Terowong kerajaan Uthmaniyah akhirnya menjadi kenyataan

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria,
Membina tamadun lahir yang memberi kemudahan lahiriah kepada bani Insan perlukan masa yang lama, kepakaran yang tinggi, tenaga kerja yang bukan sedikit, kerjasama dari beberapa pihak melangkaui sempadan geografi dan politik malah melibatkan kewangan yang sangat banyak.

Betapalah jika yang ingin dibina fikiran, jiwa dan perasaan. Yang nak disuburkan adalah rasa-rasa seorang hamba terhadap khaliqnya. Malu, takut, gementar, cemas, bimbang, rasa bersalah, rasa tak selamat, harap, tawakkal, sabar, redha, syukur dll.

Sudah tentu memerlukan masa yang panjang oleh peribadi yang sangat pakar dengan bantuan dari Allah Taala, Tuhan pencipta manusia.
Salam Awal Muharram 1435H,
Ampun maaf.
Homestay Ikhwan, Irbid
2.50pm, Nov 5, 2013

lu_06.1

Seorang pekerja memeriksa keadaan di stesen Uskudar Marmaray sebelum majlis perasmiannya di Istanbul pada 29 Oktober lalu. – AFP

PADA 1845, pemerintah empayar Uthmaniyah, Sultan Abdulhamid II tampil dengan idea untuk membina terowong di dasar laut merentasi Selat Bosphorus di Turki bagi menghubungkan benua Asia dan Eropah.
Namun rancangannya itu tidak kesampaian ekoran Perang Dunia Pertama, sekali gus memaksa kerajaan Uthmaniyah membatalkan projek mega terbabit.
Kini selepas 150 tahun berlalu, Turki menjadi tumpuan dunia apabila Perdana Menteri Turki, Reccep Tayyip Erdogan merasmikan projek terowong kereta api bawah laut pertama di dunia yang menghubungkan dua benua, dikenali sebagai Terowong Marmaray, sekali gus menyaksikan impian Sultan Abdulhamid II menjadi kenyataan.
Erdogan mengilhamkan idea Sultan Abdulhamid II itu ketika beliau menjadi Datuk Bandar Turki pada 2004, dan akhirnya fasa pertama projek tersebut dirasmikan dalam satu majlis gilang-gemilang pada 29 Oktober lalu dengan disaksikan Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, dan Presiden Somalia, Hassan Sheikh Mohamud dan Presiden Turki, Abdullah Gul.
Terowong Marmaray, nama yang diambil sempena nama Laut Marmara, manakala ray bermaksud landasan kereta api dalam bahasa Turki, dianggarkan menelan kos RM12.8 bilion, dengan jarak sepanjang 13.6 kilometer merentasi Selat Bosphorus dan dibina 60 meter di bawah paras laut.
Projek itu menyediakan perkhidmatan kereta api yang mampu menampung kira-kira 1.5 juta penumpang setiap hari, dengan purata 75,000 penumpang setiap jam dari kedua-dua arah.
Malah dengan siapnya sistem kereta api yang dibina dengan kerjasama Turki-Jepun itu mampu menghubungkan benua Asia dan Eropah hanya dalam tempoh empat minit perjalanan.
Meskipun projek terowong terbabit masih belum siap sepenuhnya dan dijangka mengambil masa selama beberapa tahun lagi untuk disiapkan, namun penduduk Turki bangga dengan projek mega yang dilaksanakan oleh Erdogan itu yang membawa manfaat besar.
Dengan wujudnya kemudahan itu, proses perdagangan di Laluan Sutera dimodenkan dan dipermudahkan lagi melalui perkhidmatan kereta api yang lebih pantas, berbanding penggunaan jambatan yang sesak dan perkhidmatan feri.
Malah ia juga membuka perdagangan yang lebih luas antara negara Eropah dan China dengan menggunakan perkhidmatan kereta api yang disediakan.
Selain itu, masalah kesesakan yang dihadapi kira-kira dua juta pengguna yang menggunakan tiga buah jambatan yang merentasi Selat Bosphorus pada setiap hari, dapat dikurangkan sebanyak 20 peratus dengan pembinaan terowong terbabit.
Kementerian Kewangan memberikan kontrak pembinaan projek berkenaan kepada konsortium Turki-Jepun yang diketuai oleh syarikat pembinaan Taisei.
Antara syarikat pembinaan lain yang turut terlibat dalam projek berkenaan ialah Kumagai Gumi dari Jepun, Gama Endustri Tesisleri Imalat ve Montaj dan Nurol Construction and Trade dari Turkey.
Bagaimanapun, pembinaan terowong itu mencetuskan kontroversi apabila Erdogan dituduh menggunakan projek berkenaan sebagai kempen politik.
Kumpulan pembangkang mendakwa Erdogan mempercepatkan tarikh perasmian Terowong Marmaray sebagai modal kempen menjelang pilihan raya perbandaran pada Mac tahun depan.
Selain itu, beberapa kumpulan anti-kerajaan turut mengambil kesempatan mengecam Erdogan dengan melemparkan tuduhan bahawa projek mega itu menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah dan memusnahkan alam sekitar.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “Terowong kerajaan Uthmaniyah akhirnya menjadi kenyataan

  • November 7, 2013 at 2:06 am
    Permalink

    Assalam en anjang
    kalau tak silap syarikat Kumagai Gumi dari jepun adalah syarikat yg sama dapat kontrak buat lebuhraya utara selatan di malaysia pada penghujung tahun 80 an

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *