87 mayat pendatang ditemui di gurun Niger

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria. 

Kematian itu pasti. Bila sampai ajal, kematian akan datang juga. Di jalanraya, di tempat kerja, di hospital, di rumah, di sungai dan tasik, laut juga di padang pasir yang tiada manusia. Orang tua, dewasa, remaja, kanak-kanak, lelaki, perempuan tidak mengira usia. Sampai masa dan ketika, akan dipanggil jua. Pemburu dunia, pemburu akhirat, penyembah Allah, penyembah nafsu, pejuang agama, pejuang perut dan poket semata, semua akan ke sana. Berseorangan, berdua, beramai-ramai, mati serentak, mati seorang demi seorang, mati dibunuh, kemalangan, sakit tua, sakit berjangkit, sakit kronik atau tak sakit pun mati juga.

Lalu mengapa aku tak mahu menjadi orang yang cerdik dengan sentiasa mengingati mati dan bersiap untuk ke sana? Moga aku mendapat rasa gentar denganNya.

DQ, Irbid

9.20am, Okt 31, 2013Image

87 mayat pendatang ditemui di gurun Niger

 

NIAMEY: Mayat 87 pendatang ditemui hari ini di gurun Niger selepas mati kehausan cuma beberapa kilometer dari sempadan Algeria iaitu destinasi mereka, kata sumber.Mayat tujuh lelaki, 32 wanita dan 48 kanak-kanak selain lima wanita dan kanak-kanak perempuann yang ditemui lebih awal.Kesemua mangsa dikatakan mati pada awal Oktober selepas gagal sampai ke Algeria selepas memulakan perjalanan pada akhir September. – AFP

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “87 mayat pendatang ditemui di gurun Niger

  • October 31, 2013 at 8:36 am
    Permalink

    Aminn…semoga kita semua dapat rasa gementar bila nama Allah di sebut. Ya Allah… tolonglah beri kami anugerah itu..supaya kami mampu meneruskan perjuangan menegakkan AgamaMu.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *