***Bocor Dokumen Rasmi- Cuti Jumaat***

Kongsikan kepada yang lain
Share

Salam ceria.
Dalam Sinar Harian Edisi Johor ada berita tentang pembocoran rahsia ura-ura kerajaan Johor ingin menukar cuti mingguan dari hari Ahad ke hari Jumaat. Dalam grup BBM Johor pun dah keluar isu ini. Macam-macam pendapat yang kawan-kawan beri. Anjang asalnya tak rasa penting sangat isu ini kerana staf GISB tak meletakkan diri mereka sebagai staf atau pekerja. Masing-masing nak jadi pejuang. Bila nak jadi pejuang secara automatik berubah cara berfikir dan berperasaan terhadap tugas.

Bila amanah yang diberi diyakini sebagai tugas perjuangan, perjuangan untuk manusia semakin takutkan Tuhan dan rindukan Nabi. Perjuangan agar syariat Allah lahir dan batin diamalkan oleh umat Islam. Perjuangan agar fardhu ain dan fardhu kifayah tertegak di dalam masyarakat, maka roh dan jiwa terdorong untuk meyakini tiada rehat dan cuti selagi nyawa dikandung badan. Kecuali jika sakit, terlalu penat, ada hal-hal yang mendatang. Selain itu para pejuang di GISB yang anjang saksikan terus bertugas, tanpa hiraukan cuti mingguan, cuti bulanan, tahunan malah hari raya pun bergilir-gilir bertugas kerana yang penting bagi mereka, premis mesti buka.

Memang ada tempat yang laksanakan, ada yang tidak. Tapi semua orang bercita-cita begitu. Rasa bersalah kalau cuti sedangkan premis tutup. Dah macam tahun baru cina je, bila cuti, semua barang tiada di pasaran. Semalam anjang ke premis sebaneka yang En Zainal dan Kak Cupi jaga di Ipoh, 2 orang pelanggan datang nak beli ‘paper’ tak ada sebab India pengedar akhbar cuti semalam. ‘paper’ ada tapi tak sampai.

Lebih-lebih lagi cuti mingguan. Tak kira la hari Jumaat atau Ahad. Pada staf GISB, kadang-kadang hari Ahadlah yang ditunggu-tunggu kerana pelanggan lebih ramai. Jualan lebih tinggi. Jemaah dapat duit lebih. Islam akan lebih kaya dan berwibawa. Hari Ahad jugalah berbagai program di susun, agar Islam nampak lebih meriah.

Berbalik pada ura-ura cuti hari Jumaat di Johor, memang dulu cuti mingguan di Johor hari Jumaat. Semasa anjang kecil, hari Jumaat dan sabtu tak sekolah kebangsaan. Tak sekolah agama. Hari Jumaat Sabtu sekolah dengan abah. Ikut ke kebun getah. Mangkit/bangkit (kumpulkan) susu getah. Abah tak benarkan anjang menoreh sebab tak pandai. Nanti luka pokok getah. Jadi datang awal, kutip ranting-ranting getah tua yang jatuh. Ikat di ‘carrier’ basikal. Lepas abah habis menoreh, anjang dan Alib (adik) mula mangkit getah. Habis kutip susu getah, balik rumah bawa kayu api. Dekat je, dalam 2km kayuh basikal. Masa tu mana ada gas. Masih masak guna kayu api. Itulah sekolah anjang di hari jumaat.

Sebenarnya orang kampung, hari Jumaat pun bekerja. Hari Ahad pun tak cuti. Itulah perjuangan mereka. Perjuangan untuk mencari sesuap nasi untuk isteri dan anak-anak. Tapi bila dah biasa kerja kerajaan atau swasta, pemikiran pun berubah. Dalam seminggu, mesti ada hari cuti. Kadang-kadang, hari itulah dia jadi pemalas yang amat. Subuh pun lewat. Zaman awal Islam, ketika Saiyidina Bilal bin Rabbah disiksa oleh tuannya kerana memeluk Islam dengan ditimpakan batu besar di dadanya, dijemur di tengah panas mentari padang pasir Hijjaz, beliau mempertahankan imannya dengan menyebut: Ahad!!Ahad!!Ahad!! Ertinya Esa!!Esa!! Esa!! (Tuhan itu Esa, satu, bukan berhala Latta dan Uzza). Ada orang cerita pada anjang, zaman sekarang, ada isteri-isteri yang kejutkan suami bangun di hari minggu, jawapannya sebiji macam Saiyidina Bilal: Ahad! Ahad! Ahad! Sambil menarik selimut menyambung tidur. Sama bunyi, lain erti dan penghayatan. Subuh entah ke mana, hilang keberkatan rumahtangga.

Tapi kalau dah diputuskan seminggu 1 hari cuti tak la salah. Cuti hari apa pun boleh. Yang penting manfaatkan cuti sebaiknya. Cuti hari Ahad mungkin ada kelebihan bila berurusan dengan mana-mana negeri atau negara yang sama-sama cuti Ahad. Jadi hari Jumaat masih boleh berurusan. Tapi kalau cuti hari Jumaat, ‘time’ kita kerja hari Ahad, ada tempat yang cuti, ‘so’ tak boleh buat urusan. Semasa anjang kerja kilang Antara Steel Mills, hari jumaat diberi masa pekerja Islam menunaikan solat Jumaat. Malangnya, ada pekerja yang tak ambil peluang tunaikan ibadah, menyorok tidur. Itulah antara masalahnya kalau iman tak kuat. Diberi cuti salah, tak beri salah. Dibenarkan keluar untuk solat, dia tidur pula.

Jadi dalam isu ni, perkara lebih besar dari soal cuti hari Ahad atau Jumaat ialah macam mana rahsia yang sepatutnya masih kekal rahsia tetapi sudah tersebar. Tidak amanah ni dah jadi perkara biasa. Dari ibu bapa, kawan sekolah, guru-guru, pengawal keselamatan, polis hingga ke ahli mesyuarat kerajaan negeri atau orang yang menjadi kepercayaan mereka pun hilang sifat amanah. Ini lebih membimbangkan.

Ya Allah! Bantulah kami untuk menjadi seorang yang amanah dengan rahsia. Amanah dengan tanggung jawab. Amin ya Robb.

(maaf dah beberapa hari tulis tapi tak sempat habis…

Ampangan, Seremban
1.26pm, Nov 19, 2013
http://oursne.wordpress.com/

Http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/johor/bocor-dokumen-rasmi-khaled-serah-polis-siasat-1.221807

Kongsikan kepada yang lain
Share

anjang

Seorang hamba Allah yang sedang berusaha mendapatkan rasa takutkan Allah dan rindukan Nabi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *