***Jabal Qal’ah Amman***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Amman adalah ibu negara Jordan. Orang yang tidak tahu menyangka ianya bahasa Arab dari perkataan aman walhal sebenarnya bukan begitu. Nama Amman diambil sempena dengan nama salah satu tuhan orang-orang Rom iaitu tuhan Ammun sebelum kelahiran Nabi Isa AS. Di zaman kegemilangan Yunani (sebelum Rom) ia diberi nama Philadelphia. Amman sebenarnya adalah salah satu bandar tertua di dunia. Di awal pemerintahan Islam, tanah di sekitar Jordan ini masih di bawah pemerintahan Rom sebab itu dikira sebagai di luar jaziratul Arabiyah. Perlu diingat, peperangan pertama di luar semenanjung Tanah Arab oleh tentera Islam adalah di Muktah, Jordan.
Pagi semalam kami berpeluang menziarahi Jabal Qal’ah, salah satu tempat yang wajib dikunjungi pelancong jika menziarahi kota Amman. Ia merupakan sebuah bandar lama di atas bukit yang dikelilingi dengan kota atau benteng batu. Asalnya sebagai pusat pemerintahan zaman dahulu. Terdapat kesan-kesan binaan yang hebat tetapi semuanya telah berjaya dikuasai oleh pejuang-pejuang Islam yang sanggup mati untuk Tuhan.
Moga semakin besarlah cita-cita para pejuang hasil dari memerhatikan kesan keruntuhan empayar Rom yang hebat di tangan para sahabat yang gagah berani. Sahabat-sahabat yang cintakan Allah dan Rasul lebih dari selainnya. Rindunya kepada kematian dan pertemuan dengan Allah, menghilangkan takut dengan tetakan pedang dan tujahan lembing serta hujan anak panah yang tajam beracun.
Ya Allah, jadikanlah semua kami pejuang yang sanggup bersusah payah menyemai kasih sayang di tengah masyarakat. Memberi mereka keimanan dan keamanan. Agar dunia kembali aman makmur dan mendapat keampunanMu. Amin ya robb…
DQ, Irbid
2.16am, Nov 8, 2013

IMG_00004411.jpg

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *