Tembak Di Muka Guna Pump Gun

Kongsikan kepada yang lain
Share

xpix_gal1.pagespeed.ic.z7JsYm7GBt‎Apa dah jadi dengan orang Malaysia?

Kerana duit sanggup tembak muka orang yang dikenali,
satu tempat kerja,
menggunakan pump gun…

Di mana belas kasihan?
Di mana budi pekerti?
Di mana kesopanan dan kesusilaan?
Di mana takut Tuhan?
Di mana beriman kepada hari pembalasan?
Masih tak yakin ‘cinta dunia itu punca segala kesalahan?!

‎Pegawai bank ditembak mati
pengawal keselamatan yang merompak

OCTOBER 23, 2013

Kejadian rompakan yang mengorbankan nyawa seorang pekerja Ambank.
Seorang pegawai bank wanita berusia 37 tahun yang bertugas di Ambank maut akibat ditembak di kepalanya oleh seorang pengawal keselamatan yang merompak wang di bilik kebal bank tempat mangsa bekerja di Jalan USJ 2 Sentral petang ini.

Gambar suspek yang berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup.
Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, difahamkan memasuki bilik berkenaan bersama empat lagi pegawai bank serta suspek untuk menyimpan wang.

Menurut Utusan Malaysia, suspek berusia 37 tahun kemudian melarikan diri dengan motosikal bersama sejumlah wang yang setakat ini belum dapat dipastikan jumlahnya.

Polis masih menyiasat kejadian itu. – 23 Oktober, 2013.

‎Fakta:
Ambank no.5&7, jln usj sentral2 usj sentral subang jaya. Mangsa kerja sebagai opration officer ambank nama Noazita bt abu talib u/37thn.kerja selama 16thn dgn ambank. Kejadian pada 23.10.13 jam l/kurang 1818hrs di bilik kebal telah berlaku kejadian tembakan daripada saspek nama Ardi bin Hamza u/37thn beralamat jalan apas batu 2 no70 tawau sabah, senjata jenis pumpgun, sebanyak 1 das tembakan mengenai muka mangsa ketika sedang membuka peti kebal dan nelarikan wang dlm jumlah yng tidak diketahui, kenderaan saspek gunakan sedang di kesan disyaki motosikal, pihak forensik ipk selangor telah dimaklumkan dan dlm perjalanan.senasa kejadian seramai 5 staf termasuk saspek
Sent from my BlackBerry 10 smartphone.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *