Video Montaj YKPPM

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Semasa mendengar ucapan YDP YKPPM Puan Ibu Hatijah Aam yang akan dimuatkan di dalam profail YKPPM, dibacakan buat kali pertamanya di Batu Hampar, semua yang mendengarnya teruja dengan tema:
“Gembirakanlah hamba Allah
Nescaya Allah akan gembirakan kita‎”
Satu motto yang sangat bersifat roh kerana ia diilhamkan di waktu malam atau di awal pagi ketika hati penulisnya sedang merintih dengan Tuhan.

Dato’ Zuraidah Mohd Said CEO Menara KL dalam ucapan perasmian pelancaran dan penjenamaan semula YKPPM baru-baru ini pun teruja dengan tema YKPPM yang membawa maksud yang sangat mendalam. Mengajak manusia berkasih sayang dengan saling tolong menolong. Lebih-lebih lagi ianya dijadikan lagu lalu dialunkan. Ditambah pula dengan sedikit lakonan yang menginsafkan. Sangat baik ditonton untuk menghidupkan roh saling bantu membantu dan tolong menolong. Allah sendiri menyeru kita agar bertolong bantu dalam kebaikan, kebajikan dan ketakwaan.

Semalam, En Ali Tahir berkongsi video montaj ini kepada kita semua, bagi sesiapa yang tidak sempat memuat turunkannya, insyaAllah boleh menontonnya di website YKPPM di link:
Http://ykppm.org
Atau
Terus ‘download’ dari ‘link’ di bawah, terima kasih kepada Puan Ibu kerana berkongsi perasaannya terhadap umat ini yang mempunyai Tuhan yang sama tetapi tidak mampu bersatu dan berkasih sayang. Terima kasih juga buat GH yang berusaha mempersembahkan gagasan tersebut dalam melodi dan montaj yang menarik, juga buat En Ali Tahir yang berkongsi dengan kita semua seperti di bawah:

Promo YKPPM
Sedikit perkongsian penjenamaan semula Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Perubatan Malaysia (YKPPM)

‎Allah Maha membuat kebajikan
Allah Maha melaksanakan perkhidmatan
Jadilah hamba Allah yang suka berkhidmat kepada manusia
Yang melakukan kebajikan
Gembirakanlah hamba Allah
Nescaya Allah akan gembirakan kita

Montage video
http://www.owclondon.co.uk/wp-content/uploads/2013/11/video-montage-song-ykppm.mp4

Montage song
http://www.owclondon.co.uk/wp-content/uploads/2013/11/montage-song-ykppm.mp3

 

DQ, Irbid.

6.20am, Nov 3, 2013

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *