***Pak Mat dalam Kenangan***

Kongsikan kepada yang lain
Share


En Jaafar Ahmad memberi penghormatan terakhir buat ayah kesayangannya yang pergi menghadap Tuhannya.

Salam takziah buat keluarga Pak Mat atas pemergiannya ke negara abadi meninggalkan semua insan-insan kesayangannya, membawa amalan baktinya bertemu Allah swt. Moga Allah merahmati roh beliau, memberi keampunanNya yang luas, menempatkannya bersama para kekasihNya dari kalangan As Siddiqin dan As Solihin.

Seorang bekas tentera yang sangat tegas dengan anak-anaknya. Berdisiplin mengatur aktiviti hidupnya hingga melahirkan berbagai aktiviti ekonomi dalam jemaah. Malah Pak Mat mendapat gelaran dari usaha-usaha ekonomi Islam yang beliau lagangkan. Kadang-kadang dipanggil Pak Mat Ayam, ada masanya disebut Pak Mat Oren, semuanya kerana jasa beliau dalam perusahan-perusahan tersebut.

Dari mudanya hingga berumur kita lihat Pak Mat sangat gigih berusaha. Di akhir-akhir sebelum beliau banyak duduk di rumah, Pak Mat jika keluar telah mula berstokin kerana penyakit kencing manis yang beliau hidapi mula merosakkan saraf-saraf anggotanya khasnya kaki yang jika luka amat payah untuk sembuh.

Bertahun Pak Mat sakit terlantar di rumah ditemani oleh isterinya Kak Siti bersama doa yang tak putus-putus dari anak menantu serta insan yang menyayanginya. Kali terakhir anjang menziarahinya bersama Us Ali Bakeri yang sentiasa berkhidmat membantu Pak Mat terutama untuk membawanya mengambil angin di luar rumah atau ketika memandikannya.Ketika itu, ingatan Pak Mat sudah terjejas. Anjang perhatikan, Pak Mat mengulang soalan yang sama kepada anjang beberapa kali walaupun anjang baru menjawabnya. Pun begitu, beliau masih mengenali anjang.

Balik dari Jordan anjang dengar Pak Mat ditahan di wad. Dan seperti kawan-kawan yang lain, kita sama-sama dapat berita pemergian Pak Mat semalam, sedangkan janji Tuhan itu juga akan berlaku pada kita.

Salam ydk semua, takziah di atas kembalinya Hj Ahmad Bin Mat Lazim ke rahmatullah baru sebentar tadi pada jam 6:40 ptg di rumahnya no 32, jln desa 12/1, BCH. Semuga Allah merahmati ruhnya. Alfatihah

Diikuti pengumuman dari En Jaafar:

Salam. Maklumat daripada anakanda almarhum Pak Mat, En Jaafar: Jenazah akan disembahyangkan pada jam 10:30 mlm di surau kita bch.

En Jaafar juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat menguruskan jenazah ayahandnya dalam mesejnya di awal pagi tadi:

Alhamdulillah urusan pengkebumian telah selesai. Terima kasih kpd semua yg terlibat mengurus jenazah. Semuga Allah membalasi jasabaik tuan/puan itu. Syukran

Moga rohnya bahagia di alam sana. Al Fatihah.

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

One thought on “***Pak Mat dalam Kenangan***

  • November 17, 2013 at 1:09 am
    Permalink

    Didoakan semoga segala amal baktinya kepada Ekonomi Islam serta meninggalkan anak2 yang soleh berjuang menegakkan Islam akan dapat membantu menyelamatkan Beliou dialam barzah seterusnya diakhirat nanti. Kita yang tingal ini sgar dapat bersedia menghadapi hari yang mana x dapat dielakkan bagi setiap Insan. Agar sama ingat mengingat dapat membantu menambah bekalan menghadapi perjalanan yang begitu jauh tampa hujungnya…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *