***Ibadah Korban iii***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Kulit, lemak, daging, susu, kaki, kepala dan bulu-bulunya 

Haram dijual oleh orang melakukan ibadah korban sama ada wajib atau sunat. 
 
Bahagian atau anggota sembelihan korban tidak harus dikhususkan kepada tukang sembelih sebagai upah melakukan sembelihan kecuali bahagian atau anggota tersebut diberikan oleh individu yang melakukan korban. 
 
Sunat bagi individu yang melakukan korban sunat (tatawu’) memakan daging korbannya. 
 
Pembahagian Daging korban
i. Korban wajib atau nazar: 
Wajib semua dagingnya termasuk kulit dan tanduk disedekahkan kepada orang fakir dan miskin dan haram bagi pihak orang yang berkorban memakan dagingnya atau memanfaatkan sembelihan itu untuk kepentingan dirinya
 
ii. Pembahagian daging korban sunat:
A- Qaul jadid: 
i.1/3  – untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan  ahli keluarganya. 
ii.1/3 untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin. 
iii.1/3 untuk dihadiahkan kepada sahabat handai  termasuk orang kaya atau jiran-jiran. 
 
B- Qaul qadim: 
i. ½ – untuk dimakan oleh pihak yang berkorban dan  ahli keluarganya. 
ii. ½ – untuk disedekahkan kepada fakir dan miskin. 
 
C- Qaul asah 
Wajib disedekahkan daging walaupun dengan kadar yang sedikit
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *