Makan, belajar dan wirid.

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Diantara makan, belajar dan wirid yang mana lebih penting?
Hisham sedang buat واجب المنزلي , bila Wafi membawa hidangan setalam nasi goreng dan semangkuk sambal telur.

IMG_00004339

Sedangkan Wafi tak makan malam. Makan tengahari pun tak. Diet katanya. Dia sarapan je. Badannya tampak lebih kurus dari dulu. Kemahiran memasaknya pun semakin meningkat. En Lan puas hati. Beliau seronok tengok Wafi masak dan kadang-kadang dia sendiri menghidang ke meja pelanggan. Confident budaknya. baru 16thn. Cuma En Zul tak berkenan cara Wafi masak nasi goreng. Dia modified resepi. Dicampurkan dengan sup, bagi rasa sup katanya. Ya, memang ada sedapnya tapi Wafi tak perasan ia menghilangkan keaslian rasa nasi goreng. Nasi goreng sepatutnya kering air dan sedikit berminyak. Kalau nak sup, patutnya dihidang dalam mangkuk lain. Mangkuk kecil. Boleh dituang atau dihirup sewaktu makan. Kalau bersiap untuk solat atau ke kelas, cemas kita dibuatnya. Wangi satu rumah. Ada sikit kebolehan memicit, bukan mengurut. Setakat picit je. Mungkin kerana badannya yang besar dan bertenaga, dia boleh memicit dengan baik.
Sham baru 15 tahun, dulu bahagian uli doh roti canai. Dah agak mahir. Korang mesti cuak, badan kecik, uli roti 5-7kg. Sebenarnya bukan dia uli direct guna kudratnya. Mana larat. Dia uli guna mesin uli 15kg. Anjang beli 2nd masa mula-mula buka MNM dulu. Pastu secara tak rasmi, dia bantu Shuk hasilkan produk TVI. Disamping itu dia selalu disuruh ke sini ke sana oleh kawan-kawanya. Bantu beli barang di kedai atau ambil nasi dan lauk dari rmh muslimah.
Keduanya dah boleh jadi imam sembahyang berjemaah. Alhamdulillah. Cuma bahasa Arabnya masih perlu di’up grade’kan. Moga dengan banyak bergaul, pertuturan Bahasa Arabnya dapat diperkasakan.
Jadi mana lebih penting?
Makan untuk kekuatan fizikal, belajar untuk menambah kekuatan akal, wirid zikir untuk menambah kekuatan roh, jadi mana yang lebih penting?

DQ, Irbid.
9.21pm, Dis 2013.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

2 thoughts on “Makan, belajar dan wirid.

  • November 7, 2013 at 12:25 am
    Permalink

    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهْ
    Ketiga² itu penting, cuma hanya tinggal mana yang dahulu didahulukan dan yang kemudian dikemudiankan.
    والله أعلم

    مأف زهير دان باتين (•͡.̮•͡) mzb

    Reply
    • November 7, 2013 at 2:44 am
      Permalink

      Setuju bhai… ketiga-tiganya betul.. cuma turutannya saja…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *