walaupun dari sudut fizikalnya anjang lihat, dia seorang yang agak kecil dan kurus (mungkin kerana menjalani kehidupan sufi yang banyak berpuasa) tetapi keberkatan datuknya, seorang wali Allah terkenal, Tukku Paloh jelas mengalir pada beliau yang sangat berani melontarkan ilmu yang agak asing pada awam manusia. Air mukanya jernih dan menenangkan. Itulah kali pertama anjang berpeluang bertemunya dan hingga saat ini, belum Allah izinkan bertemu lagi.
 
Anjang doakan agar Engku Kelana di Raja Terengganu, Dato’ Syed Omar bin Abdul Kadir Al Idrus diberi kesihatan oleh Allah yang Hannan Wal Mannan, segera sembuh dan dapat terus berkhidmat untuk seluruh muslimin dengan ilmu dan keberkatannya. Amin, ya Allah.
 
Depan Butik Siti Khatijah, TM
9.20pm, Okt 5, 2013
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Ya Allah! Sembuhkan Dato’ Syed Omar Al Idrus

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *