Bagaimana Cara untuk Menguji Gula dalam Darah

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Mari kita menambah info tentang penyakit diabetes, mungkin ia berguna untuk kita atau ahli keluarga kita suatu hari nanti. Terima kasih kepada Dr Zubaidi atas artikelnya yang memberi manfaat kepada kita semua, insyaAllah. Selamat membaca.

Ujian pemeriksaan glucose dalam darah adalah penting bagi pesakit diabetik. Glucose yang terhasil dari penghadaman makanan karbohidrat, menjadi sumber utama tenaga dalam badan. Insulin yang dikeluarkan dari organ pancreas membantu tubuh menggunakan glucose ini bagi menghasilkan tenaga.

Biasanya kandungan glucose dalam badan akan meningkat sedikit selepas makan, lalu menyebabkan pancreas mengeluarkan insulin bagi mengawal kandungan gula. Tahap gula yang tinggi akan merosakkan mata, ginjal, saraf dan saluran darah.

Pemeriksaan darah dilakukan dengan mengambil sedikit titisan darah dari hujung jari atau mana-mana bahagian badan dan diletakkan ke atas strip yang disediakan pada mesin glucometer.

Beberapa jenis pemeriksaan glucose yang dijalankan:

  • Fasting blood sugar (FBS)atau pemeriksaan glucose ketika berpuasa. Ia adalah pemeriksaan yang dijalankan apabila seseorang itu tidak mengambil apa-apa makanan sekurang-kurangnya 8 jam.
  • 2-hour postprandial blood sugar (2HPP) atau pemeriksaan glucose 2 jam selepas mula makan. Ia akan menguji keberkesanan pankreas mengeluarkan insulin bagi mengawal gula.
  • Random blood sugar (RBS) atau pemeriksaan gula tanpa perlu berpuasa. Ia adalah ujian rawak bagi mengesan kandungan gula seseorang. Jika bacaannya terlalu tinggi, ia bermakna pesakit mungkin menghadapi masalah diabetes. Namun ia bukan ujian pengesahkan (confirmatory) untuk mendiagnosa seseorang itu mengalami diabetes.
  • Oral glucose tolerance test (OGTT)ia adalah ujian pemeriksaan gula bagi membuat diagnosis diabetes di kalangan wanita hamil dan orang biasa. Pesakit diminta untuk minum air gula. Pemeriksaan darah dilakukan sebelum dan selepas minum air gula.

Bacaan Glucose yang Normal

Bagi ‘Fasting Blood Glucose’

Bacaan Glucose Indikasi
From 70 – 99 mg/dL (3.9 – 5.5 mmol/L) Normal
From 100 – 125 mg/dL (5.6 – 6.9 mmol/L) Berisiko untuk mendapat diabetes
126 mg/dL (7.0 mmol/L) dan ke atas Diabetes

Bagi ‘Oral Glucose Tolerance Test’ (OGTT)

Bacaan ini untuk orang biasa (bukan wanita hamil). Pemeriksaan darah selepas 2 jam meminum 75-gram air glucose.

Tahap Glucose Indikasi
Kurang dari 140 mg/dL (7.8 mmol/L) Normal
140 – 200 mg/dL (7.8 – 11.1 mmol/L) Risiko untuk mendapat diabetes
Lebih 200 mg/dL (11.1 mmol/L) Diabetes

Bacaan glucose yang normal dalam darah ialah kurang dari 5.5 mmol/L, apabila seseorang itu berpuasa dan kurang dari 7.0 jika diuji 2 jam selepas makan. Selepas 3 jam, kandungan glucose akan turun kurang dari 6.0 mmol/L.

Jika bacaan glucose melebih bacaan ini, selalunya akan menyebabkan komplikasi mata, buah pinggang dan jantung. Oleh itu bacaan gula yang baik harus rendah iaitu kurang 5 mmol/L sebelum makan dan kurang 6 mmol/L selepas makan.

Jadi jika anda seorang penghidap diabetes, menguji gula dalam darah adalah sebahagian pengurusan diri yang amat penting. Setiap pesakit diabetes harus mengetahui berapa kerapdan bilaujian pemeriksaan ini harus dilakukan.

Kekerapan ujian dilakukan

Ramai pesakit diabetic yang menyangka pemeriksaan darah untuk mengetahui kandungan glucose dalam darah setiap empat bulan sekali sudah mencukupi.

Inilah yang sering berlaku pada warga tua yang menjalani rawatan di pusat kesihatan kerajaan empat bulan sekali. Ada yang cuba menipu doktor dengan menjaga pemakanan bersungguh-sungguh beberapa hari sebelum hari pemeriksaan dengan harapan bacaan glucose mereka normal. Jika tidak, tentu dimarahi doktor yang bertugas.

Ini adalah suatu tindakan salah. Pemeriksaan darah untuk mengetahui kandungan glucose dalam darah seharusnya dilakukan sekerap mungkin.

Bagaimana Cara untuk Menguji Gula dalam Darah | Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis
http://drzubaidi.com/blog/?p=1720

  • bacaan gula dalam darah (72)
  • bacaan kencing manis (56)
  • bacaan gula normal (40)
  • bacaan gula dalam darah ibu mengandung (25)
  • bacaan normal kencing manis (18)
  • kurang gula dalam badan (18)
  • bacaan gula dalam darah yang normal (11)
  • bacaan diabetes (10)
Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

6 thoughts on “Bagaimana Cara untuk Menguji Gula dalam Darah

  • January 5, 2015 at 8:34 pm
    Permalink

    Kasiat daun misai kucing

    Hampir keseluruhan bahagian pokoknya boleh digunakan. Kehebatan penyembuhan pokok misai kucing ini adalah lantaran kandungan kimianya yang hebat seperti cirsimaritin, myoinositol, orthosiphon, pillion, rhamnasin, bmlt oioioldsalvigenin, kerotin, kerotinoid, minyak pati, flavanoid, glukosid, glikoprotein, saponin dan terpenoid. Misai kucing telah terkenal sejak turun temurun kerana dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Juga dapat membantu tubuh mengeluarkan bendalir berlebihan terutamanya dari sendi. Mengandungi kandungan kalium yang mencukupi untuk menggantikan kehilangan kalium dari badan semasa pembuangan air kencing. Ia juga tidak mendatangkan masalah pada buah pinggang seperti kebanyakan ubat-ubat moden. Dapat juga merawat penyakit lain seperti gout, athriris, reumatik dan penyakit batu karang, selain dapat mencegah pembentukan batu karang dan jangkitan saluran kencing, diabetes and nephritis. arteriosclerosis (capillary dan masalah peredaran darah), Terkenal juga dengan khasiatnya untuk merawat kencing manis, mengurangkan kadar kolesterol darah, menurunkan tekanan darah tinggi dan melegakan kekejangan smooth muscle pada dinding organ dalaman disamping sifat antiseptiknya.

    Reply
  • January 5, 2015 at 8:36 pm
    Permalink

    Salam..sy ada menjual daun misai kucing kering.secara borong….500 gram sy jual rm50..cara pengunaan..rendam kn dlm gelas di isi air panas..biar kan selama 5 minit..rasa seperti teh tapi.berkasiat menurunkan gula dalam darah..menurunkan darah tinggi..menjaga buah pinggag…sejukan badan..call sy xpun msg sy x pun wasap sy kat nombor 0174687570…mohd zuhairi..andai ada herba kazanah…hargaii…jangan biar kan penyakit menjejaskan nyawa anda.

    Reply
  • October 15, 2015 at 12:42 pm
    Permalink

    Ingin berkongsi dengan semua akan khasiat daun Bismillah..yg amat mujarab utk turunkan gula dlm darah,
    Hanya rendam dlm air panas biarkn sejuk boleh minum,tidaklah pahit sqngat..tapi bagus diamalkan utk yg ada darah tinggi jga dinasihatkna…
    Cari yg dri alam semulajadi..
    Kerana kita dari tanah..

    InSha Allah kembali ke tanah…

    Reply
  • October 20, 2015 at 5:06 pm
    Permalink

    Thanks for finally writing about >Bagaimana Cara untuk
    Menguji Gula dalam Darah | AnjangMuor’s Travelog <Liked it!

    Reply
  • June 11, 2016 at 1:34 pm
    Permalink

    Saya menguji tahap gula dalam darah selepas makan dan bacaan yang tertera pada alat penguji tersebut ialah 4.6. Apakah maksud bacaan itu?…terimakasih

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *