***Anggur Last Kopek***

Kongsikan kepada yang lain
Share

IMG_00004026‎Salam ceria.
Anjang kerap ke rumah Dr Hisham At Tamimi. Rasanya dah lebih 5 kali. Sejak beberapa tahun kebelakangan ni. Tetapi bukan rezki anjang kerana setiap kali pergi tak tepat masanya dengan waktu buah-buahan dipetik khususnya anggur. Selalunya pergi ketika buah masih putik atau masih muda, belum sampai masa masak untuk dipetik.

Lagipun, pergi ziarah bukan kerana nak makan anggur. Ziarah kerana mengeratkan silaturrahim. Dr Hisham At Tamimi adalah mantan pensyarah di Universiti Jordan. Dia amat menyayangi Abuya. Dia dah macam keluarga bagi kami di sini. Abdul Rahman, Hatim anak-anak Dr Hisham dah macam adik beradik kami. Mereka adalah dari keluarga At Tamimi berasal dari Khalil/Hebron, Palestin.

Orang Palestin dari Khalil‎ terkenal pakar pertanian. Malah ayah Dr Hisham adalah seorang yang sangat pakar dalam tanaman anggur. Kepakaran itu diwarisi oleh Dr Hisham dan dia mengisi masa lapangnya dengan berbakti kepada tanah di sekitar rumahnya di Madaba dan kebunnya dekat dengan ‘Uyun Musa. Rumah Dr Hisham sendiri tidak jauh dari ‘Uyun Musa dan Jabal Nebo.

Semalam Tn Inam pelawa anjang menziarahi Dr Hisham dan kami menuju ke rumahnya dengan menaiki Dodge merah. Seperti biasa, Dr Hisham menyambut kami di pintu pagar dan mengalu-alukan kami di dewan untuk tetamunya. Selepas bertanya khabar dengannya, Hatim, anaknya yang lumpuh masuk ke ruang tamu dengan wheelchair khas yang boleh dikawal dengan remote di tangan bersalaman dengan kami. Begitu juga Abd Rahman dan Malik, anak saudara Dr.

Memang dah rezki kami, tak lama selepas itu Hatim keluar dan masuk semula dengan beberapa gugus buah anggur segar. Anggur ‘last kopek’ untuk musim tahun ini. Ketika itu, anjang terpaksa langgar pantang untuk menikmati keenakan anggur hijau dan hitam yang sangat manis dan rangup. Sedapnya!!! Manis, rangup, banyak air, segar, terbaikkk dari ladang.

Moga Allah rahmati kita semua, diampunkan dosa-dosa, dimasukkan ke syurga dan diizinkan kita semua menikmati anggur di sana kelak. Sudah tentu jauh lebih enak dari anggur Dr Hisham At Tamimi. Amiiin.

Homestay Jerash, Jordan.
12.49am, Okt 21, 2013

P/s Dari ustaz ana, Ust Chek Khairil Anwar Al Mahboob: Asal usul istilah= last kopek. Org Amerika komen/kutuk/perli org2 Rusia yg sengkek2. “to the last Kopeck”Kopeck= sen Rusia
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *